Wednesday, March 3, 2010

Contoh soalan Penilaian Latihan DCE 3105

CONTOH SOALAN DCE 3105
PENILAIAN LATIHAN


1. Berikut adalah definasi penilaian yang kurang tepat

a) Satu proses untuk menentukan teori perancngan program yang dilaksanakan samada betul mencapai objektif yang sepatutnya atau tidak
b) Satu proses membandingkan bukti yang dikumpul dengan kriteria yang telah ditetapkan
c) Satu disiplin akademik dan amalan yang merupakan proses sistematik mengumpul, menganalisa dan melapur maklumat dengan objektif tertentu untuk menentukan nilai sesuatu program latihan
d) Melihat kembali apa yang dilakukan

2. Kenyataan yang kurang tepat dengan pengertian Penilaian Latihan (PL),
a) PL merupakan satu penyelidikan action atau applied untuk menyelesaikan masalah amalan program latihan
b) PL merupakan pengukuran tahap pengetahuan peserta setelah mengikuti latihan
c) PL merupakan penyelidikan yang berasaskan masalah semasa
d) PL merupakan penyelidikan yang memerlukan hasil yang cepat, dan dibuat mengikut kaedah yang sistematik

3. Kebanyakan penilaian hari ini dibuat secara formal tetapi tidak secara sistematik dan komprehensif. Kenyataan ini sesuai dengan;
a) Penilaian sistematik
b) Objektif penilaian
c) Penilaian formal
d) Amalan penilaian latihan


4. Untuk mengukur tahap kepuasan peserta terhadap pogram latihan yang telah diikuti. Pernyataan ini menggambarkan;
a) Tujuan penilaian latihan
b) Objektif penilaian latihan
c) Penilaian komprehensif
d) Penilaian pencapaian objektif

5. Kenyataan yang berkaitan dengan penilaian
a) Apakah objektif yang hendak dicapai yang berasaskan kepada keperluan penerima
b) Adakah objektif yang dibentuk sudah dicapai
c) Apakah pengalaman pembelajaran yang perlu digubal untuk mencapai objektif tersebut
d) Bagaimana pengalaman tersebut perlu disusun supaya ianya boleh dilaksanakan dengan berkesan

6. Justeru itu penilaian komprehensif perlulah mengambil kira keadaan yang dinamakan black box ini supaya kesimpulan penilaian dapat dibuat dengan lebih tepat. Apakah yang dimaksudkan dengan black box tersebut
a) Penilaian perlu dirancang dengan teratur mengikut kaedah saintifik sebagai action atau applied research
b) Setiap perancangan program latihan perlulah mempunyai dan melaksanakan penilaian
c) Setiap penilaian hendaklah secara formal, sistematik dan komprehensif
d) Setiap program latihan yang terbaik tetapi peserta bersikap negatif, sebaliknya program dibuat sambil lewa tetapi peserta bersikap positif

7. Dengan menggunakan kaedah yang sistematik, penilai akan dapat mengumpul maklumat yang tidak diperlukan tepat pada masanya
a) Betul b) Salah

8. Mengikut Boyle (1971), Penilaian membawa maksud;
a) Satu proses untuk menentukan teori perancangan program yang dilaksanakan mencapai objektif yang sepatutnya
b) Satu proses untuk mengukur sejauh mana objektif latihan tercapai atau tidak, dan memberi sebab mengapa sekiranya tudak tercapai
c) Satu proses membandingkan Kriteria-Bukti- Pertimbangan
d) Satu proses untuk menentukan keberkesan yang sebenar sesuatu program latihan

9. Berikut yang BUKAN tujuan latihan
a) Mengukur keberkesanan sesuatu program latihan
b) Mengukur tahap kepuasan peserta latihan
c) Membuktikan kewujudan bahagian HRD atau bahagian latihan
d) Membuktikan maklumat untuk menerus atau memberhentikan sesuatu program telah dikumpul

