Saturday, January 23, 2010

Tugasan DCE 3701. contoh

SAINS DAN POLISI AWAM : PERLAKSANAAN DASAR BIOTEKNOLOGI NEGARA SEBAGAI PENERAJU PERTUMBUHAN EKONOMI BARU MALAYSIA
Oleh;
Abdull Suki b Hamat
DCE 3701
J 37926 (BSHRD sem 5)
UPM

1. PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sesuatu dasar awam di bentuk adalah untuk memenuhi objektif objektif sosio ekonomi sesebuah negara. Dasar dasar yang diwujudkan dapat mencerminkan nilai dan aspirasi kerajaan dalam menangani segala masalah dan cabaran yang dihadapi, dasar ini adalah bersifat dinamik dan sentiasa berubah mengikut nilai nilai masyarakat dan kepimpinan mengikut keadaan semasa
Di Malaysia, Dasar Bioteknologi Negara telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 28 April 2005 bersempena Persidangan BioMalaysia 2005 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dimana tertubuhnya Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) yang akan bertanggung jawab mengepalai pembangunan sektor berkenaan sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi baru Malaysia. MBC akan berada dibawah seliaan Majlis Perlaksanaan Dasar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri dan diletakkan sebagai agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). (Utusan Malaysia, 29 April 2005).
1.2 Latar Belakang Laporan
Bioteknologi adalah set teknik teknik revolusi yang merupakan subjek aspirasi polisi awam yang bermula kira kira dua dekad yang lalu. Agenda 21, merupakan program kerja yang telah diterima oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (United Nation) pada tahun 1992 melalui United Nations Conference On Environment And Development, dengan pernyataan bahawa bioteknologi; “promises to make a significant contribution in enabling the development of, for example, better health care, enhanced food security through sustainable agricultural practices, improved supplies of potable water, more efficient industrial development processes for transforming raw materials, support for sustainable methods of aforestation and reforestation, and detoxification of hazardous wastes”. (UNCTAD,2002)
Industri bioteknologi dianggarkan telah menjana penghasilan sekurang kurangnya USD 34.8 billion dan telah menyediakan peluang pekerjaan kepada kira kira 190,000 orang dalam firma perniagaan seluruh dunia. Ernst dan Young, (2002). Juga dianggarkan 4,200 firma bioteknologi awam dan swasta sedang beroperasi di seluruh dunia. Ini telah mempengaruhi hasil/sumbangan, dimana pada tahun 1992 industri bioteknologi hanya dianggarkan menyumbang kira kira USD 8.1 billion sahaja. Keadaan ini telah mewujudkan bilangan bioteknologi moden – berasaskan pertambahan kelulusan pengeluaran perubatan dan vaksin dari 23 pada tahun 1990 kepada melebihi 130 dalam tahun 2001. James, (2003)
Di Malaysia, mantan Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa; Dasar Bioteknologi Negara merupakan projek bertaraf nasional, dengan menggariskan sembilan teras utama dalam membangunkan bidang bioteknologi sebagai engin pertumbuhan ekonomi yang baru. Kerajaan akan membangunkan Bionexus Malaysia, iaitu rangkaian pusat kecemerlangan terdiri daripada institusi terbaik dalam negara yang menawarkan subsektor khusus bioteknologi. Sebagai permulaan, kerajaan akan menumpukan kepada tiga pusat kecemerlangan iaitu; bioteknologi pertanian di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), genomic dan biologi molecular di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala pusat kecemerlangan bidang farmaseutikal dan nutraseutikal akan dibina di tapak asal Lembah Bio di Dengkil. (Utusan Malaysia, 29 April 2005)

