Thursday, January 29, 2009

test youtube

Ya Allah, bantulah Palestin

Rasa marah, geram, benci, tak puas hati, menyampah, meluat dan mcm2 lagi perasaan timbul di dalam diri apabila terpaksa menyaksikan kanak2 yang tidak berdosa, orang2 tua yang uzur, wanita2 dan pemuda2 Islam yang telah terkorban dalam serangan yang dilancarkan. Kini, masjid juga telah dijadikan sasaran serangan mereka. Kemana hilangnya MARUAH ORANG ISLAM!!!

Kanak-kanak yang tidak berdosa turut menjadi mangsa

Dalam kita berseronok dengan sambutan tahun baru dengan menyaksikan PERCIKAN BUNGA API yang penuh warna warni & gilang gemilang, tetapi pernahkah kita terpikir nasib saudara kita di Palestin yang terpaksa berhadapan dengan PERCIKAN PELURU yang akan menentukan hidup dan mati mereka..."Ya Allah, bantulah Palestin..."

Amalan RasuluLLah

cara penjagaan kesihatan Rasulullah SAW




NAK JADI SIHAT ALA RASULULLAH SAW??Rasulullah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ......"(hari Muslim) Bagaimana agar senantiasa sihat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut :

SELALU BANGUN SEBELUM SHUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum shubuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat shubuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara shubuh yang bagus untuk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan


AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumلt beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
"Mandi pada hari JUmلt adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(hari Muslim)

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.
Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Wassalam



2 x 5

Potong

Sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu di sebuah klinik, Nazri terpandang Sahrum sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Sahrum.

Nazri: "Kenapa menangis?"

Sahrum: "Saya datang untuk ujian darah!"

Nazri: "Awak takut ke?"

Sahrum: "Bukan itu sebabnya, Ketika ujian darah dijalankan mereka memotong jari saya!"

Mendengar penjelasan Sahrum, Nazri pula menangis.

Sahrum: "Eh...kenapa pula awak menangis?"

Nazri: "Saya datang ni untuk ujian air kencing!"

Wednesday, January 28, 2009

Petua Doktor

Minum Air Suam/Panas Selepas Makan

Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan.

Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine.

Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri.

Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur.

Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung.

Tuesday, January 27, 2009

oh INTRA




INTRA DARI LIFESTYLE - MINUMAN BERKHASIAT ZAMAN INI





ANDA PERNAH MENDENGAR MINUMAN INTRA DARI LIFESTYLE? ANDA PASTI KAGUM DENGAN MINUMAN INI. DIJAMIN HALAL, TIADA KESAN SAMPINGAN, DIBUAT DARI 23 JENIS HERBA SEMULA JADI, PATI BERMUTU, SELAMAT UNTUK SEMUA DAN DILULUSKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAN BERKESAN UNTUK :

• Sakit kepala / migraine (Diakui berkesan)
• Sendi / Kaki bengkak / gout (Diakui berkesan)
• Diabetis / Kencing Manis (Diakui berkesan)
• Sakit Batu Karang / batu hempedu
• Jangkitan faraj / keputihan
• Wajah / kulit berkedut
• Muka / kulit kasar, berjeragat dan sebagainya (Diakui berkesan)
• Otot kejang / simpul biawak
• Sengal-sengal tulang / arthritis (Diakui berkesan)
• Tidak besemangat, selalu keletihan (Diakui berkesan)
• Asma / lelah / semput (Diakui berkesan)
• Susah hendak tidur, insomnia
• Sakit usus, kembung dan gastrik
• Sembelit, cirit-birit, buasir (Diakui berkesan)
• Sakit buah pinggang
• Senggugut dan putaran haid tak tepat masanya
• Kesuburan lelaki & wanita menurun / kurang daya seks
• Susah dapat anak
• Batuk dan kesukaran bernafas / hidung tersumbat (Diakui berkesan)
• Stroke / Ahmar / mati anggota tubuh / lumpuh
• Menopause, ketidakseimbangan hormon
• Osteoporosis / tulang rapuh, mudah patah
• Pigmen kulit, muka pucat, kulit sensitif, ekzema, jerawat
• Tekanan darah tinggi dan darah rendah, anaemia
• Hidung sensitif dan naosinusitis serta resdung (Diakui berkesan)
• Susah ingat pelajaran / bebal, susah tumpu perhatian
• Kolesterol tinggi, asid urik tinggi, sengal-sengal
• Selalu selsema / alahan / alergi makanan laut


