Saturday, January 30, 2010

DCE 3105 PENILAIAN LATIHAN

BAB I

PENGENALAN

Pendahuluan
Sesuatu program latihan yang dijalankan sering kali mendapat perhatian dan tumpuan ramai, yang mana hari ini ianya merupakan keperluan kelangsungan masa depan bagi sesebuah organisasi. Latihan merupakan faktor yang penting bagi sesebuah organisasi bagi menghadapi perkembangan dan cabaran. Di Amerika Syarikat dianggarkan USD40 billion setahun dibelanjakan untuk program latihan oleh syarikat syarikat untuk melatih eksikutif dan pengurus mereka, (Mann & Robertson). Manakala di Malaysia sebanyak RM 400 juta di peruntukkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan untuk program latihan, (Junaidah, 2002), Malangnya keberkesanan latihan yang dilaksanakan melalui program tertentu tidak dapat disahkan kerana amalan penilaian terhadap program latihan dibuat dengan cara yang formal tetapi tidak sistematik dan komprehensif (Shamsuddin, 1998). Maka terdapat perbezaan diantara model yang disyorkan didalam literatur dengan amalan penilaian latihan yang digunakan oleh agensi latihan


Tujuan Kertas Projek
Kertas projek ini merupakan perancangan kajian penilaian terhadap program latihan yang dikendalikan oleh BTN Cawangan Negeri Kelantan berkaitan dengan kenegaraan dan kepimpinan dikalangan mahasiswa intitusi pengajian tinggi awam dan swasta di Kelantan. Kajian ini menggunakan Model Penilaian Kirtpatrick (1998) melalui Penilaian Empat Tahap iaitu tahap reaksi, pembelajaran, perlakuan dan keberhasilan

Kajian ini dibuat dengan menggunakan data sekunder dan primer, iaitu borang soal selidik keatas 59 orang mahasiswa dan ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan, yang terdiri daripada 29 orang lelaki dan 30 orang perempuan, 3 orang Melayu dan 3 orang India yang telah mengikuti program latihan anjuran BTN Cawangan Negeri Kelantan. Manakala temubual pula dilakukan kepada 5 orang fasilitator, dan pemerhatian turut serta oleh perancang penilai sendiri


BAB II

LATAR BELAKANG PROGRAM LATIHAN YANG AKAN DINILAI

Kursus Bina Negara Mahasiswa Lanjutan MPP ini dianjurkan oleh Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri Cawangan Negeri Kelantan. Ianya diadakan atas permintaan pihak pengurusan UMK untuk melatih dan mendedahkan hal hal kenegaraan dan kepimpinan kepada barisan AJK dan Pemimpin Pelajar Universiti tersebut

Pengenalan Program Kursus / Latihan
Kursus ini telah diadakan sebagaimana pernyataan dibawah;
Tarikh ; 28 hingga 31 Mac 2009
Tempat ; Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan
Peserta ; Pemimpin Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Aturcara ; Sebagaimana jadual aturcara yang dilampirkan

Kepentingan Program Kursus / Latihan
Kursus ini berkepentingan untuk mencapai perubahan;
• Kepimpinan
• Pengukuhan Kumpulan (team building)
• Kenegaraan
• Motivasi tugas

Objektif Program Kursus / Latihan ( umum)
• Menimbulkan kesedaran dan keinsafan tentang betapa perlunya pelajar mengubah sikap dengan menjiwai serta mengamalkan nilai nilai murni demi kecermelangan diri, organisasi, masyarakat dan negara
• Memberi pengetahuan kepada pelajar tentang aspirasi serta hasrat pemimpin negara terhadap masa kini dan masa depan negara
• Mendedahkan kepada pelajar berkaitan pembelajaran menerusi pengalaman yang bersepadu dan seimbang
• Menyedarkan pelajar tentang perjalanan sebagai bakal pemimpin dan menghayati budaya dan nilai kepimpinan yang berupaya merialisasikan wawasan negara

Matlamat Program Kursus / Latihan
• Meningkatkan ilmu pengetahuan
• Mengubah sikap
• Meningkatkan kemahiran
• Merialisasikan impian dan hasrat dikalangan pemimpin pelajar

Aktivi Program Kursus / Latihan
Kursus ini terbahagi kepada tujuh sesi;
• Ceramah
• Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
• Menuju Cahaya
• Solo Drop
• Jungle Tracking
• Riadah
• Tayangan Gambar ”Hati Malaya”