1.3 Pernyataan Masalah
Kajian/tugasan ini dibuat adalah untuk mengenal permasalahan yang di hadapi dalam pelaksanaan Dasar Bioteknologi Negara berasaskan sains dan polisi awam, sebagaimana berikut:
1.3.1 Penyertaan Masyarakat
Perlaksanaan Dasar Bioteknologi Negara telah menarik minat dan perhatian rakyat Malaysia. Walau bagaimana pun masih terdapat ramai rakyat Malaysia yang ketinggalan berkaitan pengetahuan dalam bidang atau dasar tersebut. Ini dapat dilihat dalam perkembangan Rancangan Malaysia ke sembilan (RMK-9) di Parlimen pada 31 Mach 2007, dimana Perdana Menteri ketika itu, terpaksa mengulangi dan menyebut kembali betapa pentingnya rakyat turut serta dalam industri boiteknologi sebagai industri penting yang berpotensi menjana sumber kekayaaan baru. Maisarah Mahmood, (Julai 2007)
1.3.2 Pengambilan Pakar dan Teknologi Luar
Malaysia perlu mengambil langkah proaktif termasuk mengambil (sains) teknologi luar dan menarik lebih ramai pakar dalam bidang bioteknologi bagi memastikan ia tidak ketinggalan berbanding negara lain yang sudah mencapai kemajuan dalam bidang berkenaan. Pengambilan teknologi dan kehadiran pakar bioteknologi luar bukan sahaja dapat membantu memajukan dan meningkatkan sektor bioteknologi negara, tetapi turut membantu mempercepatkan pelaksanaan cadangan yang dikemukakan oleh Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Bioteknologi. Dr Ahmad Zaharudin Idrus, (2009)
1.3.3 Kekurangan Sumber
Perubahan kegunaan tanah dan kekurangan bahan mentah telah memberi tekanan kepada sektor pertanian dan perhutanan supaya lebih proaktif serta mampan disamping menggunakan input yang minima. Dengan ketibaan teknologi baru, dicirikan dalam bidang bioteknologi, kini kita dijanjikan dengan pelbagai kemudahan untuk kemajuan perhutanan. Namun proses memperkasakan ilmu dan teknologi dalam bidang ini adalah satu aktiviti yang berterusan serta perlu dilaksanakan dengan bersungguh sungguh. Maka program yang disyorkan ini merangkumi komponen komponen projek yang dapat membuktikan penyelidikan bioteknologi perhutanan dapat digunapakai untuk keperluan semasa negara serta berupaya mencipta kekayaan negara ke sempadan yang tiada hadnya. FRIM (2009)

1.4 Objektif Kajian & Tugasan
Tujuan penulisan laporan ini adalah untuk menilai keberkesanan polisi yang dibentuk berasaskan konteks pengenalpastian dan penganalisaan masalah, penetapan matlamat dan alternatif polisi, instrumen polisi yang digunakan, perlaksanaan dan penilaian serta kaedah mengatasi masalah, samada ianya mencapai matlamat keberkesanan sains dan polisi awam, dalam perlaksanaan Dasar Bioteknologi Negara sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi baru Malaysia.

2. IDEA DAN KONSEP
Policy directives derive as well from obligations, such as international covenants to signatory, for example, to the UN Universal Declaration of Human Rights (1948), the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (1966) and the International Covenant on Civil and Political Rights (1966). Through their signatures, nations commit themselves to bring legislation, policies and practices into line with these obligations. These documents, at least in theory, are supposed to act as drivers, though action often lags far behind. (Sherri Torjman, 2005)

“Public policy determines the quality of the air we breathe and the water we drink. It affects the food we eat – how it is harvested, where it is distributed and sold, and how much we pay. It controls the way in which we clean and monitor (or not in the case of the Walkerton tragedy) the safety of the water supply. Public policy sets limits on air emissions – though, of late, governments seem to be issuing warnings of poor air quality more than doing anything significant to clean it up”. (Sherri Torjman 2005)

“I’am desire for truth-based policy can be reframed as a vision of how policy would be framed and implemented in a perfect world. In this perfect world, scientists collect facts, politicians develop policies based on those facts, legislators pass laws to implement these policies, and government agencies enforce the laws, most likely through regulations based on the same kind of facts. Because the laws, policies, and regulations, are based on the truth, they work, and our problems are solved: efficiently, effectively, and economically. More subtly, we might say that science gives us our most reliable understanding of the natural world, and therefore provides the best possible basis for public policy on subjects involving the natural world”. (Lomborg, 2001)


Polisi adalah satu keputusan, persefahaman bersama atau perjanjian yang dicapai melalui proses tolak ansur atau melalui proses politik untuk memangkinkan proses perubahan yang dapat memberi kebaikan dan faedah bersama kepada orang ramai yang terlibat, Azahari (1994).
Polisi mengandungi elemen elemen seperti matlamat dan intrumen polisi, dimana ianya merangkumi skop yang luas bermula dari yang mudah sehinggalah kepada yang kompleks dimana polisi boleh wujud dalam dua bentuk, iaitu informal dan formal, yang mana polisi tertakluk kepada sistem yang meliputi tiga komponen penting yang saling berkait antara satu sama lain, iaitu polisi yang digubal, golongan yang berkepentingan dan enviromen polisi, Azizan Asmuni, (2007)
Walau bagaimana pun, di peringkat kerajaan, polisi (awam) merupakan tunggak dalam pencapaian keputusan dan faktor asas yang menggariskan halatuju semua aktiviti kerajaan, hubungan antara intitusi dan pihak pihak yang berkaitan, dan ianya melibatkan keputusan politik dimana ianya akan dinilai berdasarkan perlaksanaan polisi yang dijanjikan melalui struktur pentadbiran kerajaan. Azizan Asmuni, (2007)

Perkataan “bioteknologi” pertama kalinya telah diistilahkan pada tahun 1919 oleh Karl Ereky, seorang jurutera Hungary yang merujuk kepada metod dan teknik bagi menghasilkan bahan bahan daripada ‘raw materials’ dengan bantuan organism kehidupan (living organism). Manakala pengertian piawai bagi bioteknologi yang dicapai dalam konvensyen Biological Diversity (1992) yang telah dipersetujui oleh 168 negara negara anggota dan diterima oleh Food and Agriculture Organization of the United Nation (FAO) dan World Health Organization (WHO) ialah; “ any technological application that use biological system, living organisms or derivatives thereof, to make or modify products and processes for specific use”. Albert Sasson, (2006).