DAHULU SAYA SAKIT URAT DARI PARAS PUNGGUNG HINGGA KE LUTUT. NAK DUDUK DI LANTAI MMG SAKIT DAN TERPAKSA DUDUK MENGIRING. BILA DUDUK AKAN TERASA NGILU. SAYA AMALKAN MINUM MINUMAN INTRA INI SELAMA 3 HARI BERTURUT-TURUT DAN ALHAMDULILLAH SAKIT TU HILANG HINGGA KINI. SUAMI SAYA MENGHIDAP RESDUNG. PAGI-PAGI PASTI HIDUNG DIA GATAL DAN BERBUNYI. BILA DIA MENGAMALKAN MINUM MINUMAN INTRA INI, RESDUNGNYA MAKIN BERKURANGAN DAN PAGI2 HIDUNGNYA TAK GATAL LAGI DAN TIDAK BERBUNYI. BAPA MERTUA SAYA MENGHIDAP GOUT. DULU DIA LANGSUNG TAK BOLEH SENTUH MAKANAN LAUT. KALAU MAKAN SIKIT PUN NANTI KAKI DIA MEMBENGKAK DAN TERPAKSA AMIK INJECTION DARI KLINIK. TP BILA DIA MENGAMALKAN MINUM MINUMAN INTRA INI, GOUTNYA DAH HILANG. ALHAMDULILLAH, DIA KINI DAH BOLEH MAKAN MAKANAN LAUT, KAKI DAH TAK BENGKAK DAN TAK PAYAH LAGI KENA INJECTION. IBU MERTUA SAYA BOLE DIKATAKAN SEORANG YG BERBADAN BESAR. DAHULU DIA SELALU SAKIT LUTUT. KALAU DAH DUDUK SAKIT BETUL BILA NAK BANGUN. KALAU JALAN LAMA NANTI CEPAT LETIH. BILA DIA MENGAMALKAN MINUM MINUMAN INTRA INI, DIA JADI CERGAS, BOLEH BERJALAN JAUH DAN BULAN RAMADHAN TAHUN LEPAS DIA DAPAT MENGERJAKAN SOLAT TARAWIH SETIAP MALAM.

CARA MINUM: SETENGAH CUP (AKAN DIBEKALKAN CUP SETIAP SATU BOTOL) 2 KALI SEHARI

KESAN: PADA PERMULAAN, AKAN RASA SEDIKIT KELAINAN SEPERTI PENING, PANAS KERANA AIR MINUMAN INI NAK SERASI DGN BADAN KITA

TIPS: AMALKAN MINUM AIR MASAK BANYAK.

HARGA: RM 138 SEBOTOL/ 950 ML



23 herba yang digunakan di dalam minuman ini ialah:

Kulit Pokok Kaskara(Rhamnus purshiana)
Tumbuhan asal pantai Pasifik di Amerika Utara. Ditanam oleh penduduk asal Amerika yang merasakan ia mempunyai khasiat yang menguatkan. Kulit pokok Kaskara apabila dicampur dengan ekstrak kapsikum telah terbukti memaksimumkan pembuangan kekotoran daripada badan.

Akar Manis Likoris (Spesis-spesis Glycyrrhiza)
Akar Manis Likoris telah terbukti untuk mempertingkatkan sistem imun serta ia merupakan antioksida yang amat kuat. Telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu oleh orang Cina. Akar Likoris kini dikaji kerana khasiat kesihatannya untuk jantung. terutama sekali disebabkan khasiat bahan antioksidanya.


Beri Juniper
(Juniperus communis)
Beri Juniper telah terbukti untuk membantu proses penghadaman dengan merangsangkan fungsi perut. Ia boleh mengurangkan udara dan kekembungan.


Rosehip Cina (Rosa laevigata)
Di antara pelbagai spesis bunga ros yang digunakan kerana buahnya. Buah-buahan R. Laevigata amat dihargai secara tradisional oleh orang Cina. Buah ros merupakan sumber vitamin C yang baik.


Alfalfa (Medicago sativa)
Berasal daripada Timur Tengah. Kini boleh ditemui di seluruh dunia. Kaya dengan vitamin, mineral, flavanoid, asid amino dan protein. Alfalfa merupakan sumber semulajadi estrogen dan boleh membantu mengimbangi sistem hormon badan wanita.