Pelaksanaan Aktiviti
Ceramah
a) Survival Lesson
Para peserta diajar secara teori untuk mengenal jenis jenis buah buahan, daun daunan, kulat, dan berbagai bagai hidupan hutan yang boleh dimakan dan yang tidak boleh dimakan, dimana para jurulatih yang mahir dalam bidang kehutanan akan menunjukkan bentuk dan jenis hidupan (binatang) dan tumbuhan hutan yang berbisa atau pun tidak. Penggunaan khemah sebagai tempat berteduh juga merupakan masalah kepada peserta yang tidak pernah menggunakannya, maka satu sesi demontrasi di adakan untuk menunjuk cara cara memasang dan mengguna kelengkapan perkhemahan.
b) Compass & Orientering Merching
Jurulatih akan menunjuk ajar cara cara bagaimana menggunakan kompas bagi menentukan kedudukan sesuatu arah yang akan dituju dalam perjalanan dihutan belantara, dimana para peserta diajar bagaimana menentukan kedudukan arah utara, selatan, timur dan barat disamping kaedah bagaimana membaca arah bering sesuatu kedudukan atau arah tuju.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
LDK terdiri daripada 5 slot iaitu;
• LDK 1 - Takruf
• LDK 2 – Rumusan Survival Lesson
• LDK 3 – Praktikal dan rumusan Compass & Orientering Marching
• LDK 4 - Kepimpinan (Kalah/Menang)
• LDK 5 - Pidato (komunikasi berkesan)
Para peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil

LDK 1 – Takruf
Para pesrta akan bersama fasilitator mengikut kumpulan masing masing untuk berkenalan secara lebih dekat berkaitan pengenalan peribadi dan biografi masing masing.



LDK 2 - Rumusan Survival Lesson
Peserta akan bercerita tentang falsafah dan pengajaran yang diperolehi daripada pembelajaran berkaitan dengan survival, terutamanya dalam proses masak memasak, memasang khemah dan hidup dalam suasana berpasukan. Setelah selesai pembentangan daripada peserta, maka fasilitator akan merumuskan berkaitan dengan survival sebagai seorang manusia, cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi

LDK 3 – Praktikal dan Rumusan Compass & Orientering Marching
Peserta diberi tugasan yang perlu dilaksanakan berdasarkan teori penggunaan kompas. Mereka akan diberikan tiga point yang perlu diikuti berdasarkan bering dan jarak yang perlu dituju. Pada mengamalkan pembelajaran ini mereka diberi arah tuju yang perlu dilaksanakan iaitu arah untuk mencari tempat dimana bahan bahan makanan tersimpan. Andainya mereka gagal menemui sasaran berasaskan maklumat yang dibekalkan bererti mereka akan kelaparan

LDK 4 - Kepimpinan (kalah/menang) - Bingo
Dalam sesi ini para peserta dibahagi kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan wanita dan lelaki. Mereka diasingkan sebelah menyebelah untuk melakukan tugasan iaitu permainan berbentuk bingo, iaitu pertandingan atau perlawanan untuk mendapat markah. Para pelajar diberi tiga set kertas petak 36 untuk bersaing diantara kumpulan lelaki dan wanita dalam menentukan jumlah markah yang terbanyak. Persaingan yang sehat tidak dilarang bahkan digalakkan, tetapi persaingan yang terlampau dan diluar batas batas peraturan dan nilai nilai kemanusiaan adalah terlarang dan tidak mendatangkan faedah kepada diri sendiri, kumpulan, organisasi, masyarakat dan negara

LDK 5 – Komunikasi berkesan (pidato)
Para peserta diarahkan berada dalam kumpulan masing masing (enam kumpulan kecil) untuk menjalankan gerakerja selanjutnya. Setiap kumpulan diberikan tugasan iaitu satu tajuk pidato berkaitan dengan kenegaraan khususnya patriotik dimana setiap kumpulan dikehendaki menyediakan persembahan pidato berangkai. Setiap ahli kumpulan wajib menyertai pidato dengan menyambung pidato yang telah disampaikan oleh rakan sepasukannya.