Konsep “ekonomi baru” dikenali dengan berbagai bagai melalui statistik produktiviti, globalisasi, pengetahuan ekonomi dan teknologi teknologi spesifik yang memberi kesan kepada sektor tertentu. Pada pandangan kami, ekonomi baru diwujudkan melalui perubahan dalam pengeluaran dan sistem pengorganisasian ekonomi hasil dari revolusi ICT, bioteknologi dan bahan bahan. Dan Marsh dan Les Oxley (2002). Chris Freeman (1995), mencadangkan kumpulan baru teknologi hendaklah menemukan lima keadaan jika ingin memberi kesan kesan besar kepada ekonomi, dimana mereka hendaklah; i) mewujudkan lingkungan baru terhadap penyertaan produk berasaskan peningkatan dalam ciri ciri teknikal bagi berbagai produk dan proses, ii) mengurangkan kos produk dan perkhidmatan, iii) boleh di terima dari sudut sosial dan politikal, iv) boleh diterima dari sudut persekitaran, v) mampu berkembang dan berkesan melalui sistem ekonomi.

Sains merupakan tema biasa dalam banyak perbincangan berkaitan ekonomi baru, dimana pada peringkat akhirnya sains/inovasi dimengertikan sebagai; its mechanisms and causal factors that will determine whether today’s new economy is remembered one hundred years from now. Innovation and its causal factors in one part of the new economy. Saviotti (1998). Maka “biotechnology has led to profitable innovation in only a relatively small number of applications in a few sectors in a few countries”. Freeman, (1995)


3. METODOLOGI LAPORAN TUGASAN
Kaedah laporan tugasan ini akan dibahagikan kepada dua fasal, iaitu;
i) Laporan berkaitan proses pembentukan polisi, dan
ii) Laporan berkaitan keberkesanan sains dan polisi awam dalam perlaksanaan Dasar Bioteknologi Negara sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi baru Malaysia.
Laporan berbentuk kualitatif, berasaskan sumber sekunder dan primer, dimana penulis akan melaporkan pemerhatian yang dibuat oleh orang lain atau dokumen bertulis seperti buku, makalah, surat khabar dan journal penyelidikan, dan pemerhatian sendiri

4. HASIL/TEMUAN KAJIAN TUGASAN
4.1. Proses Pembentukan Polisi
Proses pembentukan polisi atau Dasar Bioteknologi Negara yang di lancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia pada 28 April 2005, merupakan proses dimana pihak kerajaan mentafsir dan menterjemah visi atau matlamat kepada program dan tindakan yang bakal dilaksanakan untuk mencapai hasil yang dikehendaki melalui peringkat peringkat berikut;

4.1.1 Pengenalpastian Masalah
a) Agenda polisi berasaskan isu nasional berkaitan dengan pemahaman yang perlu dilalui oleh rakyat sebagai stakeholders betapa pentingnya penglibatan mereka dalam industri bioteknologi sebagai industri penting yang berpotensi menjana sumber kekayaan dan ekonomi baru negara mengganti teknologi lapuk
b) Bagi memastikan agar negara tidak ketinggalan dalam inovasi yang berkaitan bioteknologi dengan mengambil langkah proaktif termasuk mengambil teknologi dan pakar dari luar negara
c) Untuk menjamin agar sumber digunakan dengan berhemah dalam bidang perhutanan, pertanian, perternakan dan perikanan

4.1.2 Penetapan Matlamat dan Alternatif polisi
a) Mengiktiraf kepentingan bioteknologi sebagai satu daripada pemacu utama pembangunan negara, kini dan masa depan
b) Mengiktiraf kepentingan bioteknologi sebagai penjana kemajuan dan kualiti hidup rakyat
c) Mengiktiraf kepentingan bioteknologi sebagai pencambahan pengetahuan dan inovasi dalam Negara sebagai elemen penting dalam usaha mencapai tahap pembangunan yang mempunyai nilai tambah
d) Mengiktiraf kepentingan bioteknologi boleh digunakan dengan cara yang terbaik untuk pembangunan insan tanpa mengenepikan bidang bidang lain dalam negara yang telah pun berjalan pesat