10. Fahaman yang salah dalam amalan membuat penilaian latihan
a) Penilaian latihan dibuat dengan cara formal, sistematik dan konprehensif
b) Penilaian input latihan berkadar terus dengan kejayaan latihan
c) Penilaian bukan hanya untuk penilaian, ia perlu kerana ada kepentingan untuk menggunakan hasil penilaian
d) Penilai semestinya mengetahui model model penilaian yang disyorkan dalam literature dan berkelayakan untuk melaksanakan penilaian tersebut

11. Pihak pengurusan latihan perlu membuktikan bahawa setiap ringgit yang dibelanjakan untuk latihan telah mendatangkan pulangan yang baik. Kenyataan ini sesuai dengan;
a) Patton (1997)
b) Phillips (1991)
c) Shamsuddin (1998)
d) Junaidah (1999)
12. Model penilaian kualitatif dicadangkan oleh……..sebagai satu alternatif tambahan kepada penilaian berbentuk kuantitatif
a) Patton (1990)
b) Patton (1997)
c) Tracy (1992)
d) Cronbach (1982)

13. “Penilaian adalah satu seni dan juga sains”. Siapa yang berkata demikian
a) Patton (1990)
b) Boyle (1971)
c) Tracy (1992)
d) Cronbach (1982)

14. Amalan perubahan yang dipelajari semasa latihan, ditempat kerja.
a) Penilaian impak
b) Keberkesanan latihan
c) Pemindahan latihan
d) Akauntabiliti

15. Bahagian latihan mewakili organisasi perlu membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka telah menjalankan tanggung jawab dengan betul. Kenyataan ini berkaitan dengan;
a) Pengurusan tenaga manusia
b) Akauntabiliti dalaman
c) Pengurusan Kewangan
d) Akauntabiliti luaran

16. Penilaian impak penting untuk, melainkan
a) Penilai dan keluarganya
b) Masyarakat
c) Organisasi d) Negara
17. Impak latihan mungkin dalam bentuk, kecuali
a) Peningkatan mutu keluaran
b) Peningkatan jualan
c) Kecacatan pengeluaran
d) Pengurangan komplain

18. “ Dulu saya takut apabila berjumpa dengan kawan kawan dikedai kopi kerana mereka boleh membaca surat khabar, dan saya pula buta huruf. Tetapi sekarang saya tidak takut lagi”. Kenyataan ini adalah hasil penilaian kualitatif dengan menggunakan instrumen temubual. Persoalan yang hendak dijawab dalam kenyataan tersebut ialah mengenai;
a) Proses latihan dilaksanakan
b) Mengapa latihan dijalankan
c) Makna pengalaman latihan yang dilalui
d) Bagaimana latihan dilaksanakan

19. Yang manakah bukan instrumen dalam penilaian kualitatif
a) Pemerhatian
b) Borang soal selidik
c) Temubual
d) Analisis dokumen

20. Satu kelebihan penilaian kualitatif ialah kerana ia dapat menilai proses program latihan dengan;
a) Tepu
b) Tema
c) Verbatin
d) Mendalam



21. Yang mana satu kah yang ada kaitan dengan Model Penilaian Phillips (1991)
a) Penggunaan sampel rawak
b) Membuat anggaran kos program dan pulangan hasil
c) Mengutamakan penilaian reaksi peserta kursus
d) Mementingkan penilaian tumpuan-pengguna (utilization-focused)

22. Mengapa amalan penilaian latihan tidak dibuat dengan cara yang dianjurkan oleh literatur, melainkan
a) Penilai tidak mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai model latihan
b) Penilai tidak mempunyai kelayakan dan latihan yang cukup tentang penilaian latihan
c) Penilai menganggap penilaian input berkadar terus dengan kejayaan latihan
d) Penilai menganggap penilaian reaksi berkadar songsang dengan kejayaan latihan