Bunga Dandelion (Taraxacum officinale)
Tumbuhan asal Eropah tetapi kini tumbuh dan digunakan di serata dunia. Bunga Dandelion telah terbukti dalam memperbaiki sistem penghadaman dengan membantu penghasilan dan aliran hempedu dari pundi hempedu serta membantu badan menyingkirkan kekotoran.

Cendawan Reishi (Ganoderma lucidum)
Dikenali sebagai "cecair kehidupan" sewaktu empayar Cina. Kegunaannya dikhaskan untuk Maharaja. Kajian telah menunjukkan bahwa cendawan reishi mempertingkatkan sistem imun dan dengan itu meningkatkan kerintangan badan terhadap penyakit.


Chamomile Jerman (Chamomilla recutita)
Tumbuhan asal Eropah botani ini dikenali kerana kebolehannya untuk menenangkan sistem saraf serta menyumbangkan kepada kesihatan kardiovaskular. Chamomile juga telah terbukti membantu sistem penghadaman untuk berfungsi engan lebih baik.

Pipsissewa (Chimaphila umbellata)
Mempunyai kesan diuretic yang sederhana terhadap badan. Memastikan fungsi urinary yang baik.

Chicory (Chicorium intybus)
Ramuan aktif dipanggil inulin. Inulin telah didapati untuk bertindak sebagai pembersih usus besar, membantu menyahtoksik dan menyingkirkan bahan buangan daripada badan.

Bunga Markisah (Passiflora incarnata)
Digunakan untuk merawat insomnia dan sakit perut akibat tekanan dan kerisauan. Ramai orang yang menggunakannya untuk merawat perasaan gemuruh yang biasa dan menikmati khasiatnya yang menenangkan.
Debunga Lebah (Apis pollenus)
Kaya dengan nutrien termasuklah vitamin, mineral, protein dan asid amino. Debunga lebah digunakan untuk memperbaiki stamina dan prestasi olahraga.

Lidah buaya (Aloe barbadensis)
Merupakan antioksida yang kuat dan membantu memusnahkan radikal-radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan yang sihat. Menyokong system penghadaman kerana ia membantu menyingkirkan bahan-bahan buangan daripada badan. Ia juga telah terbukti memberikan kelegaan terhadap penyakit keradangan usus.

Taim (Thymus vulgaris)
Berasal dari kawasan Mediterranean dan kini ditanam secara menyeluruh di seluruh dunia. Digunakan untuk membantu dalam proses penghadaman dan memastikan selera makan yang sihat.

Barli Mutiara Cina (Coix lacrymajobi)
Kaya dengan antioksida. Boleh membantu melegakan sakit sendi serta terbukti dapat mengurangkan paras kolesterol.

Halba (Trigonella foenum-graecum)
Apabila diambil bersama hidangan telah terbukti untuk mengurangkan paras glukos darah bagi orang yang menghidap diabetes. Ia juga terbukti mengurangkan paras kolesterol.

Halia (Zingiber officinale)
Berasal dari Afrika Selatan. Ditanam di kawasan tropika di seluruh dunia. Kajian moden menunjukkan ia mempunyai khasiat antioksida. Nutrien-nutrien yang ditemui dalam halia terbukti untuk merawat sakit perut dan mengurangkan mabuk sewaktu perjalanan.

Biji Saderi (Apium graveolens)
Terbukti dalam membantu proses pemnghadaman dan memastikan penyingkiran bahan buangan secara tetap. Mempunyai kesan penyahtoksik dan pembersihan bagi badan.

Buah Kapsikum (Spesis-spesis Kapsikum)
Kaya dengan vitamin. Digunakan secara tradisional untuk merangsangkan metabolisme melalui satu proses yang dipanggil termogenesis. Kapsikum boleh juga membantu dalam proses pembakaran lemak badan.

Beri Schisandra
(Schisandra chinensis)
Penyelidikan kontemporari telah menumpukan pada ciri-ciri bahan antioksida Schisandra yang amat kuat. Bahan-bahan antioksida membantu mengekalkan sel-sel yang sihat engan memusnahkan radikal-radikal bebas.

Ginseng Siberia (Eleutherococcus senticosus)
Kajian telah menunjukkan bahawa ginseng Siberia mempertingkatkan system imun. Mempunyai ciri-ciri antioksida yang kuat, membantu mengimbangi paras gula dan bertindak sebagai tonik yang menyeluruh. Ginseng Siberia dikenali sebagai adaptogen – membantu badan menyesuaikan diri dengan tekanan dan proses-proses penuaan.

