Thursday, August 5, 2010

DCE 3603

DCE 3603 (PLP)

1. Dengan menggunakan penemuan Cervero (1995), sila bincangkan program Pendidikan Profesional Lanjutan yang terdapat di USA.

Jawapan;

Terdapat lima karektor dalam system PPL di USA

i) Tujuan – up-to-date

Mengekalkan profesionalisma terhadap pengetahuan yang baru, berdasarkan kepada keperluan professional;

a) Membantu prof. mengenalpasti etika yg perlu diamalkan dlm pekerjaan. Cth; bidang industri tenaga nukliar, prof. perlu pertimbang kesan2 yg menimpa masyarakat terhadap kemungkinan bencana yg timbul akibat nukliar.

b) Membantu prof. mengenal pasti dan menghubung (deal) masalah2 yg memerlukan kerjasama dgn prof. yg lain utk penyelesaian. Cth; AIDS, memerlukan pihak doctor berhubung dgn kepakaran lain, spt guru, pekerja social dan ulamak

c) Menyelesaikan masalah prof. semasa menjalankan tugas yg memerlukan pengetahuan tambahan. Cth; jurutera perlu belajar ilmu pengurusan

ii) Kaedah – didaktik

Kuliah yg dilakukan dalam kumpulan kecil prof. dlm jangkamasa terhad, dengan menggunakan alat bantuan mengajar – sidang video – kaedah dua hala

iii) Jenis institusi penganjur dalam PPL – pluralisma

Terdapat berbagai corak dan jenis organisasi yg menganjur PPL.

Kebanyakannya, pembelajaran dianjur oleh 3 jenis institusi;

a) Universiti

b) Workplace – Hospital, agensi kerajaan dan firma perniagaan

c) Persatuan professional – Persatuan akitek

iv) Bagaimana institusi penganjur disusun (organized) dalam sistem PPL – tidak tersusun

Masing2 badan penganjur PPL merancang dan menawarkan program tanpa mengambil kira bidang penganjur professional yang lain

Tidak semua perancangan dapat menentukan institusi manakah yg sepatutnya menawar jenis2 program yg sama

v) Hubungkait diantara PL dengan pedidikan pre-service – tidak ada kaitan

Hanya terdapat sebilangan penganjur program yg ada hubungkait dengan institusi pengajian tinggi

Cth; General Motor Institut ditubuhkan oleh General Motor Cooperation

2. Konsep profesion sangat penting bagi masyarakat di Malaysia. Bincangkan

Jawapan;

Terdapat lima asas kepentingan profesion bagi masyarakat di Malaysia – menentu kesejahteraan rakyat

i) Pendidikan

guru, pensyarah dan ulamak

ii) Keselamatan

Polis dan tentera

iii) Kesihatan

Doktor, nursing

iv) Ekonomi/pembangunan

Akauntan, akitek, jurutera, juruukur

v) Keadilan

Hakim dan peguam

3. Apakah konsep lain berkaitan dengan professional selain yang terdapat dalam literature?

Jawapan;

i) Ganti nama pekerjaan

Apakah profesion anda (apakah pekerjaan anda)?

ii) Pekerjaan sepenuh masa

Pemain bola sepak, pemandu kereta lumba (ahli sukan) dan penyanyi

iii) Pekerja yang melaksanakan tugas dengan cekap, jujur dan beretika

Pemandu yang disayangi oleh majikan

Pembantu rumah yang jujur kerana Allah

4. Terdapat tiga pendekatan profesion dalam literature. Bincangkan

Jawapan:

i) Statik - dikotomi/pembahagian

ii) Proses - segmen

iii) Sosio-ekonomi - pengiktirafan dan penetapan

5. Terangkan tiga model berkaitan dengan amalan profesion yang anda ketahui

Jawapan:

i) Technical Rationality – pendidikan tinggi

ii) Knowing- in action - amalan di tempat kerja – artistry – 3 keadaan

iii) Reflection – in action - skimata

6. Mengikut Abraham Flexner (1914) melalui artikel nya yang bertajuk. “Is Social Work a Profesion”, terdapat enam ciri yang menentukan sesuatu pekerjaan sebagai professional. Bincangkan ciri-ciri tersebut.

Jawapan;

i) Melibatkan operasi intlektual (pendidikan tinggi)

ii) Mempunyai ilmu yang khusus, berasal daripada sains

iii) Melibatkan matlamat/hasil yang jelas dan praktikal

iv) Ilmu tersebut boleh dipindah kepada orang lain (Communicable technique)

v) Ahli professional cenderong kepada pertubuhan/berpersatuan sendiri

vi) Berasaskan kerja-kerja sosial (altruistic)

7. Terangkan tiga daripada penganjur program PPL yang terdapat di Malaysia

Jawapan;

i) Universiti/pusat pengajian tinggi –UPM, USM, UKM

ii) Kerajaan – INTAN, ILKAP, IKIM

iii) Persatuan professional - Persatuan Arkitek Malaysia

Persatuan/Lembaga Jurukur Tanah Malaysia

Persatuan Perubatan Malaysia


DCE 2401

DCE 2401

1. Bagaimanakah untuk membuktikan bahawa seorang penyelia telah menjalankan tugasnya dengan berkesan? (Bincangkan peranan penyelia dalam organisasi @ Bagaimana utk memastikan seorang penyelia berfungsi dengan baik dalam menjalankan tugas)

Jawapan;

1. Seseorang penyelia perlu memahami fungsi sebagai penyelia;

a) Pentadbiran

i) Diri sendiri – Menjadikan diri sebagai penyelia yang proaktif bukannya reaktif

ii) Pekerja – Memperuntukkan ruang untuk meneroka dan meluahkan tekanan, ketegangan dan permasalahan

iii) Organisasi – Merancang dan menggunakan sumber peribadi dan sumber professional secara yang lebih baik

iv) Umum – Memastikan kualiti kerja

b) Pendidikan

i) Memberi ruang secara berterusan kpd pekerja dgn menekankan kandungan dan proses dlm pekerjaan

ii) Membentuk pengetahuan dan kemahiran dalam kerja

iii) Menerima maklumat dan perspektif lain berhubung dengan kerja seseorang pekerja

c) Sokongan

i) Menerima maklumbalas dari segi kandungan dan proses dlm pekerjaan

ii) Memastikan pekerja dilayan dan disahkan sebagai pekerja

iii) Pastikan pekerja tidak dibiarkan bersendirian dlm menghadapi masalah dan cabaran dlm pekerjaan

2. Seseorang penyelia perlu memahami 5 fungsi utama pengurusan iaitu; merancang, menyusun, mengarah, menyelaras dan mengawal

3. Seseorang penyelia perlu mahir tentang kriteria/jenis perancangan iaitu;

i) Misi atau tujuan organisasi

ii) Objektif atau natijah yg diharap untuk dicapai oleh organisasi

iii) Strategi utk mencapai objektif organisasi

iv) Polisi, iaitu satu pernyataan atau persefahaman yg dijadikan panduan organisasi

v) Prosedur, merupakan kaedah atau peraturan pengendalian sesuatu aktiviti organisasi

vi) Program – gabungan matlamat, polisi, prosedur, peraturan dan tugasan, langkah-langkah yang perlu diambil utk pencapaian organisai

vii) Belanjawan – satu pernyataan tentang hasil yang diharapkan dlm bentuk numerical spt wang, jam kerja, unit produk dll.

4. Seseorang penyelia perlu mengetahui langkah-langkah dalam perancangan, saperti;

i) Mengenalpasti peluang-peluang

ii) Membentuk objektif

iii) Membentuk premis

iv) Membentuk tindakan;

a) Menentukan tindakan alternative

b) Menilai tindakan alternative

c) Memilih tindakan

v) Membentuk perancangan sokongan

vi) Membentuk belanjawan

5. Perlu melakukan Delegasi Tugas – komponen yang perlu diambil perhatian;

i) Membahagi tugas kpd kakitangan bawahan

ii) Membenarkan autoriti untuk tindakan yg perlu semasa menjalankan tugas

iii) Mendifinasikan batasan autoriti

iv) Memastikan keseragaman arahan/perintah

v) Membentuk satu obligasi/tanggungjawab/akauntabiliti utk melaksana tugas

2. “Penambahbaikan komunikasi dalam organisasi”. Bincangkan

Jawapan;

1. Memahami proses komunikasi – sender, message, chanel, receiver dan feedback

2. Memahami halangan komunikasi – perception, stereotyping, halo effect, projection, self-serving bias dll

3. Memahami saluran komunikasi – menegak, melintang, kebawah, keatas dan tahap yang sama

4. Memahami proses menjalankan mesyuarat – Fungsi tugas dan fungsi penyenggaraan, Orientasi kumpulan dan Kepimpinan yang dikongsi

5. Menguasai pengucapan awam – teknik-teknik

3. Bagaimanakah cara yang perlu diambil oleh seorang penyelia untuk meningkatkan motivasi pekerja dalam organisasi?

Jawapan;

Seseorang penyelia perlu mengetahui tentang motivasi pekerja, dimana iannya terdiri daripada;

1. Membina Matlamat bagi pekerja dengan cara;

a) Membimbing – memimpin melalui teladan, mewujudkan wawasan dan perjuangan

b) Memahami keperluan dan kemampuan pekerja – hargai kekuatan dan pencapaian, kenalpasti peluang utk pemajuan diri, beri peluang utk laksana tugas