23. Model penilaian ini berlandaskan kepada andaian bahawa setiap program latihan perlu dinilai dengan mengambil kira penggunaannya yang sebenar
a) Model Pendekatan Tumpuan Hasil
b) Model Penilaian Pencapaian objektif
c) Model Penilaian Kriteria- Bukti-Pertimbangan
d) Model Penilaian Tumpuan Pengguna

24. Mereka percaya bahawa semua perkara boleh diukur dengan menggunakan skala tertentu yang standard. Siapa ‘mereka’ itu?
a) Phillips
b) Patton
c) Tyler
d) Boyle

25. Maklumat perlu dikumpul semasa perancangan awal latihan supaya perbandingan perubahan yang berlaku dapat dibandingkan. Kenyataan ini berkaitan dengan;
a) Ad-hoc
b) Benchmark
c) Reliable
d) Saturation

26. Diantara berikut berkaitan dengan penilaian Pendekatan Kualitatif, kecuali;
a) Ratio
b) Tepu
c) Tema
d) Verbatim

27. Umpamanya secara sepintas lalu seseorang melihat pengajaran yang dijalankan oleh penceramah, dan membuat kesimpulan bahawa penceramah tersebut seorang penceramah yang berkesan. Kenyataan ini ada kaitan dengan;
a) Ad-hoc
b) Benchmark
c) Reliable
d) Saturation

28. Penilaian ini adalah lebih berwibawa dan sesuai untuk dijadikan rujukan ilmiah kerana ianya berasaskan kaedah penyelidikan yang betul dan mempunyai maklumat yang impirikal. Kenyataan ini sangat sesuai dengan;
a) Ad-hoc
b) Benchmark
c) Reliable
d) Saturation



29. Ini adalah diantara faktor mengapa sekiranya berlaku krisis ekonomi maka bahagian latihan yang akan menjadi mangsa dimana peruntukan untuknya akan dikurangkan. Yang tidak sesuai dengan kenyataan tersebut;
a) Valid
b) Sistematik
c) Formal
d) Komprehensif

30. Hasil penilaian menunjukkan bahawa sebanyak RM Sejuta telah dibelanjakan untuk lima siri latihan kakitangan yang telah dilaksanakan dalam tahun 2009. Kenyataan ini ada kaitan dengan kelemahan penggunaan;
a) Populasi
b) Sampel
c) Kriteria
d) Input

31. Mereka percaya bahawa setiap sesuatu perkara bergantung kepada konteks dan ianya tidak sama dan tidak piawai (standard). Siapakah ‘mereka’ itu?
a) Phillips
b) Patton
c) Tyler
d) Boyle

32. “Models as idealized views on how to sort and address problem encountered in conducting evaluations” Siapa yang berkata demikian?
a) Patton (1997)
b) Phillips (1991)
c) Shamsuddin (2002)
d) Junaidah (1999)


33. Kriteria berikut merupakan penentuan objektif latihan oleh Tyler (1949) kecuali;
a) Jenis perubahan yang hendak dicapai
b) Tahap benchmark
c) Tahap ketepuan
d) Jangkamasa latihan

34. Yang manakah tidak termasuk dalam perubahan yang dikehendaki dalam sesuatu program latihan;
a) Kecerdasan
b) Kemahiran
c) Objektif
d) Sikap

35. Sampel digunakan untuk menggeneralisasikan populasi kajian penilaian;
a) Kuantitatif
b) Kualitatif
c) Tumpuan Hasil
d) Tumpuan Penggunaan

36. Penilaian Reaksi juga dikenali sebagai;
a) Vervatim
b) Smilling sheet
c) Instrument
d) Ratio

37. Diantara berikut, kenyataan manakah yang salah
a) Tidak ada cara yang paling ideal untuk menjalankan penilaian latihan
b) Penilaian kuantitatif merupakan penerokaan untuk mencari penemuan yang tidak dipastikan lagi apakah jawapannya
c) Tanpa peruntukan kewangan sudah pasti program latihan tidak akan dapat dijalankan
d) Model Penilaian Pencapaian objektif merupakan model yang paling popular dan seringkali dikaitkan dengan penilaian