Astragalus(Astragalus membranaceus)
Pakar-pakar menganggapnya sebagai salah satu botani yang hebat. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa ia boleh memaksimakan fungsi sistem imun serta melindungi system kardiovaskular. Juga terbukti mempertingkatkan kesihatan organ pembiakan lelaki.


BERMINAT? INGIN MENCUBA?



ANDA PASTI KAGUM!!!!!!!




<

Diabetes

Tumbuhan Urus Gula Darah

SEMPENA Hari Diabetes Sedunia yang jatuh pada 14 November setiap tahun (untuk memperingati hari kelahiran Frederick Banting, bersama Charles Best yang telah membawa kepada penemuan insulin pada 1922), artikel ini akan tertumpu kepada dua jenis tumbuhan perubatan semula jadi, iaitu Kayu Manis dan Banaba, kedua-duanya telah didapati boleh mengawal takat gula darah yang tinggi.

Ketahanan terhadap Insulin, Pra-Diabetes dan Diabetes

Pra-diabetes dan diabetes jenis kedua biasanya bermula dengan kerentanan (rintangan) insulin. Penyelidik sedar diabetes tidak muncul begitu sahaja tanpa sebab.

Sebelum didiagnosis sebagai pesakit diabetes, anda mempunyai keadaan yang dikenali sebagai pra-diabetes.

Keadaan ini berlaku apabila takat gula darah anda lebih tinggi daripada biasa tetapi tidak cukup tinggi untuk dianggap diabetes dan kebanyakan orang tidak menyedarinya.

Ia bukanlah satu berita baik kerana individu yang mengalami keadaan pra-diabetes bukan sahaja mempunyai risiko diabetes yang tinggi tapi pra-diabetes juga merupakan suatu risiko bagi serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang, kebutaan dan kerosakan saraf.

Cara terbaik untuk melawan diabetes adalah pada peringkat pra-diabetes. Pemakanan yang sihat, senaman dan mengambil suplemen boleh mencegah atau melambatkan masa mulanya diabetes dan mengurangkan risiko komplikasi.

Takat gula darah (glukosa) dalam badan dikawal-atur oleh insulin, iaitu sejenis hormon yang dihasilkan di dalam pankreas.

Insulin membantu dalam pengangkutan glukosa dari darah melalui membran sel dan masuk ke dalam sel-sel badan.

Selagi membran sel masih sensitif terhadap insulin, pengangkutan ulang-alik glukosa ke dalam sel berlaku dengan pantas.

Apabila membran sel menjadi tidak sensitif terhadap insulin (juga disebut kerentanan insulin), pankreas terpaksa mengepam keluar lebih banyak insulin dalam usahanya untuk memaksa glukosa ke dalam sel.

Apabila usaha tersebut tidak begitu berkesan, akibatnya adalah takat gula tinggi yang beredar dalam darah (dianggap sebagai salah satu daripada keadaan pra-diabetes) menjadi satu kebiasaan.

Lama kelamaan pankreas tidak lagi boleh menghasilkan insulin yang cukup untuk mengawal gula darah, dengan itu diabetes jenis kedua terjadi.

Pati kayu manis larut air yang dipiawaikan

Dr. Richard Anderson, ahli kimia di Jabatan Pertanian US (USDA), mencari makanan yang mungkin menyamai tindakan insulin dalam pengawalan takat gula darah (glukosa).

Beliau menemui sejenis kelas bahan larut air dalam Kayu Manis yang dikenali sebagai polimer Polifenol Jenis-A kerana keupayaannya untuk meningkatkan aktiviti insulin lebih kurang sebanyak 20 kali ganda.

Polimer Polifenol Jenis A pati Kayu Manis larut air adalah 70 peratus lebih berkesan daripada kayu manis asli itu sendiri dan ia mengelakkan kesan alahan sampingan berbahaya yang mungkin berlaku akibat pengambilan dos kulit Kayu Manis asli yang tinggi.

Sifat peningkatan insulin Kayu Manis akan mendatangkan faedah kepada individu yang mempunyai takat gula tinggi (pra-diabetes dan diabetes).

Pada bulan Jun 2006, kajian baru menunjukkan pengambilan suplemen pati Kayu Manis boleh membantu dalam peningkatan takat gula bagi individu yang mengalami diabetes jenis kedua.