4.1.3 Pembinaan Instrumen Polisi
Berdasarkan sembilan teras utama dalam membangunkan bidang bioteknologi sebagai engin pertumbuhan ekonomi baru;
a) Pembangunan Bioteknologi Pertanian
b) Pembangunan Bioteknologi dan Penjagaan Kesihatan
c) Pembangunan bioteknologi Perindustrian
d) Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan Pengambilalihan Teknologi
e) Pembangunan Sumber Tenaga
f) Pembangunan Prasarana Kewangan
g) Pembangunan Kerangka Kerja Peraturan dan Perundangan
h) Kedudukan Strategik

4.1.4 Perlaksanaan Polisi
a) Merubah dan memperluaskan nilai penciptaan dalam sektor pertanian melalui bioteknologi
b) Menggunakan kelebihan biodiversiti negara dengan melakukan penemuan komersial dalam pembangunan produk produk asli, termasuk meletakkan Malaysia dalam peta pasaran bi-generik
c) Memastikan pertumbuhan peluang peluang dalam aplikasi pemprosesan bio-termaju dan teknolgi bio-pembuatan
d) Menubuhkan pusat kecemerlangan dalam institusi sedia ada atau baru dengan mengadakan kerjasama antara kumpulan penyelidikan pelbagai bidang
e) Membina kemampuan sumber tenaga bioteknologi Negara bagi memenuhi keperluan pasaran melalui pelbagai skim khas, program dan latihan
f) Menawarkan dana ‘makmal ke pasaran’ yang kompetatif dan insentif untuk menggalakkan penglibatan ahli akademik, sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
g) Mewujudkan persekitaran kondusif melalui penyemakan kerangka kerja prosedur dan perundangan secara berterusan selaras dengan piawaian dan amalan global. Membangun regim perlindungan harta intelek yang mampu menyokong aktiviti R&D dan pengkomersialan
h) Mewujudkan strategi pemasaran global untuk membina jenama bioteknologi yang diiktiraf

4.1.5 Penilaian Polisi
Setakat hari ini, masih tidak terdapat apa apa laporan penilaian yang dibuat oleh pihak kerajaan terhadap perkembangan dasar tersebut secara terperinci. Namun demikian pihak Kementerian telah memberi jawapan kepada soalan yang dibangkit di Parlimen pada Jun 2008 yang lalu;
SEHINGGA 30 April lalu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerima peruntukan RM483.4 juta bagi melaksanakan projek penyelidikan dan pembangunan dalam kajian sains biologi dan bioteknologi dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Menterinya, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili, berkata daripada jumlah itu, kajian sains marin, biodiversiti dan persekitaran menerima peruntukan sebanyak RM4.6 juta, manakala kajian bioteknologi sebanyak RM478.8 juta membabitkan RM141.2 juta untuk bioperubatan dan RM74.1 juta dalam bidang farmaseutikal atau biofarmasi.
Katanya, bidang lain dalam bioteknologi seperti bioteknologi tumbuhan, makanan, haiwan, industri bioteknologi dan bioteknologi persekitaran menerima peruntukan RM263.55 juta. "Kerajaan menyedari industri bioteknologi adalah satu sumber baru bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu kerajaan menyusun strategi pembangunan industri bioteknologi dengan melancarkan Dasar Bioteknologi negara pada April 2005 lalu. "Strategi kerajaan untuk meningkatkan saingan dalam bidang sains bioteknologi ialah dengan mewujudkan persekitaran yang merangsang dan menggalakkan pertumbuhan industri bioteknologi melalui penubuhan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) sebagai pusat sehenti industri bioteknologi serta memperkenalkan status dan konsep BioNexus," katanya.
Mengulas lanjut soalan M Manogaran (DAP-Telok Intan), Maximus berkata, menerusi status BioNexus, sesuatu syarikat antaranya akan menerima insentif cukai yang menarik dan dana pengkomersialan (dana padanan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dana padanan perniagaan di peringkat antarabangsa. Beliau berkata, konsep BioNexus membolehkan pusat penyelidikan sedia ada digemblengkan untuk melaksanakan aktiviti R&D yang boleh membantu menjana ekonomi negara. Katanya, bagi memastikan penyelidikan bioteknologi lebih terarah dan fokus, kerajaan sedang membangunkan tiga institut bioteknologi iaitu Institut Genom Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Agrobioteknologi di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) serta Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal di Universiti Sains Malaysia.
Maximus juga menafikan kenyataan Manogaran bahawa Malaysia ketinggalan dalam bidang bioteknologi berbanding Singapura, sebaliknya negara mendahului negara lain di rantau ini. Katanya, sehingga kini sebanyak 63 syarikat diluluskan untuk status BioNexus dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.28 bilion. "Minggu lalu saya mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Bio 2008 di Santiago dan menyaksikan kira-kira 10 perjanjian persefahaman bernilai RM1 bilion. "Ini mencerminkan kemajuan kita dalam bidang ini lebih mendahuli negara lain di rantau ini, khususnya dalam bidang biodiversiti dan bioteknologi pertanian," katanya.
Menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang menyuarakan kebimbangan kemungkinan paten flora dan fauna dihasilkan oleh saintis asing, Maximus berkata, kementerian akan memastikan geran bukan saja diterjemahkan terhadap produk dan hasil daripada inovasi, sebaliknya juga diterjemahkan kepada paten. ( Berita Harian 27 Jun 2008)