38. Penilaian awal juga dikenali sebagai penentuan;
a) Ratio
b) Benchmark
c) Reliable
d) Saturation

39. Penemuan tema atau kategeri dalam penilaian pendekatan kualitatif adalah untuk memperjelaskan…………peserta latihan
a) Pengetahuan
b) Sikap
c) Kemahiran
d) Kesemua diatas

40. ……………telah membahagikan model penilaian kepada empat generasi karektor berasaskan perbezaan metodologi; measurement, description, judgment dan negotiation-oriented.
a) Patton (1997)
b) Phillips (1991)
c) Shamsuddin (2002)
d) Junaidah (1999)

41. Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan; “Tidak ada satu cara yang paling ideal untuk menjalankan penilaian latihan”
a) Pengajaran diandaikan bersamaan dengan pembelajaran
b) Amalan penilaian yang dilakukan perlu dinilai
c) Paradigma penyelidikan berbeza diantara beberapa pendekatan
d) Penilaian yang berkesan banyak bergantung kepada kepintaran penilai

42. Mengapakah yang menyebabkan penilaian yang dibuat secara sepontan dan samar-samar tanpa memberi bukti yang jelas?
a) Kriteria yang digunakan dalam program latihan tidak sesuai
b) Hasil penilaian tidak digunakan untuk memperbaiki program akan datang
c) Untuk menjaga marwah perencana program latihan
d) Tidak diketahui siapakah yang sepatutnya merancang dan menilai program latihan

43. Keberkesanan Latihan bermaksud;
a) Hasil daripada latihan yang menyebabkan perubahan positif yang berlaku kepada peserta
b) Kesan yang dihasilkan daripada perubahan yang berlaku kepada peserta
c) Hasil daripada latihan yang membawa kepada perubahan positif dan negatif kepada peserta
d) Proses untuk menilai program latihan

44. Kaedah mana yang paling sesuai untuk menjalankan penilaian bergantung kepada beberapa faktor, melainkan;
a) Sampel dan populasi peserta
b) Objektif penilaian
c) Kepentingan program latihan
d) Siapa yang akan menggunakan hasil penilaian

45. Tuliskan satu kenyataan objektif penilaian yang terperinci untuk mengubah pengetahuan peserta. Nyatakan apakah maklumat yang perlu, dan bagaimana ianya dikumpul?

Jawapan:…………………..

contoh soalan Polisi DCE 3701

DCE 3701
PEMBENTUKAN POLISI PEMBANGUNAN

1. Yang mana kah diantara kenyataan berikut bukan peranan polisi
a) Mengawal tindakan tindakan seharian kita dan juga memberi halatuju untuk mencapai tujuan kita
b) Memudahkan dan mempercepatkan perubahan pembangunan dalam keadaan inviromen yang tidak stabil serta struktur yang tidak fleksibel dan mudah diubah suai
c) Merupakan faktor asas yang menggerakkan semua aktiviti kerajaan
d) Mewujudkan agensi agensi baru dalam pertadbiran kerajaan untuk menyelaras perlaksanaan sesuatu polisi

2. Golongan yang berkepentingan, polisi awam dan sosial, dan enviromen polisi merupakan……….polisi.
a) Peranan
b) Bentuk
c) Skop
d) Sistem

3. Kenyataan yang tidak termasuk dalam skop polisi
a) Kerumitan
b) Enviromen polisi
c) Enviromen keputusan
d) Kriteria keputusan

4. ……….. ialah keputusan yang melibatkan polisi polisi besar dan pembahagian peruntukan yang lebih meluas
a) Polisi isu khusus
b) Polisi Program
c) Polisi strategik
d) Polisi pelbagai program
5. Bagaimanakah perkhidmatan pemindahan teknologi baru padi dapat dipertingkatkan. Ini merupakan skop daripada Dasar Pertanian Negara. Kenyataan tersebut berada ditahap mana?
a) Polisi isu khusus
b) Polisi Program
c) Polisi strategik
d) Polisi pelbagai program