Dalam kajian itu, 79 orang pesakit diabetes mengambil suplemen (pati kayu manis) tiga kali sehari. Selepas empat bulan, takat gula darah berpuasa mereka bertambah baik sebanyak 10.3 peratus.

Tambahan pula, pesakit diabetes dengan takat awal gula darah yang lebih tinggi memperoleh lebih banyak faedah melalui pengambilan suplemen ini.

Pati Kayu Manis larut air juga mempunyai sifat antioksidan yang sangat baik. Pada bulan Oktober 2006, suatu kajian berbeza, yang dikemukakan pada sidang Kolej Pemakanan Amerika ke-47, menunjukkan pati Kayu Manis larut air mungkin mendatangkan kesan perlindungan antioksidan dalam mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas yang berkaitan dengan takat gula darah tinggi.

Selain daripada itu, kajian ini menunjukkan pengawalan gula darah yang bertambah baik. Hasil kajian tersebut seterusnya menyokong peranan pati Kayu Manis dalam membantu individu yang mengalami gangguan fungsi insulin dan pra-diabetes.

Pati Banaba yang dipiawaikan

Beberapa jenis tumbuhan perubatan dari India, China dan Jepun telah digunakan untuk merawat diabetes.

Salah satu daripada bahan paling berkesan yang ditemui adalah asid korosolik pada daun pokok Banaba (Lagestroemic specious).

Dr. Yamazaki, profesor Sains Farmaseutikal, Fakulti Perubatan Universiti Hiroshima Jepun, telah mengkaji kesan-kesan asid korosolik berhubungan dengan sifat seakan insulinnya.

Kajian beliau menunjukkan asid korosolik mengaktifkan pengangkutan glukosa melintasi membran sel ke dalam sel menghasilkan penurunan gula darah.

Asid korosolik bertindak seperti insulin; hormon semula jadi yang meningkatkan aktiviti pengangkutan glukosa melintasi membran sel, oleh itu membantu pengurangan takat gula darah.

Kajian klinikal di Amerika Syarikat dan Jepun turut menunjukkan asid korosolik adalah selamat digunakan dan berkesan dalam penurunan takat gula darah bagi pra-diabetes dan diabetes jenis kedua.

Mengawal Gula Darah Dengan Pati Kayu Manis dan Banaba*

Secara berasingan, pati Kayu Manis dan Banaba menambah tahap sensitiviti insulin yang membantu dalam penurunan takat gula darah. Apabila kedua-duanya digabungkan, ianya adalah lebih berkesan.

Kebanyakan kaji selidik ke atas Kayu Manis melibatkan penggunaan pati larut air yang dipiawaikan untuk mengandungi Trimerik dan Polimer Tetramerik Jenis-A (polimer polifenol Jenis A) dan bagi Banaba, ia dipiawaikan untuk mengandungi satu peratus asid korosolik.

Jika anda mempunyai risiko pra-diabetes, sila berjumpa doktor untuk menjalani ujian darah. Walaupun anda beranggapan tidak mempunyai risiko, pakar menasihatkan individu yang berusia lebih 35 tahun untuk memeriksa takat gula darah mereka setiap tahun.

Akan tetapi, jika anda tahu anda mempunyai pra-diabetes, anda masih boleh melengahkan masa diabetes bermula dan mengurangkan kerosakan kepada badan anda melalui perubahan pemakanan, bersenam dan juga mengambil suplemen seperti pati Kayu Manis & Banaba yang dipiawaikan.

Walaupun banyak faedah diperkatakan mengenai Kayu Manis dan Banaba, anda harus juga mengetahui kepentingan untuk mengambil suplemen multivitamin dan mineral yang baik yang telah diformulasikan khas bagi pesakit dan individu pra-diabetes demi untuk memelihara kesihatan optimum dan mencegah penyakit.

Contoh paling tepat adalah zat makanan utama yang diperlukan dalam kuantiti lebih tinggi oleh pesakit diabetes daripada kuantiti dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa.

Ini termasuk vitamin B1, B6,B12, Biotin, Niasinamid, Vitamin C, Vitamin E, Manganese, Vanadium, Zink, Kromium dan Selenium.

Pesakit diabetes juga memerlukan lebih banyak Asid Alfa Lipoik, sejenis antioksidan sejagat yang boleh berfungsi dalam kawasan sel-sel berair dan berlemak.

*Makanan tambahan tersebut mesti diambil bersama dengan ubat-ubatan semasa dan tidak digunakan untuk menggantikan ubat-ubatan dan nasihat doktor.