2. Membentuk persekitaran kerja

a) Pendidikan – latihan, berbincang dan membaca, seminar, bengkel dll

b) Pastikan idea pekerja didengar- bentuk persekitaran dimana idea yg diterima melalui latihan perlu dihargai dan dikongsi bersama

c) Pastikan idea pekerja diikuti dengan tindakan- hargai dan cuba laksana idea pekerja, apabila mereka merasa dirinya dihargai, maka produktiviti akan meningkat

3. Membina azam kearah kecemerlangan berasaskan sifat/nilai;

a) Sidiq

b) Amanah

c) Tabligh

d) Fatanah

4. Pembangunan diri;

a) Lakukan kerja yang terbaik

b) Berfikiran positif – akan meningkatkan semangat dan dorongan utk kejayaam

c) Analisis SWOT – kekuatan, kelemahan dan potensi

4. Bincangkan 4 teori berkaitan penyeliaan.

Jawapan;

1. Teori Fungsi -asas- kecekapan maksima datang dari pengkhususan pegawai, susunan kakitangan mengikut hiraki autoriti

2. Teori Membuat Keputusan –asas- kewibawaan organisasi bergantung kepada mutu keputusan, struktur dan fungsi organisasi ditentukan oleh kedudukan

3. Teori X -asas- manusia malas bekerja, memerlukan kawalan dan arahan

4. Teori Y – asas- manusia bukan malas bekerja, memerlukan bimbingan

Friday, May 28, 2010

SUBJEK UNTUK SEM 6, BSHRD

1. BBI 2421 - GENERAL WRITNG SKILL (3+0)

2. DCE 2401 - PENYELIAAN PERSONAL (3+0)

3. DCE 3601 - ORGANISASI PEMBELAJARAN (4+0)

4. DCE 3603 - PENGURUSAN LATIHAN PROFESIONAL (4+0)

Wednesday, March 3, 2010

Contoh soalan Penilaian Latihan DCE 3105

CONTOH SOALAN DCE 3105
PENILAIAN LATIHAN


1. Berikut adalah definasi penilaian yang kurang tepat

a) Satu proses untuk menentukan teori perancngan program yang dilaksanakan samada betul mencapai objektif yang sepatutnya atau tidak
b) Satu proses membandingkan bukti yang dikumpul dengan kriteria yang telah ditetapkan
c) Satu disiplin akademik dan amalan yang merupakan proses sistematik mengumpul, menganalisa dan melapur maklumat dengan objektif tertentu untuk menentukan nilai sesuatu program latihan
d) Melihat kembali apa yang dilakukan

2. Kenyataan yang kurang tepat dengan pengertian Penilaian Latihan (PL),
a) PL merupakan satu penyelidikan action atau applied untuk menyelesaikan masalah amalan program latihan
b) PL merupakan pengukuran tahap pengetahuan peserta setelah mengikuti latihan
c) PL merupakan penyelidikan yang berasaskan masalah semasa
d) PL merupakan penyelidikan yang memerlukan hasil yang cepat, dan dibuat mengikut kaedah yang sistematik

3. Kebanyakan penilaian hari ini dibuat secara formal tetapi tidak secara sistematik dan komprehensif. Kenyataan ini sesuai dengan;
a) Penilaian sistematik
b) Objektif penilaian
c) Penilaian formal
d) Amalan penilaian latihan


4. Untuk mengukur tahap kepuasan peserta terhadap pogram latihan yang telah diikuti. Pernyataan ini menggambarkan;
a) Tujuan penilaian latihan
b) Objektif penilaian latihan
c) Penilaian komprehensif
d) Penilaian pencapaian objektif

5. Kenyataan yang berkaitan dengan penilaian
a) Apakah objektif yang hendak dicapai yang berasaskan kepada keperluan penerima
b) Adakah objektif yang dibentuk sudah dicapai
c) Apakah pengalaman pembelajaran yang perlu digubal untuk mencapai objektif tersebut
d) Bagaimana pengalaman tersebut perlu disusun supaya ianya boleh dilaksanakan dengan berkesan

6. Justeru itu penilaian komprehensif perlulah mengambil kira keadaan yang dinamakan black box ini supaya kesimpulan penilaian dapat dibuat dengan lebih tepat. Apakah yang dimaksudkan dengan black box tersebut
a) Penilaian perlu dirancang dengan teratur mengikut kaedah saintifik sebagai action atau applied research
b) Setiap perancangan program latihan perlulah mempunyai dan melaksanakan penilaian
c) Setiap penilaian hendaklah secara formal, sistematik dan komprehensif
d) Setiap program latihan yang terbaik tetapi peserta bersikap negatif, sebaliknya program dibuat sambil lewa tetapi peserta bersikap positif

7. Dengan menggunakan kaedah yang sistematik, penilai akan dapat mengumpul maklumat yang tidak diperlukan tepat pada masanya
a) Betul b) Salah

8. Mengikut Boyle (1971), Penilaian membawa maksud;
a) Satu proses untuk menentukan teori perancangan program yang dilaksanakan mencapai objektif yang sepatutnya
b) Satu proses untuk mengukur sejauh mana objektif latihan tercapai atau tidak, dan memberi sebab mengapa sekiranya tudak tercapai
c) Satu proses membandingkan Kriteria-Bukti- Pertimbangan
d) Satu proses untuk menentukan keberkesan yang sebenar sesuatu program latihan

9. Berikut yang BUKAN tujuan latihan
a) Mengukur keberkesanan sesuatu program latihan
b) Mengukur tahap kepuasan peserta latihan
c) Membuktikan kewujudan bahagian HRD atau bahagian latihan
d) Membuktikan maklumat untuk menerus atau memberhentikan sesuatu program telah dikumpul

10. Fahaman yang salah dalam amalan membuat penilaian latihan
a) Penilaian latihan dibuat dengan cara formal, sistematik dan konprehensif
b) Penilaian input latihan berkadar terus dengan kejayaan latihan
c) Penilaian bukan hanya untuk penilaian, ia perlu kerana ada kepentingan untuk menggunakan hasil penilaian
d) Penilai semestinya mengetahui model model penilaian yang disyorkan dalam literature dan berkelayakan untuk melaksanakan penilaian tersebut

11. Pihak pengurusan latihan perlu membuktikan bahawa setiap ringgit yang dibelanjakan untuk latihan telah mendatangkan pulangan yang baik. Kenyataan ini sesuai dengan;
a) Patton (1997)
b) Phillips (1991)
c) Shamsuddin (1998)
d) Junaidah (1999)
12. Model penilaian kualitatif dicadangkan oleh……..sebagai satu alternatif tambahan kepada penilaian berbentuk kuantitatif
a) Patton (1990)
b) Patton (1997)
c) Tracy (1992)
d) Cronbach (1982)

13. “Penilaian adalah satu seni dan juga sains”. Siapa yang berkata demikian
a) Patton (1990)
b) Boyle (1971)
c) Tracy (1992)
d) Cronbach (1982)

14. Amalan perubahan yang dipelajari semasa latihan, ditempat kerja.
a) Penilaian impak
b) Keberkesanan latihan
c) Pemindahan latihan
d) Akauntabiliti

15. Bahagian latihan mewakili organisasi perlu membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka telah menjalankan tanggung jawab dengan betul. Kenyataan ini berkaitan dengan;
a) Pengurusan tenaga manusia
b) Akauntabiliti dalaman
c) Pengurusan Kewangan
d) Akauntabiliti luaran

16. Penilaian impak penting untuk, melainkan
a) Penilai dan keluarganya
b) Masyarakat
c) Organisasi d) Negara
17. Impak latihan mungkin dalam bentuk, kecuali
a) Peningkatan mutu keluaran
b) Peningkatan jualan
c) Kecacatan pengeluaran
d) Pengurangan komplain

18. “ Dulu saya takut apabila berjumpa dengan kawan kawan dikedai kopi kerana mereka boleh membaca surat khabar, dan saya pula buta huruf. Tetapi sekarang saya tidak takut lagi”. Kenyataan ini adalah hasil penilaian kualitatif dengan menggunakan instrumen temubual. Persoalan yang hendak dijawab dalam kenyataan tersebut ialah mengenai;
a) Proses latihan dilaksanakan
b) Mengapa latihan dijalankan
c) Makna pengalaman latihan yang dilalui
d) Bagaimana latihan dilaksanakan

19. Yang manakah bukan instrumen dalam penilaian kualitatif
a) Pemerhatian
b) Borang soal selidik
c) Temubual
d) Analisis dokumen

20. Satu kelebihan penilaian kualitatif ialah kerana ia dapat menilai proses program latihan dengan;
a) Tepu
b) Tema
c) Verbatin
d) Mendalam



21. Yang mana satu kah yang ada kaitan dengan Model Penilaian Phillips (1991)
a) Penggunaan sampel rawak
b) Membuat anggaran kos program dan pulangan hasil
c) Mengutamakan penilaian reaksi peserta kursus
d) Mementingkan penilaian tumpuan-pengguna (utilization-focused)