Penilaian berasaskan; keberkesanan, kecekapan, kecukupan, kesaksamaan, kepekaan kepada perubahan dan kesesuaian yang melibatkan; penganalisaan dan pemeriksaan, perbandingan matlamat dan pencapaian, fokus kepada kecekapan dan keberkesanan, memahami impak perlaksanaan polisi terhadap persekitaran dan mengambil kira keadaan realiti tidak dapat disahkan setakat ini


4.2. Keberkesanan Sains dan Polisi Awam Dalam Perlaksanaan Dasar Bioteknologi Negara Sebagai Peneraju Pertumbuhan Ekonomi Baru Malaysia
Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Bahagian Bioteknologi Kebangsaan (BIOTEK), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), yang dikenali sebagai Pusat Kecemerlangan Bioteknologi. Beberapa pencapaian telah diperolehi dalam perlaksanaan Dasar Bioteknologi Negara berasaskan keberkesanan sains;
a) Telah mewujudkan tiga bidang utama fokus bioteknologi Negara, iaitu; pembangunan bioteknologi pertanian, pembangunan bioteknologi penjagaan kesihatan dan pembangunan bioteknologi industri, dengan tertubuhnya;
i) Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) – Projek ABI merangkumi penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan keatas sektor agro-bioteknologi, dan ianya akan bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam penyelidikan dan pengkomersialan produk agro yang berpotensi
ii) Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IFNM) – Untuk menjadi sebuah organisasi yang betaraf dunia di dalam bidang farmaseutikal dan nutraseutikal. Secara khususnya objektif IFNM adalah untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan bioteknologi kesihatan dengan menggabungkan kumpulan penyelidik daripada pelbagai disiplin bagi menjalankan aktiviti R&D yang berpotensi untuk dikomersialkan
iii) Institut Genome Malaysia (MGI) - Merupakan sebuah organisasi yang menjalankan penyelidikan dan penemuan dalam bio-sumber tropikal melalui projek projek berkaitan penjujukan genom, perbandingan dan pengfungsian genomic serta struktur biologi
b) Menubuhkan BiotechCorp yang dikawal selia oleh Majlis Tindakan Bioteknologi Negara dan menerima nasihat daripada panel penasihat antarabangsa, dimana kedua dua nya diletak di bawah kuasa Perdana Menteri. BiotechCorp bertanggung jawab menggalakkan pembabitan sektor swasta negara dalam bidang bioteknologi, mempromosi negara Malaysia sebagai pusat bioteknologi serantau, menyelaraskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) berasaskan komersial serta menyelaraskan proses permohonan insentif insentif yang ditawarkan kerajaan
c) Menggalakkan pemahaman dan kesedaran masyarakat terhadap bioteknologi melalui pembangunan dan penyelarasan data, maklumat dan pengetahuan dalam bidang bioteknologi. Membangunkan program modal insan dalam bidang bioteknologi, membantu dan menyelaras pemindahan teknologi kepada masyarakat hasil penyelidikan bidang bioteknologi yang dibiayai oleh kerajaan. Mengenalpasti program dan aktiviti serta menyediakan sumber kewangan, kemudahan fizikal, khidmat nasihat dan sokongan teknikal bagi R&D bioteknologi kepada golongan rakyat yang berminat.

5. PERBINCANGAN
Perbincangan akan menjurus kepada dua fasal utama, iaitu fasal pembentukan polisi, dan keberkesanan sains terhadap perlaksanaan polisi.