Kanser

TANDA-TANDA AWAL KANSER


(1) Kanser pangkal rahim

- Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
- Sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.


(2) Kanser payudara

- bengkak atau gumpalan di buah dada
- keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar diketiak, kedutan pada kulit di buah dada.


(3) Kanser usus besar

- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,
- sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.


(4) Kanser paru-paru

- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.


(5) Kanser perut

- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit


(6) Kanser limpa

- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.


(7) Kanser ovari

- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.


(8) Kanser otak

- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personality.


(9) Kanser prostat

- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.


(10) Kanser darah (leukimia)

- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).


(11) Kanser tekak

- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.



10 PENYEBAB UTAMA KANSER

1) Makanan
2) Tembakau
3) Alkohol
4) Radiasi
5) Sinaran cahaya matahari
6) Pekerjaan
7) Pengambilan ubat
8) Pencemaran air dan udara
9) Perokok yang tidak aktif
10) Keturunan


DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
2) Hindari makanan ringan yang masam
3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
5) Ambil makanan mengandungi vitamin A, C, E, B-6, dan evening primrose oil

Hargai Nyawa

Risiko dari usia muda
BAYANGKAN bagaimana hidup anda jika hilang deria penglihatan, menggunakan kerusi roda akibat strok atau gangren kaki (kaki dipotong), dan berisiko tinggi mengalami serangan jantung sedangkan belum lagi mencecah umur 40 tahun.

Itulah apa yang menanti pesakit diabetes mellitus yang tidak atau gagal mengawal penyakitnya, sama ada kerana tidak mengubah gaya hidup, tidak mahu mengambil ubat atau mengambil ubat tradisional sesuka hati. Keadaan diburukkan lagi jika di kalangan mereka ini telah lama menghidap diabetes, sejak dari usia muda lagi.

Diabetes mellitus merupakan satu sindrom masalah metabolisma yang menyebabkan tahap gula di dalam darah yang tinggi (hiperglisemia) sama ada akibat masalah penghasilan (diabetes jenis pertama) atau fungsi (sensitiviti) insulin (diabetes jenis kedua atau diabetes gestasi).

Semua bentuk diabetes kini boleh dirawat sejak insulin berjaya dihasilkan secara komersial pada 1921 tetapi belum ada penawar yang dapat menyembuhkan pesakit sepenuhnya. Masalah paras gula tinggi di dalam darah kini dirawat melalui kombinasi ubat, kawalan pemakanan dan juga dos suntikan insulin.

Kardiovaskular

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggarkan 171 juta penduduk dunia menghidap diabetes pada tahun 2000, dan jumlah ini dijangka meningkat lebih dua kali ganda menjelang 2030, dengan jumlah terbesar dijangka datang dari benua Asia dan Afrika.

Pakar Kardiologi dan Pengarah Klinikal Perkhidmatan Kecemasan Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Azhari Rosman turut menekankan bagaimana peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat mendadak dari 6.3 peratus pada 1980-an dan sekitar lapan peratus pada 1996 kepada 14.9 peratus pada 2006.

“Diabetes sudah lama wujud dan ramai di antara pesakit IJN sendiri menghidapinya. Diabetes merupakan antara faktor risiko kuat untuk pesakit menghidap penyakit koronari kelak.

“Perubahan pada salur darah pesakit juga boleh dikesan seawal 15 tahun sebelum disahkan menghidap diabetes. Ini jauh lebih awal dari apa yang dijangkakan sebelum ini,” katanya.

Menurut beliau, antara masalah utama yang dihadapi di kalangan pesakit diabetes kini adalah keperluan mengambil bermacam jenis ubat setiap hari (untuk diabetes) sedang mereka turut menghidap penyakit lain yang juga memerlukan pengambilan ubat.

Dr. Azhari menegaskan jika sesuatu penyakit melibatkan pembuluh darah, ia akan menyebabkan kerosakan menyeluruh kepada seluruh badan.

“Salur darah terdapat di seluruh badan terutamanya di jantung dan otak yang boleh membawa kepada serangan jantung dan juga strok (bekalan darah ke otak tergendala), dan kalau lebih malang, kedua-duanya sekali.

“Pembedahan atau rawatan angioplasti juga rumit atau mungkin tidak boleh dilakukan jika pembuluh darah rosak teruk atau menjadi sempit akibat diabetes,” ujarnya.