22. Mengapa amalan penilaian latihan tidak dibuat dengan cara yang dianjurkan oleh literatur, melainkan
a) Penilai tidak mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai model latihan
b) Penilai tidak mempunyai kelayakan dan latihan yang cukup tentang penilaian latihan
c) Penilai menganggap penilaian input berkadar terus dengan kejayaan latihan
d) Penilai menganggap penilaian reaksi berkadar songsang dengan kejayaan latihan

23. Model penilaian ini berlandaskan kepada andaian bahawa setiap program latihan perlu dinilai dengan mengambil kira penggunaannya yang sebenar
a) Model Pendekatan Tumpuan Hasil
b) Model Penilaian Pencapaian objektif
c) Model Penilaian Kriteria- Bukti-Pertimbangan
d) Model Penilaian Tumpuan Pengguna

24. Mereka percaya bahawa semua perkara boleh diukur dengan menggunakan skala tertentu yang standard. Siapa ‘mereka’ itu?
a) Phillips
b) Patton
c) Tyler
d) Boyle

25. Maklumat perlu dikumpul semasa perancangan awal latihan supaya perbandingan perubahan yang berlaku dapat dibandingkan. Kenyataan ini berkaitan dengan;
a) Ad-hoc
b) Benchmark
c) Reliable
d) Saturation

26. Diantara berikut berkaitan dengan penilaian Pendekatan Kualitatif, kecuali;
a) Ratio
b) Tepu
c) Tema
d) Verbatim

27. Umpamanya secara sepintas lalu seseorang melihat pengajaran yang dijalankan oleh penceramah, dan membuat kesimpulan bahawa penceramah tersebut seorang penceramah yang berkesan. Kenyataan ini ada kaitan dengan;
a) Ad-hoc
b) Benchmark
c) Reliable
d) Saturation

28. Penilaian ini adalah lebih berwibawa dan sesuai untuk dijadikan rujukan ilmiah kerana ianya berasaskan kaedah penyelidikan yang betul dan mempunyai maklumat yang impirikal. Kenyataan ini sangat sesuai dengan;
a) Ad-hoc
b) Benchmark
c) Reliable
d) Saturation



29. Ini adalah diantara faktor mengapa sekiranya berlaku krisis ekonomi maka bahagian latihan yang akan menjadi mangsa dimana peruntukan untuknya akan dikurangkan. Yang tidak sesuai dengan kenyataan tersebut;
a) Valid
b) Sistematik
c) Formal
d) Komprehensif

30. Hasil penilaian menunjukkan bahawa sebanyak RM Sejuta telah dibelanjakan untuk lima siri latihan kakitangan yang telah dilaksanakan dalam tahun 2009. Kenyataan ini ada kaitan dengan kelemahan penggunaan;
a) Populasi
b) Sampel
c) Kriteria
d) Input

31. Mereka percaya bahawa setiap sesuatu perkara bergantung kepada konteks dan ianya tidak sama dan tidak piawai (standard). Siapakah ‘mereka’ itu?
a) Phillips
b) Patton
c) Tyler
d) Boyle

32. “Models as idealized views on how to sort and address problem encountered in conducting evaluations” Siapa yang berkata demikian?
a) Patton (1997)
b) Phillips (1991)
c) Shamsuddin (2002)
d) Junaidah (1999)


33. Kriteria berikut merupakan penentuan objektif latihan oleh Tyler (1949) kecuali;
a) Jenis perubahan yang hendak dicapai
b) Tahap benchmark
c) Tahap ketepuan
d) Jangkamasa latihan

34. Yang manakah tidak termasuk dalam perubahan yang dikehendaki dalam sesuatu program latihan;
a) Kecerdasan
b) Kemahiran
c) Objektif
d) Sikap

35. Sampel digunakan untuk menggeneralisasikan populasi kajian penilaian;
a) Kuantitatif
b) Kualitatif
c) Tumpuan Hasil
d) Tumpuan Penggunaan

36. Penilaian Reaksi juga dikenali sebagai;
a) Vervatim
b) Smilling sheet
c) Instrument
d) Ratio

37. Diantara berikut, kenyataan manakah yang salah
a) Tidak ada cara yang paling ideal untuk menjalankan penilaian latihan
b) Penilaian kuantitatif merupakan penerokaan untuk mencari penemuan yang tidak dipastikan lagi apakah jawapannya
c) Tanpa peruntukan kewangan sudah pasti program latihan tidak akan dapat dijalankan
d) Model Penilaian Pencapaian objektif merupakan model yang paling popular dan seringkali dikaitkan dengan penilaian

38. Penilaian awal juga dikenali sebagai penentuan;
a) Ratio
b) Benchmark
c) Reliable
d) Saturation

39. Penemuan tema atau kategeri dalam penilaian pendekatan kualitatif adalah untuk memperjelaskan…………peserta latihan
a) Pengetahuan
b) Sikap
c) Kemahiran
d) Kesemua diatas

40. ……………telah membahagikan model penilaian kepada empat generasi karektor berasaskan perbezaan metodologi; measurement, description, judgment dan negotiation-oriented.
a) Patton (1997)
b) Phillips (1991)
c) Shamsuddin (2002)
d) Junaidah (1999)

41. Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan; “Tidak ada satu cara yang paling ideal untuk menjalankan penilaian latihan”
a) Pengajaran diandaikan bersamaan dengan pembelajaran
b) Amalan penilaian yang dilakukan perlu dinilai
c) Paradigma penyelidikan berbeza diantara beberapa pendekatan
d) Penilaian yang berkesan banyak bergantung kepada kepintaran penilai

42. Mengapakah yang menyebabkan penilaian yang dibuat secara sepontan dan samar-samar tanpa memberi bukti yang jelas?
a) Kriteria yang digunakan dalam program latihan tidak sesuai
b) Hasil penilaian tidak digunakan untuk memperbaiki program akan datang
c) Untuk menjaga marwah perencana program latihan
d) Tidak diketahui siapakah yang sepatutnya merancang dan menilai program latihan

43. Keberkesanan Latihan bermaksud;
a) Hasil daripada latihan yang menyebabkan perubahan positif yang berlaku kepada peserta
b) Kesan yang dihasilkan daripada perubahan yang berlaku kepada peserta
c) Hasil daripada latihan yang membawa kepada perubahan positif dan negatif kepada peserta
d) Proses untuk menilai program latihan

44. Kaedah mana yang paling sesuai untuk menjalankan penilaian bergantung kepada beberapa faktor, melainkan;
a) Sampel dan populasi peserta
b) Objektif penilaian
c) Kepentingan program latihan
d) Siapa yang akan menggunakan hasil penilaian

45. Tuliskan satu kenyataan objektif penilaian yang terperinci untuk mengubah pengetahuan peserta. Nyatakan apakah maklumat yang perlu, dan bagaimana ianya dikumpul?

Jawapan:…………………..

contoh soalan Polisi DCE 3701

DCE 3701
PEMBENTUKAN POLISI PEMBANGUNAN

1. Yang mana kah diantara kenyataan berikut bukan peranan polisi
a) Mengawal tindakan tindakan seharian kita dan juga memberi halatuju untuk mencapai tujuan kita
b) Memudahkan dan mempercepatkan perubahan pembangunan dalam keadaan inviromen yang tidak stabil serta struktur yang tidak fleksibel dan mudah diubah suai
c) Merupakan faktor asas yang menggerakkan semua aktiviti kerajaan
d) Mewujudkan agensi agensi baru dalam pertadbiran kerajaan untuk menyelaras perlaksanaan sesuatu polisi

2. Golongan yang berkepentingan, polisi awam dan sosial, dan enviromen polisi merupakan……….polisi.
a) Peranan
b) Bentuk
c) Skop
d) Sistem

3. Kenyataan yang tidak termasuk dalam skop polisi
a) Kerumitan
b) Enviromen polisi
c) Enviromen keputusan
d) Kriteria keputusan

4. ……….. ialah keputusan yang melibatkan polisi polisi besar dan pembahagian peruntukan yang lebih meluas
a) Polisi isu khusus
b) Polisi Program
c) Polisi strategik
d) Polisi pelbagai program
5. Bagaimanakah perkhidmatan pemindahan teknologi baru padi dapat dipertingkatkan. Ini merupakan skop daripada Dasar Pertanian Negara. Kenyataan tersebut berada ditahap mana?
a) Polisi isu khusus
b) Polisi Program
c) Polisi strategik
d) Polisi pelbagai program

6. Meningkatkan produktiviti kebun merupakan ……………dalam Dasar Pertanian Negara
a) Matlamat polisi
b) Skop polisi
c) Bentuk polisi
d) Instrumen polisi

7. Golongan berkepentingan (Policy stakeholders) merupakan..
a) sesuatu keputusan yang mengandungi matlamat dan tindakan yang hendak dicapai
b) golongan yang berkonflik tentang keadaan yang tidak sebenar untuk mengatasi perselisihan faham
c) individu atau kumpulan yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu polisi
d) individu yang mempengaruhi polisi dan tidak dipengaruhi oleh sesuatu polisi

8. Polisi informal ialah polisi yang bertulis yang diaplikasikan diperingkat individu atau kumpulan kecil
a) Betul
b) Salah


9. Kebanyakan buku dan artikel menunjukkan polisi sebagai …………., ini selalunya bekaitan dengan polisi awam
a) Polisi formal bertulis
b) Polisi informal
c) Polisi program
d) Polisi strategik

