Tuesday, January 11, 2011

EDU 3120...contoh jawapan...jgn copy pulak..ni tugasan saya

TEORI BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Terdapat pelbagai jenis teori dalam pelaksanaan bimbingan dan kaunseling. Antaranya ialah teori Terapi Pemusatan Klien yang diperkenalkan oleh Carl Rogers, (1951). Teori Behaviorisme, Teori Terapi Gestalt oleh Fredrick Perls (1951), Teori kaunseling Psiko-Analisis oleh Sigmind Freud, Teori Terapi Kewujudan oleh Van Kaam dan Frankl (1953), Teori Terapi Rasional-emosi yang dibentuk oleh Albert Ellis (1962) dan pelbagai teori lagi. Terdapat tiga fungsi sesuatu teori iaitu; pertama untuk menjelaskan sesuatu kejadian yang berlaku setelah membuat beberapa pemerhatian, kedua menggunakan sesuatu teori untuk menguasai keadaan tertentu dan ketiga menggunakan sesuatu teori untuk membuat ramalan.

Arnold Lazarus (1981) menyatakan bahawa kaunselor atau terapis tidak memerlukan teori. Ada pula yang menyatakan pandangan sesuatu teori itu diberikan taraf kepentingan yang begitu tinggi yang tidak sepatutnya (Smith & Glass, 1977). Pandangan begitu berasaskan dakwaan bahawa semua kaunselor dan ahli terapis melakukan aktiviti yang sama, mendapat keputusan yang sama, malah ada yang menggunakan teknik-teknk yang tidak bersangkut paut dengan teori yang didukungnya. Ini bermakna teori yang didukungnya itu tidak memberi apa-apa faedah. Seorang lagi pakar kaunseling iaitu Jerome Frank (1971) berpendapat bahawa teori amat penting kepada seseorang yang mengamalkannya. Baginya teori itu penting sebab ia memberi erti, keyakinan dan halatuju kepada seseorang kaunselor.

Dalam pendekatan Islam, antara tokoh yang dianggap tersohor sehingga kini ialah Imam al-Ghazali. Walau bagaimanapun, segala pandangan yang dikemukakan adalah sekadar menambahkan pengetahuan dan membuat perbandingan antara pandangan yang dikemukakan oleh barat dan pandangan Islam. Aspek yang lebih penting ialah kebolehan dan kebijaksanaan seseorang guru bimbingan atau kaunselor dalam memilih, menyesuaikan dan mengaplikasikan segala teori yang dipelajari berdasarkan kebolehan, kemampuan dan kemahiran yang ada tanpa membelakangkan latar belakang murid, sekolah dan persekitarannya.

TEORI YANG DIAMALKAN OLEH KAUNSELOR

YANG DI RUJUK (A) UNTUK MENANGANI “CASE STUDY”

Pendekatan Humanistik – Pendekatan Berpusatkan Klien: Carl R. Rogers.

Teori berpusatkan klien telah diasaskan oleh Carl R.Rogers (1951). Rogers percaya bahawa setiap individu mempunyai sumber bakat untuk mengurus diri secara berkesan dalam kehidupan serta berupaya menangani pelbagai masalah yang berlaku. Sumber bakat individu ini kadangkala dikaburi, dilupai atau dinafikan, tetapi ia selalu wujud bersama dengan potensi untuk perkembangan dan pertumbuhan. Rogers juga percaya bahawa jika ada syarat dan peluang yang kondusif, individu itu akan dapat menuju kearah diri serta mencapai autonomi

Teori ini menekankan bahawa perubahan boleh berlaku di dalam diri manusia kerana manusia hakikatnya memiliki desakan semulajadi untuk majukan diri dan bergerak ke arah kesejahteraan serta mempunyai nilai positif dan negatif terhadap pengalaman. Anggapan penghargaan terhadap diri mempengaruhi tingkahlaku. Konsep kendiri terbentuk hasil persepsi individu berhubung dengan pengalaman positif atau negatif. Individu boleh mengasingkan pengalaman positif dan negatif. Ia boleh menolak, menerima dan memberi erti yang bermakna terhadap pengalaman dalam pembentukan konsep kendiri.

Jika kehendak desakan tidak tercapai ia akan memendam pengalaman. Ia menganggap orang lain tidak dapat menerima secara positif desakan tadi dan menghasilkan konsep kendiri yang negatif. Ini menimbulkan konflik antara kendiri ideal dan kendiri sebenar. Individu menerima syarat-syarat penilaian yang telah dipelajari agar diterima oleh orang lain. Syarat-syarat ini lebih menguasai desakan. Konflik berlaku kerana tidak kongruen antara kendiri dengan pengalaman. Konflik adalah ancaman kepada pertumbuhan individu dan menimbulkan helah bela diri.

Teori ini menekankan bahawa, apabila konsep kendiri seseorang telah dibentuk, dia akan mempertahankannya jika terdapat realiti bertentangan dengan konsep kendirinya. Maka, apabila orang itu dibawah keadaan tidak sepadan, dia akan berasa gelisah, dan berusaha memutarbelitkan realiti supaya menjadi sepadan dengan konsep kendirinya. Akibatnya ini akan menghasilkan tingkah laku negatif. Menurut Rogers, kecenderongan aktualisasi (actualizing tendency) ialah motivasi dalaman yang sering beroperatif dalam setiap individu kearah merialisasikan potensi secara sepenuhnya dan melepaskan dirinya daripada kawalan daya luaran. Halangan-halangan aktualisasi tendensi akan membawa masalah psikologikal, dan tujuan kauseling ialah membantu klien mengatasi atau memusnahkan halangan-halangan itu

CADANGAN INTERVENSI DALAM MENANGANI

MASALAH DISIPLIN REMAJA (CASE STUDY) OLEH KAUNSELOR ‘A’

Model Kaunseling Tingkah Laku

Model ini terdiri daripada empat langkah, iaitu;

i) Penilaiaan Tingkah laku

Data penilaian yang akan digunakan untuk menentukan matlamat kaunseling seperti; maklumat perubatan klien, rekod sejarah terapi psikologi, lapuran soal selidik kendiri, pemerhatian secara langsung dan secara tidak langsung oleh kaunselor, dan pemerhatian daripada simulasi, umpamanya main peranan