Tuesday, January 27, 2009

Kesihatan

LOJI TENAGA” SEL-SEL BADAN

“LOJI TENAGA”
SEL-SEL BADAN

Mitokondria

Untuk sihat setiap satu daripada beberapa trillion sel-sel badan mesti membuat tenaga masing-masing bersendirian – sel tidak dapat meminjam tenaga dari sel lain.

Di dalam sel, tenaga dibuat oleh struktur-struktur mikroskopik dipanggil mitokondria. Mitokondria dikenali sebagai loji tenaga sel-sel kerana mitokondria mengeluarkan adenosin trifosfat (ATP), bahanbakar biologikal yang memandu badan. Semasa muda mitokondria kita mengeluarkan ATP yang mencukupi untuk aktiviti cergas. Kebanyakan sel memiliki antara 500 – 2000 mitokondria. Lebih banyak mikondria maka lebih banyak tenaga mampu dijana. Oleh demikian, jantung sebagai organ paling kuat bekerja memiliki lebih 5000 mitokondria di dalam setiap sel ototnya.

Bagaimanapun semakin kita menua (peningkatan umur) demikian juga lah mitokondria kita. Mereka berubah bentuk dan struktur, menjadi keras dan mengeluarkan kurang tenaga untuk kita bergerak cergas. Kekurangan tenaga ini memberi kesan ke atas semua sel-sel, tisu-tisu dan seterusnya sistem organ di dalam badan kita. Sistem imun (kekebalan) kita akan melatah, mengakibatkan kita lebih mudah dijangkiti kuman dan mengalami ketidaktahanan penyakit autoimun seperti rheumatoid arthritis. Sehingga hari ini banyak penyakit-penyakit yang telah dibuktikan timbul disebabkan salahfungsi mitokondria yaitu penyakit kadiovaskular, Alzheimer’s, Parkinson’s, diabetes, darah tinggi, angin ahmar, tariksawan, kanser, fibromyalgia, migraine dan hati berlemak non-alkohol.

Mitokondria amat unik kerana bukan sahaja mereka mempunyai membren sendiri malah memiliki dua DNA mereka sendiri; ini bermakna sel-sel memiliki 2 jenis DNA yaitu DNA di dalam nukleus yang mengatur aktiviti keseluruhan sel dan DNA mitokondria yang mengawal fungsi mitokondria.

Tenaga di keluarkan di dalam mitokondria. Setiap kali mitokondria membuat tenaga, mereka juga mengeluarkan radikal-radikal bebas yang amat destruktif dan mesti dibuang sebelum mereka menimbulkan masalah. Radikal-radikal bebas, jika tidak dibuang, akan menyebabkan kerosakan diseluruh bahagian mitokondria termasuk membren dan DNAnya. Membren mitokondra adalah tempat (kunci) pengeluaran tenaga. Jika ia dirosakkan, hanya sedikit tenaga dikeluarkan dan toksin akan bertapuk. Kitaran yang berlaku akan mengumpulkan toksin yang akhirnya akan merosakkan mitokondria, sel dan akan mengganggu perjalanan fungsi organ.

DNA mitokondria amat mudah dirosakkan radikal bebas kerana tidak dilindungi histone, sejenis protin; tidak seperti DNA nukleus yang dilindungi oleh barisan histone. Akumulasi atau tapukan kerosakan DNA mitokondria akan merosakkan mitokondria dan membunuh sel.

Bagi mencegah kerosakan mitokondria akibat serangan radikal bebas kombinasi terbaik ialah INTRA (Penyah Toksin/toksik) #### Lifestyles

Pesanan Ikhlas dari:
ASH 3 CONSULTANT
Perunding Pembangunan Sumber Manusia

No comments:

Post a Comment