Sunday, April 12, 2009

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah sebuah badan Amanah Persendirian BERDAFTAR dengan Kementerian Kehakiman Malaysia yang ditubuhkan pada 17.hb. September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik.
Objektif
AIM ditubuhkan bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran Pembiayaan Ikhtiar kepada isirumah miskin di luarbandar untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang menambahkan pendapatan.
KELAYAKAN MENJADI SAHABAT AIM
Lokaliti Pendapatan Isirumah (RM) Pendapatan Perkapita (RM) Pendapatan Miskin Tegar (RM) Pendapatan Perkapita
Semenanjung 661 152 398 91
Sabah 888 173 503 97
Sarawak 765 167 482 105
Syarat-Syarat Menjadi Sahabat AIM
• Isirumah yang berpendapatan kurang dari garis kemiskinan semasa kerajaan iaitu RM 661 sebulan (RM 152 perkapita) bagi Semenanjung Malaysia, RM 765 sebulan (RM 167 perkapita) bagi Sarawak dan RM 888 sebulan (RM 173 perkapita) bagi Sabah.
• Bersedia menubuhkan kumpulan.Terdiri dari lima orang, sejantina, dipercayai, bertanggungjawab dan tiada tali persaudaraan yang rapat.
• Perlu menjalani kursus wajib jangka pendek selama 5 hari, iaitu 1 ½ jam sehari bertujuan untuk memahami peraturan dan syarat-syarat AIM.
• Selepas lulus ujian khas, peserta perlu menyertai peserta-peserta lain yang terdiri daripada 2 hingga 8 kumpulan yang dipanggil pusat.
• Peserta wajib hadir ke mesyuarat mingguan pusat. Segala urusan seperti permohonan pembiayaan dan bayar balik pembiayaan akan dijalankan semasa mesyuarat mingguan.
Skim Pembiayaan Ikhtiar AIM menawarkan 4 jenis pembiayaan:
Pembiayaan Ikhtiar Had Maksima(RM) Tempoh Bayar Balik Keterangan
1. Ikhtiar Rezeki
i . I- Mesra 2,000.00 - 20,000.00 25-150
minggu Pinjaman Pertama ( Sahabat baru) maksima RM2000. Pinjaman seterusnya peningkatan RM 1000 dari pinjaman sebelumnya
ii. I- Srikandi 2,000.00 - 20,000.00 25-150
minggu Pinjaman seterusnya satu kali ganda dari pinjaman sebelumnya.
iii. I- Wibawa 5,000.00 6 bulan Pinjaman bermusim/ Jangka pendek
2. I- Bistari 5,000.00 50 / 100
minggu Kali pertama, maksima RM1000
Kegunaan untuk Pendidikan
3. .I- Sejahtera 10,000.00 50 / 150
minggu Kali pertama RM3000. Kegunaan Pelbagai: pembelian aset, pelaburan dll
4. I- Penyayang 5,000.00 12 / 50
minggu Pembiayaan Pemulihan
Tabung Kumpulan
Tabung kumpulan diwujudkan untuk membentuk sikap menabung di kalangan Sahabat. Setiap Sahabat diwajibkan menyimpan secara mingguan antara RM1 hingga RM15. Sumber lain tabung ini ialah sumbangan 1% daripada pembiayaan sahabat. Dana tabung kumpulan ini boleh digunakan oleh Sahabat pada waktu kesesakan dan kecemasan.
Penubuhan Pusat
• Gabungan antara 2 hingga 8 kumpulan.
• Boleh diadakan di mana-mana tempat kemudahan awam seperti balairaya, surau dan lain-lain.
• Wajib bermesyuarat seminggu sekali.
• Tempat memproses pembiayaan, bayar balik dan lain-lain urusan berkaitan.

No comments:

Post a Comment