i) Pembentukan Polisi (penilaian)
Sebagaimana yang ditakrifkan, polisi merupakan kaitan diantara; keputusan, proses tolak ansur/politik, mempercepatkan proses perubahan, faedah kepada orang ramai dan melalui proses yang mudah kepada yang kompleks, Azahari. (1994)
Polisi/Dasar Bioteknologi Negara yang dikaji ini, merupakan polisi awam yang meliputi skop ‘polisi strategik’ dimana keputusan dibuat oleh pihak kerajaan yang melibatkan polisi polisi besar dan pembahagian peruntukan dan bidang tugas yang lebih meluas. Haddad (1995). Polisi ini merupakan ‘polisi formal bertulis’ yang didokumenkan di peringkat organisasi, perundangan dan peraturan birokrasi yang tertakluk dibawah rancangan jangka panjang kerajaan. Midley. (2000). Ianya terbentuk dalam sistem polisi yang merangkumi tiga komponen penting yang saling berkait diantara satu sama lain, iaitu; polisi yang digubal, golongan berkepentingan (stakeholders) dan enviromen polisi, Dye (1998) dan Dunn, (1994)
Polisi/Dasar Bioteknologi Negara ini juga merupakan polisi yang digubal berasaskan proses secara sistematik untuk menjangka dan memperbaiki masa hadapan. First, (1993), yang merangkumi dua perkara penting, iaitu; pihak kerajaan yang membentuk polisi, dan proses pembentukannya lebih kompleks dan mempunyai mekanisma birokrasi. Pegawai kerajaan sendiri yang bertanggung jawab dalam pembentukan polisi dengan menjalankan aktiviti aktiviti mengkaji isu dan peraturan, serta mendokumentasikan polisi, manakala penyediaan dan penyemakan deraf rang undang undang oleh pegawai undang undang, dilulus sebagai polisi dan diterbitkan, Midgley (2000).
Di Malaysia, struktur pentadbiran kerajaan melambangkan cara penyampaian sesuatu polisi, ianya dibahagikan kepada kementerian, jabatan, agensi dan unit unit demi memberi manafaat kepada golongan sasar polisi yang khusus. Penubuhan mekanisma Penasihat dan Perunding adalah aspek aspek pembangunan polisi, dimana pelbagai pihak yang berkepentingan berusaha mempengaruhi keputusan kerajaan berkaitan dengan halatuju polisi, melalui interaksi diantara masyarakat dan kerajaan demi kepentingan keberhasilan dan impak polisi yang dibentuk.
Di dalam pembentukan polisi oleh kerajaan, perlaksanaan polisi dibahagi kepada dua fasal, iaitu; pelaksanaan penggubalan undang undang dan pelaksanaan tindakan, ianya bertujuan untuk; memastikan sumber diguna dengan effisyen, kesaksamaan penggunaan sumber, keberkesanan dan keutamaan polisi.
Pembentukan polisi/Dasar Bioteknologi Negara telah melalui proses proses berikut; Agensi Persekutuan melalui Menterinya membuat cadangan polisi dan diserahkan kepada Kumpulan Perancang Antara Agensi untuk diteliti, selanjutnya dimajukan kepada Unit Perancang Ekonomi untuk diperhalusi untuk membentuk draf polisi. Kemudian Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara memperhalusi sekali lagi draf yang dikemukakan oleh Unit Perancang Ekonomi untuk dikemukakan kepada Majlis Perancang Negara untuk dibahaskan di peringkat Menteri Kabinet. Draf yang telah dipersetujui diperingkat Jemaah Menteri akan di bentangkan di Parlimen untuk dibahas dan luluskan sebagai undang undang.
Di Parlimen, rang undang undang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri yang bertanggungjawab, kemudian ianya dibahas dan diundi diperingkat bacaan kali kedua untuk kelulusan. Rang undang undang yang diluluskan diperingkat bacaan kali kedua dibahaskan secara spesifik di Peringkat Jawatankuasa untuk meminda dan memutuskan mengenai fasal dan jadual yang dikemukakan, kemudian ianya akan melalui proses bacaan kali ketiga untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, setelah mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong, maka pihak kerajaan akan mewarta dan mencetakkan undang undang tersebut untuk dilaksanakan oleh pihak kementerian/agensi yang terlibat.
Perlaksanaan undang undang yang diluluskan akan dilaksanakan berasaskan pembentukan polisi, sebagaimana yang diterangkan di bab 4 melalui peringkat peringkat tertentu.

ii) Keberkesanan Sains Terhadap Pelaksanaan Polisi (penilaian)
Produk bioteknologi pertanian dan produk asli istimewa (specialty natural products) adalah satu industri yang berpotensi untuk dimajukan kerana kekayaan biodiversiti negeri ini. Herba dan tumbuhan ubat-ubatan adalah merupakan produk biodiversiti yang berupaya menjadi industri penting dan boleh mendatangkan hasil bernilai jutaan ringgit di pasaran antarabangsa.

Pembangunan bioteknologi menjadi agenda penting dalam program mempelbagaikan industri. Sehubungan dengan itu pembangunan sumber manusia bagi mewujudkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang ini telah ditingkatkan. Kawasan yang sesuai samaada untuk penanaman ataupun pemerosesan telah dikenalpasti untuk diwartakan. Langkah-langkah pencegahan supaya sumber sumber bioteknologi ini tidak pupus dan terus berkembang untuk dieksploitasikan telah diberikan perhatian khusus.