6. Meningkatkan produktiviti kebun merupakan ……………dalam Dasar Pertanian Negara
a) Matlamat polisi
b) Skop polisi
c) Bentuk polisi
d) Instrumen polisi

7. Golongan berkepentingan (Policy stakeholders) merupakan..
a) sesuatu keputusan yang mengandungi matlamat dan tindakan yang hendak dicapai
b) golongan yang berkonflik tentang keadaan yang tidak sebenar untuk mengatasi perselisihan faham
c) individu atau kumpulan yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu polisi
d) individu yang mempengaruhi polisi dan tidak dipengaruhi oleh sesuatu polisi

8. Polisi informal ialah polisi yang bertulis yang diaplikasikan diperingkat individu atau kumpulan kecil
a) Betul
b) Salah


9. Kebanyakan buku dan artikel menunjukkan polisi sebagai …………., ini selalunya bekaitan dengan polisi awam
a) Polisi formal bertulis
b) Polisi informal
c) Polisi program
d) Polisi strategik

10. Polisi boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk dokumen. Diperingkat organisasi, keputusan Lembaga Pengarah, Manual Polisi dan Prosedur, dan Rancangan Tahunan
a) Betul b) Salah

11. Kekurangan bahan makanan, kemiskinan, pengangguran dan pendatang tanpa izin merupakan isu dalam sistem polisi. Komponen yang berkaitan dengan isu tersebut
a) Golongan berkepentigan
b) Polisi yang digubal
c) Polisi strategik
d) Environmen polisi

12. Konflik sentiasa timbul dalam keadaan sebenar atau (cadangan) tindakan, kerana manusia mempunyai nilai, keperluan, dan pandangan sosial dan politik yang sama.
a) Betul b) Salah

13. Polisi merupakan pengikat yang menghubungkan antara satu sama lain dan memberi petunjuk bagi pelbagai fungsi,……….. …..khususnya sektor awam. Diantara berikut yang kurang tepat dengan ikatan tersebut;
a) Kepakaran
b) Profesional
c) Pemasaran
d) Belanjawan
14. Dalam konflik polisi PPSMI yang berlarutan baru baru ini, yang manakah diantara berikut bukan Golongan berkepentingan dalam polisi tersebut
a) Pelajar dan Guru
b) Penerbit dan pengarang buku
c) Kerajaan dan ibu bapa
d) Pengangguran dan kemiskinan

15. Dengan adanya polisi maka terwujudlah agensi agensi baru kerajaan untuk menyelaras perlaksanaan sesuatu polisi. Kenyataan ini berkaitan dengan peranan polisi dalam pembangunan.
a) Betul b) Salah

16. Perbincangan diperingkat Lembaga Pengarah merupakan proses pembentukan polisi diperingkat….
a) Individu
b) Kumpulan
c) Organisasi
d) Birokrasi kerajaan

17. Perlu difahami bahawa pembentukan polisi adalah (Lindbloom, 1993), kecuali
a) Manusia tidak maksum
b) Polisi tidak boleh diubah
c) Terlalu mahal
d) Polisi mesti ada pengecualian

18. Secara am nya, polisi informal yang diamalkan oleh individu kumpulan kecil tidak mempengaruhi pembentukan dan perlaksanaan polisi formal betulis
a) Betul
b) Salah


19. Yang mana berikut tidak termasuk dalam bentuk proses pembentukan polisi individu
a) Mengumpul data
b) Mengenalpasti masalah
c) Mengadakan pernyataan isu dan masalah
d) Mendapatkan kemungkinan pilihan polisi

20. Mendokumenkan polisi adalah termasuk dalam proses pembentukan polisi;
a) Individu
b) Kumpulan
c) Organisasi
d) Birokrasi kerajaan