10. Polisi boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk dokumen. Diperingkat organisasi, keputusan Lembaga Pengarah, Manual Polisi dan Prosedur, dan Rancangan Tahunan
a) Betul b) Salah

11. Kekurangan bahan makanan, kemiskinan, pengangguran dan pendatang tanpa izin merupakan isu dalam sistem polisi. Komponen yang berkaitan dengan isu tersebut
a) Golongan berkepentigan
b) Polisi yang digubal
c) Polisi strategik
d) Environmen polisi

12. Konflik sentiasa timbul dalam keadaan sebenar atau (cadangan) tindakan, kerana manusia mempunyai nilai, keperluan, dan pandangan sosial dan politik yang sama.
a) Betul b) Salah

13. Polisi merupakan pengikat yang menghubungkan antara satu sama lain dan memberi petunjuk bagi pelbagai fungsi,……….. …..khususnya sektor awam. Diantara berikut yang kurang tepat dengan ikatan tersebut;
a) Kepakaran
b) Profesional
c) Pemasaran
d) Belanjawan
14. Dalam konflik polisi PPSMI yang berlarutan baru baru ini, yang manakah diantara berikut bukan Golongan berkepentingan dalam polisi tersebut
a) Pelajar dan Guru
b) Penerbit dan pengarang buku
c) Kerajaan dan ibu bapa
d) Pengangguran dan kemiskinan

15. Dengan adanya polisi maka terwujudlah agensi agensi baru kerajaan untuk menyelaras perlaksanaan sesuatu polisi. Kenyataan ini berkaitan dengan peranan polisi dalam pembangunan.
a) Betul b) Salah

16. Perbincangan diperingkat Lembaga Pengarah merupakan proses pembentukan polisi diperingkat….
a) Individu
b) Kumpulan
c) Organisasi
d) Birokrasi kerajaan

17. Perlu difahami bahawa pembentukan polisi adalah (Lindbloom, 1993), kecuali
a) Manusia tidak maksum
b) Polisi tidak boleh diubah
c) Terlalu mahal
d) Polisi mesti ada pengecualian

18. Secara am nya, polisi informal yang diamalkan oleh individu kumpulan kecil tidak mempengaruhi pembentukan dan perlaksanaan polisi formal betulis
a) Betul
b) Salah


19. Yang mana berikut tidak termasuk dalam bentuk proses pembentukan polisi individu
a) Mengumpul data
b) Mengenalpasti masalah
c) Mengadakan pernyataan isu dan masalah
d) Mendapatkan kemungkinan pilihan polisi

20. Mendokumenkan polisi adalah termasuk dalam proses pembentukan polisi;
a) Individu
b) Kumpulan
c) Organisasi
d) Birokrasi kerajaan

21. Pengumpulan data oleh kakitangan atau jawatankuasa termasuk dalam proses pembentukan polisi;
a) Individu
b) Kumpulan
c) Organisasi
d) Birokrasi kerajaan

22. Pembentangan dan testimony diperingkat jawatankuasa termasuk dalam proses pembentukan polisi;
a) Individu
b) Kumpulan
c) Organisasi
d) Perundangan





23. Berikut merupakan ciri-ciri polisi, melainkan;
a) Hidup dan proses pembentukan yang berterusan
b) Sentiasa ada komplik
c) Ada penganjur dan penentang
d) Terdapat dua analisis penting dalam pembentukan polisi, iaitu analisis teknikal dan analisis social

24. Berikut adalah membawa maksud ‘satu keputusan’ dalam pengertian polisi;
a) Perbincangan informal
b) Mesyuarat Lembaga Pengarah
c) Semua pekerja memakai uniform
d) Rakyat mendapat kemudahan kesihatan

25. Apakah yang dimaksudkan ‘proses tolak ansur’ dalam polisi;
a) Membina modal insan kelas pertama
b) Mahkamah
c) Penjara
d) Mendapat pendidikan asas

26. Dengan adanya polisi kesihatan, penduduk luar bandar dapat menikmati kemudahan kesihatan yang tertangguh semasa zaman penjajahan dahulu. Kenyataan ini sesuai dengan;
a) Satu Keputusan
b) Proses politik
c) Memangkinkan proses perubahan
d) Faedah kepada orang ramai





27. WTO merupakan polisi;
a) Kumpulan
b) Masyarakat
c) Negara
d) Antarabangsa

28. Yang tidak tergolong dalam polisi formal bertulis;
a) Rancangan
b) Projek
c) Undang-undang
d) Adat

29. Adalah apa-apa keputusan yang dipilih oleh kerajaan untuk melaksanakan atau pun tidak melaksanakannya (Dye 1998);
a) Polisi diri
b) Polisi organisasi
c) Polisi negara
d) Polisi dasar awam

30. Konflik berlaku dalam pembentukan polisi, kerana nilai manusia berbeza dari segi, melainkan;
a) Estatika
b) Holistik
c) Psikologi
d) Spiritual

contoh soalan kemahiran berfikir EDU 3043

EDU 3043 Kemahian Berfikir
Contoh soalan

1. Pada zaman dahulu, bumi ini dikatakan empat segi, tetapi kini telah dibuktikan bumi ini adalah bulat. Pernyataan ini merupakan konsep berfikir, ditahap manakah kenyataan ini?
a) Perkembangan intlek
b) Proses penaakulan
c) Membentuk konsep
d) Memahami fenomena b

2. Ahmad terus membuat tugasannya tanpa membuat rujukan yang cukup diperpustakaan kerana ia kesuntukan masa. Kesilapan berfikir yang dilakukan oleh Ahmad
a) Terburu buru
b) Sempit
c) Kabur
d) Bercelaru a

3. Hj Abdullah telah memilih parti politik PAS untuk diundi nya dalam pilihanraya setelah dua kali dia mendengar ceramah anjuran PAS. Kesilapan berfikir yang diamalkan oleh Hj Abdullah
a) Terburu buru
b) Sempit
c) Kabur
d) Bercelaru b

4. Ah Moi telah mendapati epalnya jatuh kebawah bukannya naik keatas setelah terlepas dari tangannya ditingkat empat flatnya. Apakah konsep berfikir yang dialami oleh Ah Moi?

a) Perkembangan intlek
b) Proses penaakulan
c) Membentuk konsep
d) Memahami fenomena d

5. Mendifinasikan pemikiran sebagai aktiviti mental yang mempunyai tujuan yang tersusun serta melibatkan individu meneliti pemikiran sendiri dan pemikiran orang lain. Siapa yang berkata demikian
a) Bloom
b) Presseisen
c) Ruggerio
d) Chaffee d

6. Tumpuan terhadap TUJUAN dan MATLAMAT dan individu mempunyai keupayaan mengawal proses. Ini merupakan kenyataan;
a) Bloom
b) Presseisen
c) Ruggerio
d) Chaffee c

Untuk soalan 7 - 10, rujuk kenyataan dibawah;
Bloom (1956) telah mengkategerikan domain kognitif kepada enam aras;
i)…………….
ii)……………
iii)…………….
iv)…………….
v) Sintesis
vi) …………….

7. i) adalah
a) Kefahaman b) Pengetahuan c) Aplikasi d) Analisis b

8. Apakah maksud warna biru pada awak?. Diaras manakah soalan ini bersesuaian dengan Taksonomi Bloom
a) i
b) ii
c) iii
d) vi b

9. Benarkah kura kura memenangi perlawanan dengan arnab? Soalan ini berada di aras mana dalam taksonomi tersebut
a) i
b) ii
c) iii
d) vi d

10. Bagaimanakah untuk mengekalkan kemenangan BN pada pilihan umum ke 13 nanti? Soalan ini berada diaras;
a) i
b) ii
c) iii
d) iv c

11. Domain Afektif menekankan kepentingan elemen elemen berikut, kecuali;
a) Perasaan
b) Kecerdasan
c) Kepercayaan
d) Keyakinan diri b

12. Mutu telah ikut benyanyi bersama sama apabila mendengar lagu Negara Ku yang disiarkan oleh RTM. Kategeri domain manakah yang Mutu ikuti mengikut domain Krathwohl (1964)
a) Penerimaan
b) Tindak balas
c) Menyelaras sistem nilai
d) Mengamal sesuatu mengikut system nilai yang kompleks b

13. Allif maseh tidak menggerakkan keretanya semasa lampu merah ditrafik light ketika dia merayau rayau di Bandar KL, meskipun jam sudah 3 pagi dimana keadaan ketika itu adalah tersangat lengang (sunyi). Dikategeri manakah pengamalan yang ditunjukkan oleh Allif?.
a) Penerimaan
b) Menilai
c) Menyelaras system nilai
d) Mengamal sesuatu mengikut system nilai yang kompleks d

14. Mayer & Dalovey (1993) mengkategerikan EQ kepada 6 domain. Domain ke 3 ialah;
a) Kerjasama
b) Timbang rasa
c) Perhubungan
d) Kesedaran Kendiri b

15. Domen ke5 dalam kategeri EQ Mayer ialah
a) Kerjasama
b) Timbang rasa
c) Perhubungan
d) Kesedaran Kendiri a

16. Goleman (1995) menyatakan EQ terdiri daripada beberapa faktor. Faktor manakah yang menjadi matlamat Goleman?
a) Memahami emosi sendiri
b) Memotivasikan diri
c) Menyedari emosi orang lain
d) Mengendalikan hubungan dengan orang lain d

