Thursday, April 23, 2009

DCE 3203 Kesukarelawanan. Soalan bonus

Dimana Pendirian PAS Terhadap KEBEBASAN MEDIA - Adun Melor Dapat Kebenaran Mahkamah Halang Media Lapor Kesnya.!!!

(MINTA KEADILAN: Siti Aishah (kiri) berbincang sesuatu di luar Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, semalam. Gambar kecil, Wan Ismail Wan Jusoh.)

Sering kali kita mendengar tentang KEBEBASAN MEDIA yang dilaungkan oleh Pembangkang Khususnya PAS dan PKR yang mengatakan Media hari ini tidak bebas dalam menyebarkan sesebuah ISU. Ada yang kata Media ini terkongkong dan tidak telus. Namun apa yang kita lihat pada hari ini segala macam cerita telah disampaikan mengenai isu politik tanah air. Tak cukup dengan itu Kes-kes mahkamah juga yang melibatkan kerajaan telah disiarkan di dalam akhbar mahupun berita. JIKA TAK SIAR PEMBANGKANG KATA BENDA LAIN, KATA KERAJAAN BELI MAHKAMAH LAH APA LA, ADA JA ALASAN DIA TU..

Namun berbalik kepada Isu terbaru yang melibatkan seorang ADUN Melor yang merupakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan ini lain pula ceritanya. Dia meminta injuksi supaya Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor menghalang media daripada membuat sebarang liputan mengenai kesnya sepanjang perbicaraan.

Hakim Syarie, Abdullah Man membuat keputusan itu sejurus mendengar hujahan peguam Md Raziman Yaakob yang mewakili Wan Ismail Wan Jusoh, 54, berkaitan permohonan perintah menghalang terbabit dibenarkan.

PAS hanya berdiam dalam isu ini, Nik Aziz yang kononnya Tuan Guru hanya duduk mengikut telunjuk orang lain dan menghancurkan PAS sendiri dalam DIAM-DIAM!!!!!

Sebagai seorang Ahli Sukarelawan, sila kaitkan permasalahan diatas dengan tajuk "PENJANAAN MODAL INSAN PENYAYANG MELALUI KESUKARELAWAN"

DCE 3203 Kesukarelawanan. Contoh soalan

1. Pakar Motivasi ada mengatakan- Jalan menuju kejayaan selalu diperbaharui -
Ini merupaka konsep yang perlu ada pada setiap sukarelawan. Persoalannya ialah bagaimanakah kita hendak perbaiki jalan tadi, jika kita tidak tahu apa yang hendak diperbaiki.
Bincangkan

2. Perkhidmatan kesukarelawanan yang berkualiti dan cemerlang memerlukan komitmen, kerjasama, kesepakatan, pengorbanan, pemikiran dan penguasan ilmu serta kepakaran yang tinggi dan berterusan setanding dengan keperluan semasa
Bincangkan

3. Tidak dinafikan bahawa para sukarelawan perlu diurus dengan baik agar mereka dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada organisasi dan masyarakat
Galurkan proses dan langkah langkah utama dalam pengurusan tersebut

4. Kerja sukarela terdiri dari beberapa jenis, kategori dan klasifikasi
Kaitkan kenyataan diatas dengan senario di Malaysia

5. Terdapat beberapa model penilaian yang boleh digunakan untuk menilai program kesukarelawanan
Bincangkan model penilaian Frutchey, Bennett dan Stufflebeam

Sunday, April 12, 2009

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah sebuah badan Amanah Persendirian BERDAFTAR dengan Kementerian Kehakiman Malaysia yang ditubuhkan pada 17.hb. September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik.
Objektif
AIM ditubuhkan bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran Pembiayaan Ikhtiar kepada isirumah miskin di luarbandar untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang menambahkan pendapatan.
KELAYAKAN MENJADI SAHABAT AIM
Lokaliti Pendapatan Isirumah (RM) Pendapatan Perkapita (RM) Pendapatan Miskin Tegar (RM) Pendapatan Perkapita
Semenanjung 661 152 398 91
Sabah 888 173 503 97
Sarawak 765 167 482 105
Syarat-Syarat Menjadi Sahabat AIM
• Isirumah yang berpendapatan kurang dari garis kemiskinan semasa kerajaan iaitu RM 661 sebulan (RM 152 perkapita) bagi Semenanjung Malaysia, RM 765 sebulan (RM 167 perkapita) bagi Sarawak dan RM 888 sebulan (RM 173 perkapita) bagi Sabah.
• Bersedia menubuhkan kumpulan.Terdiri dari lima orang, sejantina, dipercayai, bertanggungjawab dan tiada tali persaudaraan yang rapat.
• Perlu menjalani kursus wajib jangka pendek selama 5 hari, iaitu 1 ½ jam sehari bertujuan untuk memahami peraturan dan syarat-syarat AIM.
• Selepas lulus ujian khas, peserta perlu menyertai peserta-peserta lain yang terdiri daripada 2 hingga 8 kumpulan yang dipanggil pusat.
• Peserta wajib hadir ke mesyuarat mingguan pusat. Segala urusan seperti permohonan pembiayaan dan bayar balik pembiayaan akan dijalankan semasa mesyuarat mingguan.
Skim Pembiayaan Ikhtiar AIM menawarkan 4 jenis pembiayaan:
Pembiayaan Ikhtiar Had Maksima(RM) Tempoh Bayar Balik Keterangan
1. Ikhtiar Rezeki
i . I- Mesra 2,000.00 - 20,000.00 25-150
minggu Pinjaman Pertama ( Sahabat baru) maksima RM2000. Pinjaman seterusnya peningkatan RM 1000 dari pinjaman sebelumnya
ii. I- Srikandi 2,000.00 - 20,000.00 25-150
minggu Pinjaman seterusnya satu kali ganda dari pinjaman sebelumnya.
iii. I- Wibawa 5,000.00 6 bulan Pinjaman bermusim/ Jangka pendek
2. I- Bistari 5,000.00 50 / 100
minggu Kali pertama, maksima RM1000
Kegunaan untuk Pendidikan
3. .I- Sejahtera 10,000.00 50 / 150
minggu Kali pertama RM3000. Kegunaan Pelbagai: pembelian aset, pelaburan dll
4. I- Penyayang 5,000.00 12 / 50
minggu Pembiayaan Pemulihan
Tabung Kumpulan
Tabung kumpulan diwujudkan untuk membentuk sikap menabung di kalangan Sahabat. Setiap Sahabat diwajibkan menyimpan secara mingguan antara RM1 hingga RM15. Sumber lain tabung ini ialah sumbangan 1% daripada pembiayaan sahabat. Dana tabung kumpulan ini boleh digunakan oleh Sahabat pada waktu kesesakan dan kecemasan.
Penubuhan Pusat
• Gabungan antara 2 hingga 8 kumpulan.
• Boleh diadakan di mana-mana tempat kemudahan awam seperti balairaya, surau dan lain-lain.
• Wajib bermesyuarat seminggu sekali.
• Tempat memproses pembiayaan, bayar balik dan lain-lain urusan berkaitan.