21. Pengumpulan data oleh kakitangan atau jawatankuasa termasuk dalam proses pembentukan polisi;
a) Individu
b) Kumpulan
c) Organisasi
d) Birokrasi kerajaan

22. Pembentangan dan testimony diperingkat jawatankuasa termasuk dalam proses pembentukan polisi;
a) Individu
b) Kumpulan
c) Organisasi
d) Perundangan





23. Berikut merupakan ciri-ciri polisi, melainkan;
a) Hidup dan proses pembentukan yang berterusan
b) Sentiasa ada komplik
c) Ada penganjur dan penentang
d) Terdapat dua analisis penting dalam pembentukan polisi, iaitu analisis teknikal dan analisis social

24. Berikut adalah membawa maksud ‘satu keputusan’ dalam pengertian polisi;
a) Perbincangan informal
b) Mesyuarat Lembaga Pengarah
c) Semua pekerja memakai uniform
d) Rakyat mendapat kemudahan kesihatan

25. Apakah yang dimaksudkan ‘proses tolak ansur’ dalam polisi;
a) Membina modal insan kelas pertama
b) Mahkamah
c) Penjara
d) Mendapat pendidikan asas

26. Dengan adanya polisi kesihatan, penduduk luar bandar dapat menikmati kemudahan kesihatan yang tertangguh semasa zaman penjajahan dahulu. Kenyataan ini sesuai dengan;
a) Satu Keputusan
b) Proses politik
c) Memangkinkan proses perubahan
d) Faedah kepada orang ramai





27. WTO merupakan polisi;
a) Kumpulan
b) Masyarakat
c) Negara
d) Antarabangsa

28. Yang tidak tergolong dalam polisi formal bertulis;
a) Rancangan
b) Projek
c) Undang-undang
d) Adat

29. Adalah apa-apa keputusan yang dipilih oleh kerajaan untuk melaksanakan atau pun tidak melaksanakannya (Dye 1998);
a) Polisi diri
b) Polisi organisasi
c) Polisi negara
d) Polisi dasar awam

30. Konflik berlaku dalam pembentukan polisi, kerana nilai manusia berbeza dari segi, melainkan;
a) Estatika
b) Holistik
c) Psikologi
d) Spiritual

contoh soalan kemahiran berfikir EDU 3043

EDU 3043 Kemahian Berfikir
Contoh soalan

1. Pada zaman dahulu, bumi ini dikatakan empat segi, tetapi kini telah dibuktikan bumi ini adalah bulat. Pernyataan ini merupakan konsep berfikir, ditahap manakah kenyataan ini?
a) Perkembangan intlek
b) Proses penaakulan
c) Membentuk konsep
d) Memahami fenomena b

2. Ahmad terus membuat tugasannya tanpa membuat rujukan yang cukup diperpustakaan kerana ia kesuntukan masa. Kesilapan berfikir yang dilakukan oleh Ahmad
a) Terburu buru
b) Sempit
c) Kabur
d) Bercelaru a

3. Hj Abdullah telah memilih parti politik PAS untuk diundi nya dalam pilihanraya setelah dua kali dia mendengar ceramah anjuran PAS. Kesilapan berfikir yang diamalkan oleh Hj Abdullah
a) Terburu buru
b) Sempit
c) Kabur
d) Bercelaru b

4. Ah Moi telah mendapati epalnya jatuh kebawah bukannya naik keatas setelah terlepas dari tangannya ditingkat empat flatnya. Apakah konsep berfikir yang dialami oleh Ah Moi?

a) Perkembangan intlek
b) Proses penaakulan
c) Membentuk konsep
d) Memahami fenomena d

5. Mendifinasikan pemikiran sebagai aktiviti mental yang mempunyai tujuan yang tersusun serta melibatkan individu meneliti pemikiran sendiri dan pemikiran orang lain. Siapa yang berkata demikian
a) Bloom
b) Presseisen
c) Ruggerio
d) Chaffee d

6. Tumpuan terhadap TUJUAN dan MATLAMAT dan individu mempunyai keupayaan mengawal proses. Ini merupakan kenyataan;
a) Bloom
b) Presseisen
c) Ruggerio
d) Chaffee c

Untuk soalan 7 - 10, rujuk kenyataan dibawah;
Bloom (1956) telah mengkategerikan domain kognitif kepada enam aras;
i)…………….
ii)……………
iii)…………….
iv)…………….
v) Sintesis
vi) …………….