Program bioteknologi dan Keupayaan Pusat Bio-Teknologi Ternakan telah ditingkatkan supaya baka ternakan bermutu tinggi dapat dibekalkan kepada penternak tempatan dan juga untuk dieksport. Pembangunan sumber manusia untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang ini akan diteruskan.

Dalam industri perikanan, konsep bioteknologi telah diberikan perhatian kerana terdapat berbagai produk merin yang berpotensi belum dieksploitasikan sepenuhnya. Kajian dari semasa ke semasa telah dilakukan untuk mencari produk merin yang boleh diproses untuk digunakan dalam bidang perubatan, kosmetik, gantian gelatin dan kegunaan farmasi. Dalam industri akuakultur, para pengusaha telah digalakkan untuk menggunakan teknologi pro-biotik yang lebih mesra alam berbanding dengan anti-biotik yang lebih bersifat kimia.

Kajian agronomi dan pengumpulan janaplasma herba yang mempunyai nilai perubatan untuk tujuan konservasi dan juga penyediaan tanaman dasar telah diteruskan. Tanaman herba telah ditanam semula untuk dibiak bakakan di stesen penyelidikan pertanian. Pengeluaran baka tumbuhan melalui proses Pengkulturan Tisu (tissue Culture) telah ditingkatkan melalui kajian yang dilaksanakan oleh pakar-pakar terlatih. Teknik-teknik pengklonan benih, kejuruteraan genetik, pengkulturan tisu tanaman dan pembiakan in-vitro tanaman telah dimajukan untuk menjamin ketulinan dan meningkatkan produktiviti tanaman.
Kaedah terkini yang membolehkan ahli sains mengkaji kesan beribu ribu gen pada satu masa adalah ‘teknologi cip DNA’ (DNA chip atau microarray technology). Melalui penggunaan teknologi berkenaan, fungsi ribuan gen sama ada meningkat atau menurun akan dapat diketahui. Teknologi ini telah berjaya mengurangkan masa analisis fungsi ribuan gen daripada beberapa tahun kepada hanya beberapa minggu saja.
Pengetahuan mengenai fungsi gen yang diperoleh hasil kajian genomik akan dapat membantu merancang aktiviti kejuruteraan genetik dengan menentukan gen sasaran yang akan memberikan hasil yang paling berkesan. Kaedah genomik juga telah membantu usaha mendapatkan gen yang diperlukan daripada pokok sawit untuk tujuan kejuruteraan genetik. Teknologi cip akan membantu menentukan kesan baik dan tidak baik yang diperoleh hasil pemindahan sesuatu gen. Kesimpulannya, kajian genomik dan kejuruteraan genetik adalah saling lengkap melengkapi dan saling memerlukan diantara satu sama lain
Kerajaan merancang untuk menubuhkan Pusat Inovasi Kebangsaan (MyNIC) tahun depan, pada peringkat ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang melakukan kajian mendalam berhubung penubuhan pusat itu.
MyNIC akan menumpukan usaha-usaha inovasi dalam semua bidang dengan keutamaan kepada teknologi komunikasi maklumat dan bidang bioteknologi.
Sehubungan itu Perdana Menteri berkata, insentif yang pernah diberikan sebelum ini akan diperluaskan lagi dengan kemudahan-kemudahan tambahan seperti peluang melakukan penyelidikan penting, geran penyelidikan dan penurunan cukai pendapatan di Wilayah Pembangunan Iskandar untuk kumpulan berkenaan. (Utusan Malaysia, 18 November 2009)
Adalah dijangkakan jika rancangan Dasar Bioteknologi Negara berjalan lancar, industri bioteknologi negara mampu mewujudkan 280,000 peluang pekerjaan menjelang 2020, selain meningkatkan imej pertanian negara sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama yang tinggal di luar bandar.
6. RUMUSAN DAN CADANGAN
Berdasarkan kepada kajian yang dibuat, adalah didapati bahawa; pembentukan polisi ini (Dasar Bioteknologi Negara) yang digubal oleh kerajaan adalah menepati kriteria sebuah polisi/dasar yang mana ianya bersesuaian dengan difinasi, elemen, skop, bentuk, sistem, peranan dan proses pembentukan. Dalam masa yang sama ianya menepati ciri ciri polisi yang berkehendakkan; langkah langkah strategik dengan berpandangan jauh untuk menyumbang kepada pencapaian matlamat jangka panjang, objektifnya jelas, fleksibel dan berinovatif, mempunyai badan yang bertanggung jawab dan berkomitmen, melibatkan golongan yang berkepentingan, berdasarkan bukti terbaik dari pelbagai sumber, mengambil kira kesan polisi, melibatkan pengkajian secara berterusan, mengambil kira pengalaman polisi lain dan melibatkan jawatankuasa penilaian secara sistematik. Ianya bertepatan dengan mengambil kira perkara perkara berikut, Azahari. (1994);
i) Semua polisi dibentuk dalam keadaan konflik
ii) Kebaikan polisi jarang sekali dicapai tanpa usaha politik
iii) Perlaksanaan polisi adalah tindakan penyesuaian dan proses tolak ansur
iv) Persepsi orang ramai amat mempengaruhi keputusan polisi
v) Visi yang jelas amat berguna dan boleh menperkukuh keadaan apabila keadaan tersebut tidak stabil
vi) Polisi mesti ada pengecualian
Berasaskan kepada kenyataan diatas, saya berpendapat bahawa pembentukan polisi/dasar terhadap Dasar Bioteknologi Negara, adalah menepati ciri ciri sebenar pembentukan piawaian polisi awam/kerajaan, dan ianya boleh diteruskan pelaksanaannya tanpa apa apa pengubah suaian.