17. Beyer (1992) telah mengemukakan model ‘Functional Thinking’ yang mengandungi 4 lingkaran. Lingkaran kedua ialah;
a) Menyelesaikan masalah
b) Pemikiran krtis dan kreatif
c) Mengingat dan menyimpan fakta
d) Memproses dan penaakulan a

18. Setelah menyemak kembali tugasannya, Ali mendapati beberapa kesilapan telah berlaku dan cuba untuk memperbaikinya. Diperingkat aplikasi manakah Ali laku kan dalam proses metakognisi.
a) Perancangan
b) Pengkonsepan
c) Penaksiran
d) Penaakulan b

19. Ciri ciri dakwaan dalam kemahiran berfikir ialah, kecuali;
a) Ayat ayat peryataan
b) Kretiviti
c) Nilai kebenaran
d) Bahasa yang difahami b

20. Yang manakah penyataan tersebut boleh dianggap dakwaan
a) Ringan tangan berat perut
b) Ana, anta, anti, antu….
c) Ali seorang pemuda yang pendek
d) Kelihatannya awak mengantuk d


1) Ahmad seorang yang mudah didekati, bersikap rendah diri dan tidak pemarah, diaseorang yang hebat dalam sukan. Mengikut Teori HBDI, Ahmad tergolong dalam hemesfera ?
a) A
b) B
c) C
d) D c
2) Suriani sentiasa mengalir air mata kesedihan bila menonton siri talevisyen yang menayangkan cerita yang sedih. Mengikut teori yang diperkenalkan oleh Ned Hurmann, Suriani tergolong dalam hemesfera?
a) A
b) B
c) C
d) D d
3) Ah Chong meneliti keseluruhan fakta yang dibentang kepadanya sebelum membuat keputusan bahawa Ahmad hanya memperolehi RM 3000.00 daripada pelaburannya. Berdasarkan kepada kenyataan tersebut, Ah Chong telah menggunakan hemesfera sebelum membuat keputusan.
a) A
b) B
c) C
d) D d
4) Otak terdiri daripada empat bahagian yang dipanggil Lobes, Fungsi pendengaran, kawalan emosi dan tingkahlaku dikawal oleh lobes;
a) Occipital Lobe
b) Frontal Lobe
c) Temporal Lobe
d) Parietal Lobe c
5) Pentaakulan dan ingatan dikawal oleh lobes;
a) Occipital Lobe
b) Frontal Lobe
c) Temporal Lobe
d) Parietal Lobe d
6) Datuk Ahmad Nawab adalah seorang penggubah lagu terkenal Tanah Air. Mengikut Teori Kajian Split-Brain, beliau tergolong dalam kategeri hemesfera;
a) Otak kiri sebelah atas
b) Otak kanan sebelah bawah
c) Otak kiri
d) Otak kanan d
7) Mamat pada kebiasaannya membuat keputusan secara bercelaru, sedangkan Abu membuat sesuatu keputusan secara sistematik. Mengikut Sperry (1965), Abu menggunakan hemisfera;
a) Otak kiri sebelah atas
b) Otak kanan sebelah bawah
c) Otak kiri
d) Otak kanan c
8) Untuk menjadi seorang ahli politik yang berkesan, seseorang itu hendaklah menguasai pemikiran yang baik, mengikut Teori HBDI, hemesfera manakah yang amat sesuai untuk ahli politik tersebut
a) A
b) B
c) C dan D
d) Kesemua diatas d
9) Mengikut Teori Otak Triune, otak dibahagi kepada;
a) Dua lapisan
b) Tiga lapisan
c) Empat lapisan
d) Lima lapisan c
10) Lapisan yang mengawal dan melakukan aktiviti intelek mengikut Teori Otak Triune ialah
a) Limbik
b) Neokorteks
c) Reptilian kompleks
d) Hoki b
11) Ahmad menjalinkan percintaan dengan Aminah, mereka berdua menggunakan sistem otak yang mana mengikut Paul Mac Clean?
a) Limbik
b) Neokorteks
c) Reptilian kompleks
d) Hoki a
12) Dengan menggunakan instrument…….boleh membantu individu mengenalpasti kecenderongan gaya berfikir dan belajar.
a) HOKI
b) HOKA
c) HBDI
d) LOBE c
13) Mengawal tindakan secara refleksi, mengikut Teori Otak Triune ianya berada di….otak;
a) Serembram
b) Tengah
c) Pangkal
d) Hemesfera A c
14) Untuk mendapat keputusan yabg baik, mengikut Teori gelombang otak, seseorang itu perlu berada di,
a) Beta
b) Alfa
c) Theta
d) Delta a
15) Ali memandu keretanya dengan laju apabila mendapat tahu ibu nya sakit tenat, gelombang otak Ali berada di paras;
a) 1 – 3
b) 4 - 7
c) 8 – 17 d) 17 – 39 d

Saturday, January 30, 2010

DCE 3105 PENILAIAN LATIHAN

BAB I

PENGENALAN

Pendahuluan
Sesuatu program latihan yang dijalankan sering kali mendapat perhatian dan tumpuan ramai, yang mana hari ini ianya merupakan keperluan kelangsungan masa depan bagi sesebuah organisasi. Latihan merupakan faktor yang penting bagi sesebuah organisasi bagi menghadapi perkembangan dan cabaran. Di Amerika Syarikat dianggarkan USD40 billion setahun dibelanjakan untuk program latihan oleh syarikat syarikat untuk melatih eksikutif dan pengurus mereka, (Mann & Robertson). Manakala di Malaysia sebanyak RM 400 juta di peruntukkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan untuk program latihan, (Junaidah, 2002), Malangnya keberkesanan latihan yang dilaksanakan melalui program tertentu tidak dapat disahkan kerana amalan penilaian terhadap program latihan dibuat dengan cara yang formal tetapi tidak sistematik dan komprehensif (Shamsuddin, 1998). Maka terdapat perbezaan diantara model yang disyorkan didalam literatur dengan amalan penilaian latihan yang digunakan oleh agensi latihan


Tujuan Kertas Projek
Kertas projek ini merupakan perancangan kajian penilaian terhadap program latihan yang dikendalikan oleh BTN Cawangan Negeri Kelantan berkaitan dengan kenegaraan dan kepimpinan dikalangan mahasiswa intitusi pengajian tinggi awam dan swasta di Kelantan. Kajian ini menggunakan Model Penilaian Kirtpatrick (1998) melalui Penilaian Empat Tahap iaitu tahap reaksi, pembelajaran, perlakuan dan keberhasilan

Kajian ini dibuat dengan menggunakan data sekunder dan primer, iaitu borang soal selidik keatas 59 orang mahasiswa dan ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan, yang terdiri daripada 29 orang lelaki dan 30 orang perempuan, 3 orang Melayu dan 3 orang India yang telah mengikuti program latihan anjuran BTN Cawangan Negeri Kelantan. Manakala temubual pula dilakukan kepada 5 orang fasilitator, dan pemerhatian turut serta oleh perancang penilai sendiri


BAB II

LATAR BELAKANG PROGRAM LATIHAN YANG AKAN DINILAI

Kursus Bina Negara Mahasiswa Lanjutan MPP ini dianjurkan oleh Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri Cawangan Negeri Kelantan. Ianya diadakan atas permintaan pihak pengurusan UMK untuk melatih dan mendedahkan hal hal kenegaraan dan kepimpinan kepada barisan AJK dan Pemimpin Pelajar Universiti tersebut

Pengenalan Program Kursus / Latihan
Kursus ini telah diadakan sebagaimana pernyataan dibawah;
Tarikh ; 28 hingga 31 Mac 2009
Tempat ; Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan
Peserta ; Pemimpin Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Aturcara ; Sebagaimana jadual aturcara yang dilampirkan

Kepentingan Program Kursus / Latihan
Kursus ini berkepentingan untuk mencapai perubahan;
• Kepimpinan
• Pengukuhan Kumpulan (team building)
• Kenegaraan
• Motivasi tugas

Objektif Program Kursus / Latihan ( umum)
• Menimbulkan kesedaran dan keinsafan tentang betapa perlunya pelajar mengubah sikap dengan menjiwai serta mengamalkan nilai nilai murni demi kecermelangan diri, organisasi, masyarakat dan negara
• Memberi pengetahuan kepada pelajar tentang aspirasi serta hasrat pemimpin negara terhadap masa kini dan masa depan negara
• Mendedahkan kepada pelajar berkaitan pembelajaran menerusi pengalaman yang bersepadu dan seimbang
• Menyedarkan pelajar tentang perjalanan sebagai bakal pemimpin dan menghayati budaya dan nilai kepimpinan yang berupaya merialisasikan wawasan negara

Matlamat Program Kursus / Latihan
• Meningkatkan ilmu pengetahuan
• Mengubah sikap
• Meningkatkan kemahiran
• Merialisasikan impian dan hasrat dikalangan pemimpin pelajar

Aktivi Program Kursus / Latihan
Kursus ini terbahagi kepada tujuh sesi;
• Ceramah
• Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
• Menuju Cahaya
• Solo Drop
• Jungle Tracking
• Riadah
• Tayangan Gambar ”Hati Malaya”