7. i) adalah
a) Kefahaman b) Pengetahuan c) Aplikasi d) Analisis b

8. Apakah maksud warna biru pada awak?. Diaras manakah soalan ini bersesuaian dengan Taksonomi Bloom
a) i
b) ii
c) iii
d) vi b

9. Benarkah kura kura memenangi perlawanan dengan arnab? Soalan ini berada di aras mana dalam taksonomi tersebut
a) i
b) ii
c) iii
d) vi d

10. Bagaimanakah untuk mengekalkan kemenangan BN pada pilihan umum ke 13 nanti? Soalan ini berada diaras;
a) i
b) ii
c) iii
d) iv c

11. Domain Afektif menekankan kepentingan elemen elemen berikut, kecuali;
a) Perasaan
b) Kecerdasan
c) Kepercayaan
d) Keyakinan diri b

12. Mutu telah ikut benyanyi bersama sama apabila mendengar lagu Negara Ku yang disiarkan oleh RTM. Kategeri domain manakah yang Mutu ikuti mengikut domain Krathwohl (1964)
a) Penerimaan
b) Tindak balas
c) Menyelaras sistem nilai
d) Mengamal sesuatu mengikut system nilai yang kompleks b

13. Allif maseh tidak menggerakkan keretanya semasa lampu merah ditrafik light ketika dia merayau rayau di Bandar KL, meskipun jam sudah 3 pagi dimana keadaan ketika itu adalah tersangat lengang (sunyi). Dikategeri manakah pengamalan yang ditunjukkan oleh Allif?.
a) Penerimaan
b) Menilai
c) Menyelaras system nilai
d) Mengamal sesuatu mengikut system nilai yang kompleks d

14. Mayer & Dalovey (1993) mengkategerikan EQ kepada 6 domain. Domain ke 3 ialah;
a) Kerjasama
b) Timbang rasa
c) Perhubungan
d) Kesedaran Kendiri b

15. Domen ke5 dalam kategeri EQ Mayer ialah
a) Kerjasama
b) Timbang rasa
c) Perhubungan
d) Kesedaran Kendiri a

16. Goleman (1995) menyatakan EQ terdiri daripada beberapa faktor. Faktor manakah yang menjadi matlamat Goleman?
a) Memahami emosi sendiri
b) Memotivasikan diri
c) Menyedari emosi orang lain
d) Mengendalikan hubungan dengan orang lain d

17. Beyer (1992) telah mengemukakan model ‘Functional Thinking’ yang mengandungi 4 lingkaran. Lingkaran kedua ialah;
a) Menyelesaikan masalah
b) Pemikiran krtis dan kreatif
c) Mengingat dan menyimpan fakta
d) Memproses dan penaakulan a

18. Setelah menyemak kembali tugasannya, Ali mendapati beberapa kesilapan telah berlaku dan cuba untuk memperbaikinya. Diperingkat aplikasi manakah Ali laku kan dalam proses metakognisi.
a) Perancangan
b) Pengkonsepan
c) Penaksiran
d) Penaakulan b

19. Ciri ciri dakwaan dalam kemahiran berfikir ialah, kecuali;
a) Ayat ayat peryataan
b) Kretiviti
c) Nilai kebenaran
d) Bahasa yang difahami b