Sebaliknya, berkaitan dengan keberkesanan dalam pelaksanaan polisi, dimana keyakinan orang awam tentang sains, khususnya dalam bioteknologi, tidak akan tercapai tanpa keterbukaan komunikasi berkaitan potensial atau penerimaan risiko yang berhubung kait dengan sains dan teknologi. Maka diolog perlu diadakan dengan orang awam, pembuat polisi dan komuniti saintifik, mendengar dan mengambil kira pandangan masing masing demi pencapaian pelaksanaan polisi tersebut
Kesedaran awam dan penyertaan mereka hendaklah dirancang, dan dipertimbang dengan kukuh bagi pencapaian impak yang maksimum. Ianya tidak sekadar perancangan jangka pendek, sebaliknya menjangkau perancangan jangka panjang. Bagi negara yang kewangannya terhad, peruntukan terhadap bioteknologi hanya akan disediakan jika kesedaran dikalangan pembuat keputusan benar benar menghargai peluang peluang dan faedah yang diperolehi dari bioteknologi
Bagi negara membangun seperti Malaysia, literasi saintifik dikira masih berada ditahap rendah, meski pun pendidikan tinggi, media masa dan lain lain sumber berkaitan informasi sains mudah diperolehi. Kesedaran saintifik dikalangan rakyat bergantung kepada abiliti dan kesediaan bagi kumpulan yang berbagai bagai, terutamanya pembuat polisi, masyarakat saintifik dan khususnya masyarakat yang akan ikut serta.
Meski pun terdapat bangkangan dan halangan dari orang awam kerana dasar ini masih baru dan terasing dikalangan rakyat, namun yang pastinya bioteknologi masih merupakan sokongan yang signifikan dalam aplikasi perubatan dan industri, khususnya dalam bidang pertanian.

Harapan dan Cadangan
Walaupun demikian, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi terutamanya dari segi status halal haram dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusiawi dan alam. Menerusi kajian para saintis, bioteknologi ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam.
Teknologi baru yang radikal yang memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja antara spesis tetapi juga antara manusia, haiwan dan tumbuhan mendatangkan risiko serius serta ibarat meletakkan manusia sebagai ‘tikus makmal’. Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan merebak tanpa sempadan. Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, ‘pencemaran genetik’ tidak dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi ke generasi. (Mohideen Abdul Kader, A guide to Genetically-modified Foods in Malaysia).
Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai ‘Bapa Biologi Molekul’, pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat “Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia.” Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.
Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah mempelopori kajian mengenai kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji. Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses metabolisma dan sistem imunisasinya. Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu, Pusztai telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di Rowett Research Institute selepas melahirkan kegusarannya kepada media. Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan.
Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan makanan tambahan dalam kuantiti besar,L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang membunuh lebih 30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum ditarik balik dan diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Administration (FDA). Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain.
Selain kesannya terhadap kesihatan dan alam, makanan yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi ini juga tidak terlepas daripada isu halal haramnya. Terkini, kira kira 30% daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM), didapati tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari babi.
Surah al-Baqarah ayat 172 bermaksud; “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar-benar menyembah hanya kepada-Nya.”
Al Quran dan Sunnah memandang soal halal haram makanan ini sebagai suatu yang besar yang mana mampu memberi kesan terhadap kehidupan di dunia dan di akhirat. Menurut perkiraan Islam, soal halal haram makanan akhir yang diambil bergantung juga dengan persoalan asas bagaimana ia dihasilkan, dari mana ia dihasilkan dan siapa yang menghasilkannya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud; “Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” al-Baqarah: 168).

RUJUKAN

No comments:

Post a Comment