Jelas beliau, memandangkan kerosakan sudah lama berlaku (seawal 15 tahun awal), gejala tertentu mungkin timbul sebelum pesakit dikesan menghidap diabetes.

Tambahnya, mati pucuk menjadi contoh gejala awal diabetes (atau masalah jantung) akibat kerosakan salur darah halus (mirovaskular) di dalam zakar.

Oleh itu, amatlah ditekankan pentingnya usaha pencegahan diabetes, terutamanya pada usia muda, melalui penjagaan gaya hidup sihat atau rawatan tertentu untuk mengelakkan diabetes di samping pemeriksaan kesihatan bagi mengenalpasti mereka yang berisiko menghidap tinggi.

Dr. Azhari turut mendedahkan purata umur serangan jantung di Malaysia kini ialah 57 tahun berbanding 66 tahun di Barat.

“Pesakit serangan jantung paling muda yang pernah dirawat di negara ini berumur hanya 19 tahun.

“Bukannya semua pesakit jantung menghidap diabetes tetapi digalakkan pesakit untuk mengetahui bahawa risiko diabetes boleh membawa kepada komplikasi buah pinggang, mata dan juga serangan jantung,” jelasnya.

Tambahnya, pesakit diabetes yang pernah menjalani pembedahan pintasan jantung juga menghadapi risiko salur darah kembali tersumbat dengan lebih pantas.

Di IJN, kebanyakan kes diabetes melibatkan jenis kedua di mana insulin tidak dihasilkan dengan cukup di dalam badan.

Dr. Azhari menjelaskan, untuk jenis kedua ini, ubat-ubat pil diberikan dahulu bagi mengurangkan tahap gula darah dan juga bebanan keperluan insulin badan.

“Jika gagal dikawal juga, pesakit mungkin perlu mengambil suntikan insulin untuk mengawal paras gula darah.

“Bagi kes teruk, doktor mungkin terus menggunakan suntikan insulin, atau mengikut pandangan doktor bergantung kepada usia dan keperluan individu pesakit,” jelasnya.

Menurut beliau, pesakit juga perlu mengurangkan berat badan, sekurang-kurangnya 10 peratus berat badan asal, atau lebih baik jika mencapai indeks jisim badan (BMI) yang sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Mengelakkan komplikasi

Dalam usaha mengawal komplikasi diabetes, terutamanya masalah kardiovaskular, Dr. Azhari memaklumkan kejayaan IJN membentuk klinik diabetes sendiri untuk membantu memberi nasihat dan penerangan kepada pesakit.

“Dikendalikan bersama jururawat dan paramedik terlatih yang bergabung dengan doktor pakar diabetes, ahli farmasi dan pakar pemakanan, klinik ini dapat membantu pesakit dalam penjagaan komplikasi dan suntikan insulin.

“Pengurusan masalah diabetes di klinik ini juga membantu meringankan beban klinik lain di samping memberi ruang untuk pesakit bertanya sebarang keraguan yang tidak sempat dijawab doktor,” ujarnya.

Dr. Azhari menegaskan kawalan diet pemakanan merupakan antara perkara utama dalam mengubah gaya hidup pesakit diabetes tetapi masih diabaikan sesetengah pesakit.

“Selalunya, ramai yang mengambil snek (manis) di antara hidangan utama. Kawalan juga bukan hanya mengelakkan makanan bergula. Karbohidrat adalah antara bentuk gula dan buah tertentu seperti durian juga mengandungi banyak gula,” jelasnya.

Pengambilan buah memang digalakkan untuk kesihatan, tetapi Dr. Azhari menasihatkan pesakit diabetes untuk mengutamakan buah-buahan kurang manis seperti jambu batu atau buah naga.

Dr. Azhari menekankan pentingnya bagi pesakit yang disahkan menghidap diabetes untuk mengawal rapi penyakit tersebut supaya tidak membawa kepada komplikasi lain.

“Pesakit perlu mengawal rapi paras gula darah, tekanan darah dan juga tahap kolesterol melalui pengambilan ubat (atau insulin) dan juga perubahan gaya hidup.

“Bila sudah kena diabetes, pesakit akan hadapi risiko penyakit koronari yang sama tinggi dengan individu yang pernah (sekali) terkena serangan jantung,” tegasnya.

Dr. Azhari menekankan keperluan pesakit diabetes hadir untuk pemeriksaan susulan secara berkala, mengambil ubat mengikut preskripsi doktor dan kerap memeriksa tahap gula darah.