Pelaksanaan Aktiviti
Ceramah
a) Survival Lesson
Para peserta diajar secara teori untuk mengenal jenis jenis buah buahan, daun daunan, kulat, dan berbagai bagai hidupan hutan yang boleh dimakan dan yang tidak boleh dimakan, dimana para jurulatih yang mahir dalam bidang kehutanan akan menunjukkan bentuk dan jenis hidupan (binatang) dan tumbuhan hutan yang berbisa atau pun tidak. Penggunaan khemah sebagai tempat berteduh juga merupakan masalah kepada peserta yang tidak pernah menggunakannya, maka satu sesi demontrasi di adakan untuk menunjuk cara cara memasang dan mengguna kelengkapan perkhemahan.
b) Compass & Orientering Merching
Jurulatih akan menunjuk ajar cara cara bagaimana menggunakan kompas bagi menentukan kedudukan sesuatu arah yang akan dituju dalam perjalanan dihutan belantara, dimana para peserta diajar bagaimana menentukan kedudukan arah utara, selatan, timur dan barat disamping kaedah bagaimana membaca arah bering sesuatu kedudukan atau arah tuju.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
LDK terdiri daripada 5 slot iaitu;
• LDK 1 - Takruf
• LDK 2 – Rumusan Survival Lesson
• LDK 3 – Praktikal dan rumusan Compass & Orientering Marching
• LDK 4 - Kepimpinan (Kalah/Menang)
• LDK 5 - Pidato (komunikasi berkesan)
Para peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil

LDK 1 – Takruf
Para pesrta akan bersama fasilitator mengikut kumpulan masing masing untuk berkenalan secara lebih dekat berkaitan pengenalan peribadi dan biografi masing masing.



LDK 2 - Rumusan Survival Lesson
Peserta akan bercerita tentang falsafah dan pengajaran yang diperolehi daripada pembelajaran berkaitan dengan survival, terutamanya dalam proses masak memasak, memasang khemah dan hidup dalam suasana berpasukan. Setelah selesai pembentangan daripada peserta, maka fasilitator akan merumuskan berkaitan dengan survival sebagai seorang manusia, cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi

LDK 3 – Praktikal dan Rumusan Compass & Orientering Marching
Peserta diberi tugasan yang perlu dilaksanakan berdasarkan teori penggunaan kompas. Mereka akan diberikan tiga point yang perlu diikuti berdasarkan bering dan jarak yang perlu dituju. Pada mengamalkan pembelajaran ini mereka diberi arah tuju yang perlu dilaksanakan iaitu arah untuk mencari tempat dimana bahan bahan makanan tersimpan. Andainya mereka gagal menemui sasaran berasaskan maklumat yang dibekalkan bererti mereka akan kelaparan

LDK 4 - Kepimpinan (kalah/menang) - Bingo
Dalam sesi ini para peserta dibahagi kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan wanita dan lelaki. Mereka diasingkan sebelah menyebelah untuk melakukan tugasan iaitu permainan berbentuk bingo, iaitu pertandingan atau perlawanan untuk mendapat markah. Para pelajar diberi tiga set kertas petak 36 untuk bersaing diantara kumpulan lelaki dan wanita dalam menentukan jumlah markah yang terbanyak. Persaingan yang sehat tidak dilarang bahkan digalakkan, tetapi persaingan yang terlampau dan diluar batas batas peraturan dan nilai nilai kemanusiaan adalah terlarang dan tidak mendatangkan faedah kepada diri sendiri, kumpulan, organisasi, masyarakat dan negara

LDK 5 – Komunikasi berkesan (pidato)
Para peserta diarahkan berada dalam kumpulan masing masing (enam kumpulan kecil) untuk menjalankan gerakerja selanjutnya. Setiap kumpulan diberikan tugasan iaitu satu tajuk pidato berkaitan dengan kenegaraan khususnya patriotik dimana setiap kumpulan dikehendaki menyediakan persembahan pidato berangkai. Setiap ahli kumpulan wajib menyertai pidato dengan menyambung pidato yang telah disampaikan oleh rakan sepasukannya.

Pencarian Cahaya ( Liminance Drill)
Pelajar dikehendaki berjalan malam berpasukan/berkumpulan kecil dalam keadaan yang gelap gelita dan hujan renyai renyai dikawasan hutan yang berbukit melalui denai/laluan yang kecil tanpa lampu dan hanya berpedomankan cahaya kelipan lampu dihadapan (yang disediakan oleh jurulatih). Mereka akan dilepas selang 10 minit bagi setiap kumpulan dan dikehendaki menuju kepada cahaya yang malap dan berkelipan.

Solo Drop
Sebagaimana Pencarian Cahaya, Solo Drop juga menguji ketahanan dan kesabaran individu untuk berdepan dengan kegelapan malam dan suasana yang seram dan menakutkan, dimana para pelajar dikehendaki berjalan malam secara berseorangan yang dalam keadaan yang gelap gelita hanya berpandukan tali yang direntangi di sepanjang laluan yang berhutan dan berbukit

Jungle Tracking
Sebagaimana yang terdapat dalam rakaman DVD, Jungle Tracking terbahagi kepada tiga tahap, iaitu; menaiki/melalui kanopi yang tergantung tinggi, melalui dan menuruni cerun dan kaki bukit dan tahap ketiga ialah menyusur sungai dengan cara berakit atau menggunakakan pelampung tiup getah. Semasa melalui denai dan cerun cerun dan menyemberangi anak anak sungai, para peserta terpaksa melalui tiga check point yang berasingan, dan setiap check point akan disoal beberapa soalan dan arahan sebelum peserta dilepaskan untuk meneruskan perjalanan kepada check point selanjutnya. Di check point pertama, setiap kumpulan akan ditanya berkaitan dengan kenegaraan, di check point kedua berkaitan dengan keagamaan dan selanjutnya di check point ketiga setiap kumpulan diarahkan untuk memilih salah seorang ahli kumpulan untuk disisih dan disingkirkan dari kumpulan mereka.

Riadah
Para peserta kursus diajar cara cara berkawat dan beriadah untuk kesihatan fizikal dan ketahan mental, dimana mereka sering diberi penekanan berkaitan disiplin dan peraturan dalAm berkumpulan dan berpasukan. Mana mana yang melanggar peraturan akan didenda dan dihukum dengan ketuk ketapi dan berbagai bagai tekanan untuk menguji pelajar/pelatih samaada dapat mengawal perasaan atau tidak

Tayangan gambar - HATI MALAYA
Di penghujung kursus, para peserta dihidangkan dengan satu tayangan gambar yang bertajuk ” HATI MALAYA”, yang merupakan sebuah filem yang berkaitan dengan perjuangan menuntut kemerdekaan oleh para pejuang tanah air terhadap penjajahan British.

BAB III
PENDEKATAN PENILAIAN YANG DIRANCANG
Objektif Penilaian
Penilaian ini mempunyai tiga objektif, iaitu;
i) Untuk mengukur tahap kepuasan peserta setelah mengikuti kursus Bina Negara Mahasiswa Lanjutan MPP Universiti Malaysia Kelantan
ii) Untuk mengukur tahap perubahan pengetahuan (berkaitan kepimpinan) peserta terhadap program latihan yang telah di ikuti
iii) Untuk mengukur tahap keberkesanan modul latihan yang diamalkan oleh BTN Cawangan Kelantan

Model Penilaian yang akan digunakan
Kajian ini akan menggunakan Model Penilaian Kirkpatrick (1998) melalui Penilaian Empat Tahap iaitu tahap Reaksi, Pembelajaran, Tingkah laku dan Keberhasilan



Rational penggunaan Model Kirkpatrick
Model ini telah digunapakai sebagai rekabentuk terawal susun atur untuk penilaian latihan dalam for-profit organization lebih tiga puluh tahun yang lalu, dimana pengaruh populariti model ini dapat dilihat daripada beberapa faktor;
i) Model ini telah memperkenalkan keperluan kepada keprofesionalan latihan untuk memahami proses penilaian latihan yang berbentuk sistematik. (Shelton & Alliger, 1993). Ianya melengkapi sistem yang terus terang (straightforward system) atau dalam bahasa yang mudah, model ini digunakan berkaitan dengan outcome latihan dan jenis informasi yang membolehkan ianya melengkapi untuk menilai terhadap keluasan mana mana program latihan bagi pencapaian matlamat
ii) Model ini telah menegaskan bahawa informasi terhadap outcome ditahap empat merupakan tahap yang sangat bernilai atau informasi diskriptif berkaitan latihan yang telah dicapai. Bagi para ”profesional latihan” dalam organisasi, fokus keperluan yang utama ini adalah begitu sepadan dengan orientasi keuntungan yang competatif dari penajanya. Model empat tahap ini sesungguhnya telah memberikan cara/kaedah/jalan kepada jurulatih dalam organisasi untuk pencapaian apa yang mereka lakukan dalam terma perniagaan.
iii) Populoriti model empat tahap ini juga merupakan fungsi terhadap potensinya bagi memudahkan proses yang komplek dalam penilaian latihan. Model ini melakukan beberapa kaedah; menggambarkan panduan yang jelas berkaitan jenis jenis persoalanan dan kriteria yang bersesuaian, dan mengurangkan tuntutan pengukuran terhadap penilaian latihan