20. Yang manakah penyataan tersebut boleh dianggap dakwaan
a) Ringan tangan berat perut
b) Ana, anta, anti, antu….
c) Ali seorang pemuda yang pendek
d) Kelihatannya awak mengantuk d


1) Ahmad seorang yang mudah didekati, bersikap rendah diri dan tidak pemarah, diaseorang yang hebat dalam sukan. Mengikut Teori HBDI, Ahmad tergolong dalam hemesfera ?
a) A
b) B
c) C
d) D c
2) Suriani sentiasa mengalir air mata kesedihan bila menonton siri talevisyen yang menayangkan cerita yang sedih. Mengikut teori yang diperkenalkan oleh Ned Hurmann, Suriani tergolong dalam hemesfera?
a) A
b) B
c) C
d) D d
3) Ah Chong meneliti keseluruhan fakta yang dibentang kepadanya sebelum membuat keputusan bahawa Ahmad hanya memperolehi RM 3000.00 daripada pelaburannya. Berdasarkan kepada kenyataan tersebut, Ah Chong telah menggunakan hemesfera sebelum membuat keputusan.
a) A
b) B
c) C
d) D d
4) Otak terdiri daripada empat bahagian yang dipanggil Lobes, Fungsi pendengaran, kawalan emosi dan tingkahlaku dikawal oleh lobes;
a) Occipital Lobe
b) Frontal Lobe
c) Temporal Lobe
d) Parietal Lobe c
5) Pentaakulan dan ingatan dikawal oleh lobes;
a) Occipital Lobe
b) Frontal Lobe
c) Temporal Lobe
d) Parietal Lobe d
6) Datuk Ahmad Nawab adalah seorang penggubah lagu terkenal Tanah Air. Mengikut Teori Kajian Split-Brain, beliau tergolong dalam kategeri hemesfera;
a) Otak kiri sebelah atas
b) Otak kanan sebelah bawah
c) Otak kiri
d) Otak kanan d
7) Mamat pada kebiasaannya membuat keputusan secara bercelaru, sedangkan Abu membuat sesuatu keputusan secara sistematik. Mengikut Sperry (1965), Abu menggunakan hemisfera;
a) Otak kiri sebelah atas
b) Otak kanan sebelah bawah
c) Otak kiri
d) Otak kanan c
8) Untuk menjadi seorang ahli politik yang berkesan, seseorang itu hendaklah menguasai pemikiran yang baik, mengikut Teori HBDI, hemesfera manakah yang amat sesuai untuk ahli politik tersebut
a) A
b) B
c) C dan D
d) Kesemua diatas d
9) Mengikut Teori Otak Triune, otak dibahagi kepada;
a) Dua lapisan
b) Tiga lapisan
c) Empat lapisan
d) Lima lapisan c
10) Lapisan yang mengawal dan melakukan aktiviti intelek mengikut Teori Otak Triune ialah
a) Limbik
b) Neokorteks
c) Reptilian kompleks
d) Hoki b
11) Ahmad menjalinkan percintaan dengan Aminah, mereka berdua menggunakan sistem otak yang mana mengikut Paul Mac Clean?
a) Limbik
b) Neokorteks
c) Reptilian kompleks
d) Hoki a
12) Dengan menggunakan instrument…….boleh membantu individu mengenalpasti kecenderongan gaya berfikir dan belajar.
a) HOKI
b) HOKA
c) HBDI
d) LOBE c
13) Mengawal tindakan secara refleksi, mengikut Teori Otak Triune ianya berada di….otak;
a) Serembram
b) Tengah
c) Pangkal
d) Hemesfera A c
14) Untuk mendapat keputusan yabg baik, mengikut Teori gelombang otak, seseorang itu perlu berada di,
a) Beta
b) Alfa
c) Theta
d) Delta a
15) Ali memandu keretanya dengan laju apabila mendapat tahu ibu nya sakit tenat, gelombang otak Ali berada di paras;
a) 1 – 3
b) 4 - 7
c) 8 – 17 d) 17 – 39 d