“Ada pesakit yang sudah bertahun-tahun menjalani rawatan dan pemeriksaan susulan tetapi masih tidak tahu atau kurang faham apa penyakit yang dihidapi, mahupun ubat yang sedang diambil. Pemeriksaan darah sepatutnya dimulakan seawal umur 30 tahun dan ditingkatkan menjelang umur 40 tahun,” katanya.

Beliau juga menegaskan perlunya pesakit bertanya kepada doktor yang merawat terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat tradisional bagi mengelakkan masalah dalam kawalan diabetes dan mengelakkan komplikasi.



Salam Hormat

ASH 3 CONSULTANT
Pelatih Perunding Pembangunan Sumber Manusia

Kesihatan

LOJI TENAGA” SEL-SEL BADAN

“LOJI TENAGA”
SEL-SEL BADAN

Mitokondria

Untuk sihat setiap satu daripada beberapa trillion sel-sel badan mesti membuat tenaga masing-masing bersendirian – sel tidak dapat meminjam tenaga dari sel lain.

Di dalam sel, tenaga dibuat oleh struktur-struktur mikroskopik dipanggil mitokondria. Mitokondria dikenali sebagai loji tenaga sel-sel kerana mitokondria mengeluarkan adenosin trifosfat (ATP), bahanbakar biologikal yang memandu badan. Semasa muda mitokondria kita mengeluarkan ATP yang mencukupi untuk aktiviti cergas. Kebanyakan sel memiliki antara 500 – 2000 mitokondria. Lebih banyak mikondria maka lebih banyak tenaga mampu dijana. Oleh demikian, jantung sebagai organ paling kuat bekerja memiliki lebih 5000 mitokondria di dalam setiap sel ototnya.

Bagaimanapun semakin kita menua (peningkatan umur) demikian juga lah mitokondria kita. Mereka berubah bentuk dan struktur, menjadi keras dan mengeluarkan kurang tenaga untuk kita bergerak cergas. Kekurangan tenaga ini memberi kesan ke atas semua sel-sel, tisu-tisu dan seterusnya sistem organ di dalam badan kita. Sistem imun (kekebalan) kita akan melatah, mengakibatkan kita lebih mudah dijangkiti kuman dan mengalami ketidaktahanan penyakit autoimun seperti rheumatoid arthritis. Sehingga hari ini banyak penyakit-penyakit yang telah dibuktikan timbul disebabkan salahfungsi mitokondria yaitu penyakit kadiovaskular, Alzheimer’s, Parkinson’s, diabetes, darah tinggi, angin ahmar, tariksawan, kanser, fibromyalgia, migraine dan hati berlemak non-alkohol.

Mitokondria amat unik kerana bukan sahaja mereka mempunyai membren sendiri malah memiliki dua DNA mereka sendiri; ini bermakna sel-sel memiliki 2 jenis DNA yaitu DNA di dalam nukleus yang mengatur aktiviti keseluruhan sel dan DNA mitokondria yang mengawal fungsi mitokondria.

Tenaga di keluarkan di dalam mitokondria. Setiap kali mitokondria membuat tenaga, mereka juga mengeluarkan radikal-radikal bebas yang amat destruktif dan mesti dibuang sebelum mereka menimbulkan masalah. Radikal-radikal bebas, jika tidak dibuang, akan menyebabkan kerosakan diseluruh bahagian mitokondria termasuk membren dan DNAnya. Membren mitokondra adalah tempat (kunci) pengeluaran tenaga. Jika ia dirosakkan, hanya sedikit tenaga dikeluarkan dan toksin akan bertapuk. Kitaran yang berlaku akan mengumpulkan toksin yang akhirnya akan merosakkan mitokondria, sel dan akan mengganggu perjalanan fungsi organ.

DNA mitokondria amat mudah dirosakkan radikal bebas kerana tidak dilindungi histone, sejenis protin; tidak seperti DNA nukleus yang dilindungi oleh barisan histone. Akumulasi atau tapukan kerosakan DNA mitokondria akan merosakkan mitokondria dan membunuh sel.

Bagi mencegah kerosakan mitokondria akibat serangan radikal bebas kombinasi terbaik ialah INTRA (Penyah Toksin/toksik) #### Lifestyles

Pesanan Ikhlas dari:
ASH 3 CONSULTANT
Perunding Pembangunan Sumber Manusia