Model Kirkpatrick telah memberikan sumbangan yang sangat bernilai kepada pemikiran dan pengamalan dalam bidang penilaian latihan. Ianya membantu memfokuskan amalan dalam penilaian latihan bagi pencapaian outcome, (Newstom, 1995), telah menggalakkan penekanan bahawa pengukuran single outcome tidak membayangkan kecukupan terhadap program latihan sesebuah organisasi yang sangat komplek, dan menegaskan betapa pentingnya menyelidiki kepelbagaian pengukuran bagi keberkesanan sesuatu latihan. Model ini juga memberikan kesedaran betapa pentingnya memikirkan tentang penilaian dalam terma sesuatu perniagaan, (Wang, 2003). Berdasarkan kepada Model Penilaian Kirkpatrick (1998), pada asas nya keempat empat tahap adalah penting untuk memberikan informasi yang bernilai. Meskipun tahap 1, dimana ianya kelihatan seolah olah menggambarkan tahap kepuasan peserta sahaja, tetapi ia sebenarnya membantu jurulatih (trainer) untuk menentukan “bagaimana” keberkesanan program latihan dan “bagaimana” ianya boleh di pertingkatkan. Giber et al. (2000) telah menyelidiki program pembangunan kepimpinan mendapati 93% diukur melalui reaksi, 33% pembelajaran, 86% perlakuan, dan 73% hasil, dan menegaskan bahawa “ the success of leadership development program should be observed in “how” participants use their education and respond to it”.
Yang lebih utamanya model ini membincangkan bagaimana dan mengapa (why) atau sebab sesuatu penilaian itu perlu dilaksanakan, iaitu objektif penilaian itu sendiri.
Daripada kajian literatur yang terkini adalah didapati bahawa;
a) Kirkpatrick‟s model is the oldest and has been the most reviewed since its inception in 1959 (Naugle, Naugle, & Naugle, 2000). Many more recent models may be considered to be variations thereof (Tamkin, Yarnall, & Kerrin, 2002).
b) Kirkpatrick‟s model is capable of reducing the risk of reaching biased conclusions when evaluating training programs (Galloway, 2005). Although the model has been in use for decades, scholars have criticized it for its over-simplification of what evaluating training programs involves and its lack of consideration of the various intervening variables that affect learning and transfer (Tamkin, Yarnall, & Kerrin, 2002; Reeves & Hedberg, 2003). Aldrich (2002) remarks that it focuses only on whether outcomes have been achieved. In order to address these limitations, Clark (2008) suggests that the model should have been presented by Kirkpatrick as both a planning and an evaluation tool and should be flipped upside-down to re-organize the steps into a backwards planning tool. Still, the model is seen as offering flexibility to users as it permits them to align outcomes of training with other organizational tools (e.g., company reports and greater commitment of employees) (Abernathy, 1999). Though the model has been used for decades in the evaIuation of commercial training programs, some scholars have suggested its use for research studies of academic programs and have used it for the purpose (Tarouco & Hack, 2000; Boyle & Crosby, 1997), while others have suggested a combination of the model with other professional development tools (Grammatikopoulos, Papacharisis, Koustelios, Tsigilis, & Theodorakis, 2004). In particular, level four of Kirkpatrick‟s model is highly relevant to distance learning as it seeks tangible evidence that learning has occurred, as does level two (Galloway, 2005). This researcher has found the model to be relevant and useful in evaluating the impact of a distance education program.

Kritikan Terhadap Pendekatan Penilaian D.L Kirkpatrick
1. Annabel Jackson Associates menyatakan bahawa kebanyakan penilaian untuk Peringkat Reaksi menggunakan Borang Penilaian (happy sheets), maka terdapat beberapa persoalanan yang timbul, iaitu;
• Latihan boleh mencapai kadar yang positif tetapi masih gagal menemukan objektif yang sebenarnya
• Tindakbalas pelatih hanya berdasarkan perasaan dan persepsi pelatih sahaja
• Reaksi merupakan sesuatu yang subjektif
• Tindakbalas peserta merupakan tindakan superficial sahaja
• Soalan soalan yang dikemukakan boleh menjuruskan kepada penulisan yang lemah
• Scoring tendency, mungkin berbeza diantara pelatih dengan pelatih yang lain
2 Fred Nickols (2000), melalui The Structure of the Training Evaluation Problem mempersoalkan diperingkat Penilaian Pembelajaran “What principle, facts and techniques were understood and absorbed by the conferees?. Apakah yang pelatih tahu atau buat boleh diukur disepanjang dan diakhir program latihan tersebut, sebaliknya hasil pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi diukur hanya disepanjang program latihan sahaja, Pelatih memasuki tahap pengetahuan dan kemahiran mesti juga diketahui atau diukur, iaitu penilaian pembelajaran sepatutnya diukur diperingkat sebelum, sepanjang dan selepas program latihan berjalan.
3 Diperingkat penilaian perlakuan, Nickols mengkritik bahawa perubahan perlakuan dalam pekerjaan (on-the-job behavior), Kirkpatrick tidak sebenar benar mengemukakan pentafsiran kepada elemen perubahan dalam kajiannya, namunpun begitu, pentafsirannya yang ada hanya semata mata diambil dari “kata demi kata” (verbatim) dari penulisan Kirkpatrick – artikal keempat dan terakhir. Yang nyatanya, setiap penilaian terhadap perubahan perlakuan dalam pekerjaan (on-the-job behavior) mesti berlaku (occur) dalam tempat kerjanya, sedangkan mengikut Kirkpatrick perubahan perlakuan berlaku dan dikuasai oleh pelatih semasa latihan, samada mereka memindahkan atau tidak ketempat kerja.
4 Diperingkat kesan / hasil, Phillips (1997) menyatakan bahawa kesan diperingkat organisasi umumnya bergantung kepada empat kategeri;
i) Peningkatan output
ii) Penjimatan masa
iii) Penambahan kualiti
iv) Penjimatan kos
Justeru itu, dalam membuat penilaian terhadap hasil / kesan adalah sukar jika dibanding dengan penilaian terhadap peningkatan kemahiran. Masalah yang besarnya dalam pengukuran perubahan hasil organisasi ialah membina rangkaian kembali kepada program latihan.

BAB IV
PELAKSANAAN PENILAIAN
Kaedah Penilaian Yang Akan Dilaksanakan
Instrumen tinjauan telah dikenalpasti sebagai alat pengumpulan data yang sangat populor dalam pengukuran outcome dan penilaian (Champagne, 2006; Newcomer & Allen, 2008). Walau bagaimana pun tumpuan hanya kepada satu tool sahaja akan menimbul masalah dalam terma untuk pencapaian persefahaman secara mendalam terhadap fenomena yang menyebabkan penemuan yang condong (Lee & Pershing, 2002). Penyelidik adalah dinasihatkan agar menerima strategi yang pelbagai (Reeves & Herdberg, 2003; Newcomer & Allen, 2008)

Justeru, kajian ini akan menggunakan gabungan tiga kaedah; kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan (survey) melalui data borang soal selidik, kaedah kualitatif melalui data temubual terhadap responden; pelajar, fasilitator dan jurulatih yang terlibat dalam komponen latihan dan kaedah pemerhatian turut serta, secara penilaian sumatif dan formatif. Gabungan diantara kaedah kuantitatif dan kualitatif ini merupakan pendekatan yang boleh mengkompensetkan/kambus (compensate) kelemahan yang wujud diantara salah satu daripada pendekatan yang digunakan, (Punch, 2005).
Alat pengumpulan data
Alat atau instrumen untuk pengumpulan adalah melalui tiga cara;
i) Borang soal selidik untuk tujuan mengumpul segala maklumat mengenai demografi responden, persepsi responden terhadap kepuasan dan perubahan pengetahuan
ii) Temubual dilakukan untuk mendapat maklumat berkaitan latar belakang dan tujuan program latihan daripada pihak penganjur/pelaksana
iii) Pemerhatian Turut Serta dilakukan untuk mendapat maklumat yang terbentuk atau berlaku secara semulajadi. Sesuai untuk mengkaji secara terus akan perlakuan peserta latihan, fasilitator, jurulatih dan keadaan persekitaran pembelajaran. Item penilaian ini dengan menggunakan borang checklist dan rakaman video

Strategi pengumpulan data
a) Data kuantitatif dikumpul melalui penerimaan balik borang soal selidik yang diedarkan kepada responden selepas tamat program latihan, dimana peruntukan masa diberikan selama satu jam bagi peserta mengisi borang tersebut sebelum majlis perasmian penutupan program latihan dan penyampaian sijil penyertaan
b) Data kualitatif dikumpul melalui imbas kembali rakaman temubual yang dilaksanakan semasa program latihan sedang berjalan
c) Data maklumat khusus pemerhatian turut serta dikumpul melalui imbas kembali rakamam video, yang merangkumi rakaman temubual dan rakaman keseluruhan perjalanan kursus
BAB V
ANALISA DATA
Kaedah penganalisaan data dengan menggunakan dua kaedah, iaitu kaedah statistik deskriptif dan inferan.
i) Data yang dipungut melalui soal selidik akan dianalisa menggunakan pakej perisian Statistical Packages For Socail Science atau SPSS versi 11.5. Statistik Deskriptif akan digunakan untuk meringkaskan data dan memberi maklumat dalam bentuk yang dapat menerangkan data dengan jelas dan mudah (Mohd. Majid Konting, 1994). Ujian statistik yang akan digunakan dalam analisis hipertisis kajian adalah korelasi Person r, untuk mendapat hubungan antara pemboleh ubah, Ujian-t dan ANOVA sehala (one-way ANOVA) bagi mendapatkan perbezaan antara min. Menurut Majid Konting (1994) ujian-t sangat berkuasa dalam menentukan perbezaan antara dua min pemboleh ubah. Paras signifikan, p = 0.05 adalah digunakan dalam kajian penilaian ini. Penggunaan paras signifikan 0.05 merupakan amalan biasa kepada penyelidik sains sosial ( Ary, Jacob & Razavieh, 2003). Menurut Sheridan & Lyndall (2003), andaian andaian perlu dibuat untuk pemprosesan data kajian. Antaranya adalah dari segi jenis skala pengukuran yang digunakan mestilah skala ordinal dan skala nominal. Skala Likert lima mata digunakan dalam bahagian ini.
ii) Data yang di pungut melalui temubual akan di analisa dengan kaedah matrik (Mile & Huberman, 1994), setelah data direkodkan dan ditulis kedalam transkrip secara verbatim untuk pembentukan tema atau kategori
iii) Data pre-test dipungut melalui borang soal selidek yang telah dihantar kepada responden seramai 30 orang pelajar yang tidak ikut serta dalam program latihan dan dalam masa yang sama ianya dijadikan kajian rintis untuk memastikan instrument kajian atau item soal selidik yang akan digunakan nanti adalah bersesuaian dari segi kebolehpercayaan (reliability) dalaman dan (valid) kesahan (Sekaran, 2003). Ketekalan dan kebolehpercayaan dalaman instrumen diuji dengan analisis Cronbach Alpha. Nilai alfa yang menghampiri 1.0, menunjukkan kebolehpercayaan dalaman yang tinggi, manakala nilai alfa yang kurang daripada 0.7 menunjukkan kebolehpercayaan yang lemah.













BAB VI
LAPORAN PENILAIAN
Pendekatan laporan
a) Maklumat yang dikumpul melalui borang soal selidik akan dianalisis melalui pendekatan penilaian kuantitatif secara statistik sebagaimana contoh dapatan digambarajah 1 dan 2

Gambarajah 1
Bil Item Aras Min %
1 Persekitaran Kem 1 3.8 76.0
2 Pengurusan Latihan (logistik) 1 4.1 82.0
3 Perkhidmatan Makan minum 1 3.7 74.0
4 Keberkesanan Modul latihan 1,2,3 4.3 86.0
5 Keberkesanan Tenaga pengajar 1,2,3 4.1 82.0
6 Perubahan Pengetahuan 3 4.4 88.0

Gambarajah 2
Bil Aras Min %
1 Tahap Kepuasan Peserta 4.0 80.0
2 Tahap Keberkesanan Modul Latihan 4.2 84.0
3 Tahap Perubahan Pengetahuan (kepimpinan) 4.3 86.0


b) Maklumat yang dikumpul melalui temubual akan dianalisis melalui pendekatan penilaian kualitatif berasaskan tema yang dibentuk sebagaimana contoh;

Soalan; Apakah pandangan anda terhadap kursus atau program latihan yang dianjurkan oleh BTN ini?

Jawapan: Saya sangat bangga dengan terpilihnya mengikuti kursus ini, kerana ianya dapat memberi pengalaman, pengajaran dan pembelajaran yang sangat berguna. Ianya berbeza dengan tanggapan saya sebelum ini, bahawa kursus anjuran BTN adalah berbentuk politik ala komando.

c) Catatan yang terdapat dalam kajian ini, yang bermula dari halaman 5-10 berkaitan tajuk; Aktiviti Program Latihan dan Pelaksanaan Aktiviti merupakan dapatan kajian penilaian Pemerhatian Turut Serta

Audien laporan
Laporan ini berkepentingan untuk perhatian dan tindakan;
i) Peserta Latihan
ii) Fasilitator dan Jurulatih
iii) Unit dan Bahagian Latihan (Agensi pelaksana dan penganjur - BTN dan UMK)
Perkara penting yang akan dilaporkan
Berdasarkan kepada penemuan penilaian adalah didapati bahawa;
a) Tahap kepuasan peserta terhadap Persekitaran kem dan Perkhidmatan makan minum adalah rendah berbanding Modul latihan dan Tenaga pengajar
b) Pengurusan Latihan dan logistik adalah memuaskan
c) Tahap Kepuasan peserta, Perubahan pengetahuan dan Keberkesanan Modul adalah memuaskan dengan purata 4.17 atau 83.33%
d) Terdapat perkaitan diantara Keberkesanan Modul Latihan dan Kepuasan Pelajar dengan Perubahan Pengetahuan, dimana Modul yang baik dan Kepuasan Pelajar yang memuaskan akan menghasilkan Peningkatan Pengetahuan Pelajar ( min: 4.17 atau 83.33%)

Cadangan Penilaan Lanjutan
Disebabkan penilaian ini mempunyai batasan yang tertentu, maka penilai mengemukakan cadangan penilaian lanjutan untuk mendapatkan kesahan yang tinggi terhadap penilaian ini. Penilaian ini menggunakan item soal selidik yang berbentuk pernyataan, tanpa merujuk kepada tahap piawai (standard) atau kriteria. Penilaian lanjutan boleh dilakukan dengan perbandingan tahap piawai untuk mendapat result yang sebenar (sah)



BAB VII
PENUTUP

Ringkasan Perancangan Penilaian Latihan
Perancangan penilaian ini adalah berasaskan gabungan tiga kaedah, iaitu kuantitatif, kualitatif dan pengunaan rakaman DVD. Keadaan ini menyebabkan penggunaan masa dan wang agak besar bagi pencapaian matlamat dan objektif penilaian

Kesimpulan Penilaian
Program Latihan yang dilaksanakan oleh BTN ini adalah berkesan dan memuaskan, dimana perubahan pengetahuan berada ditahap memuaskan (min: 4.3 @ 86.0%) dan ianya boleh diteruskan dengan beberapa penambahbaikan terhadap Persekitaran kem dan Perkhidmatan makan minum.









RUJUKAN
Annabel Jackson (2002) Guide to Evaluating Training and Learning Programmes. Annabel Jackson Associates . Lyncombe Hill
Asma Ahmad (2008) Rekabentuk Latihan. Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan. Serdang : UPM
Berwyn Clayton (1999) What of Training Evaluation Beyond 2000?. Research and Evaluation, Canberra Institute of Technology.
Bloom’s Taxonomy – Learning Domains . Design and Evaluation Toolkit for Training and Learning, from http://businesballs.com/trainingprogramevaluation.htm
Buku Program dan Peraturan Tetap (2004). Kursus Kenegaraan. BTN : Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya
Businessballs Space. Training Programme Evaluation: Training and Learning Evaluation, Feedback Forms, Action Plans and Follow-Up, from http://businessballs.com/trainingprogramevaluation.htm
Carter McNamara (Copyright 1997-2008). Complete Guidelines to Design Your Training Plan, Authenticity Consulting. LLC. from http://www.managementhelp.org/trng_gev_plan.htm
David D. Williams . Evaluation of Learning Objects and Instruction Using Learning Objects.
Donald L Kirkpatrick’s (1994) Evaluation Training Program. The Four Levels’ . Berrett Koehler. San Francisco
Dr. Shamsuddin Ahmad (2002) Program Evaluation : Theory and Practice. Universiti Putra Malaysia
Fred Nickols (2000) Evaluation Training; There is no “cookbook” approach, from http://home.att.net/~nickols/evaluation.htm
Ibrahim Mamat (1996) Reka Bentuk dan Pengurusan Latihan. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka
Jenny Neale & Karilyn Andrew. (2005) Evaluating an Evaluation Course. Evaluation Journal of Australasia, Vol. 5 N0. 2, 2005, pp 32-40
Junaidah Hashim (2002). The Influence Of Training Evaluators’ Characteristics on Evaluation Practices In Malaysia. The International Islamic University Malaysia. IIUM Journal of Economics and Management 10, no 2 (2002)
Paul L. Schumann & Rakan rakan (2001). A Framework for Evaluating Simulations as Educational Tools. Minnesota State University, Mankota. Develpoments in Business Simulation and Experimential Learning, Vol. 28, 2001
P. Rajeev, M.S. Madan & K. Jayarajan (2009). Revisiting Kirkpatrick’s Model – an Evaluation of an Academic Training Course. Indian Institute of Spices Research, Marikunnu PO, Calicut. India. Current Science, Vol. 96, NO 2, 25 January 2009

Reid Bates (2004). A Critical Analisis of Evaluation Practice : The Kirkpatrick Model and the Principle of Beneficence. Lauisiana State University, Baton Rouge, LA, USA. Evaluation ang Program Planning 27 (2004) 341-347

Ruth Aluko (2009). The Impact of an Advanced Certificate in Education (ACE) Program on the Professional Practice of Graduates. University Of Pretoria, South Africa. International Review of Research in Open and Distance Leraning, Vol. 10, Number 4. ISSN: 1492-3831