Pencarian Cahaya ( Liminance Drill)
Pelajar dikehendaki berjalan malam berpasukan/berkumpulan kecil dalam keadaan yang gelap gelita dan hujan renyai renyai dikawasan hutan yang berbukit melalui denai/laluan yang kecil tanpa lampu dan hanya berpedomankan cahaya kelipan lampu dihadapan (yang disediakan oleh jurulatih). Mereka akan dilepas selang 10 minit bagi setiap kumpulan dan dikehendaki menuju kepada cahaya yang malap dan berkelipan.

Solo Drop
Sebagaimana Pencarian Cahaya, Solo Drop juga menguji ketahanan dan kesabaran individu untuk berdepan dengan kegelapan malam dan suasana yang seram dan menakutkan, dimana para pelajar dikehendaki berjalan malam secara berseorangan yang dalam keadaan yang gelap gelita hanya berpandukan tali yang direntangi di sepanjang laluan yang berhutan dan berbukit

Jungle Tracking
Sebagaimana yang terdapat dalam rakaman DVD, Jungle Tracking terbahagi kepada tiga tahap, iaitu; menaiki/melalui kanopi yang tergantung tinggi, melalui dan menuruni cerun dan kaki bukit dan tahap ketiga ialah menyusur sungai dengan cara berakit atau menggunakakan pelampung tiup getah. Semasa melalui denai dan cerun cerun dan menyemberangi anak anak sungai, para peserta terpaksa melalui tiga check point yang berasingan, dan setiap check point akan disoal beberapa soalan dan arahan sebelum peserta dilepaskan untuk meneruskan perjalanan kepada check point selanjutnya. Di check point pertama, setiap kumpulan akan ditanya berkaitan dengan kenegaraan, di check point kedua berkaitan dengan keagamaan dan selanjutnya di check point ketiga setiap kumpulan diarahkan untuk memilih salah seorang ahli kumpulan untuk disisih dan disingkirkan dari kumpulan mereka.

Riadah
Para peserta kursus diajar cara cara berkawat dan beriadah untuk kesihatan fizikal dan ketahan mental, dimana mereka sering diberi penekanan berkaitan disiplin dan peraturan dalAm berkumpulan dan berpasukan. Mana mana yang melanggar peraturan akan didenda dan dihukum dengan ketuk ketapi dan berbagai bagai tekanan untuk menguji pelajar/pelatih samaada dapat mengawal perasaan atau tidak

Tayangan gambar - HATI MALAYA
Di penghujung kursus, para peserta dihidangkan dengan satu tayangan gambar yang bertajuk ” HATI MALAYA”, yang merupakan sebuah filem yang berkaitan dengan perjuangan menuntut kemerdekaan oleh para pejuang tanah air terhadap penjajahan British.

BAB III
PENDEKATAN PENILAIAN YANG DIRANCANG
Objektif Penilaian
Penilaian ini mempunyai tiga objektif, iaitu;
i) Untuk mengukur tahap kepuasan peserta setelah mengikuti kursus Bina Negara Mahasiswa Lanjutan MPP Universiti Malaysia Kelantan
ii) Untuk mengukur tahap perubahan pengetahuan (berkaitan kepimpinan) peserta terhadap program latihan yang telah di ikuti
iii) Untuk mengukur tahap keberkesanan modul latihan yang diamalkan oleh BTN Cawangan Kelantan

Model Penilaian yang akan digunakan
Kajian ini akan menggunakan Model Penilaian Kirkpatrick (1998) melalui Penilaian Empat Tahap iaitu tahap Reaksi, Pembelajaran, Tingkah laku dan Keberhasilan



Rational penggunaan Model Kirkpatrick
Model ini telah digunapakai sebagai rekabentuk terawal susun atur untuk penilaian latihan dalam for-profit organization lebih tiga puluh tahun yang lalu, dimana pengaruh populariti model ini dapat dilihat daripada beberapa faktor;
i) Model ini telah memperkenalkan keperluan kepada keprofesionalan latihan untuk memahami proses penilaian latihan yang berbentuk sistematik. (Shelton & Alliger, 1993). Ianya melengkapi sistem yang terus terang (straightforward system) atau dalam bahasa yang mudah, model ini digunakan berkaitan dengan outcome latihan dan jenis informasi yang membolehkan ianya melengkapi untuk menilai terhadap keluasan mana mana program latihan bagi pencapaian matlamat
ii) Model ini telah menegaskan bahawa informasi terhadap outcome ditahap empat merupakan tahap yang sangat bernilai atau informasi diskriptif berkaitan latihan yang telah dicapai. Bagi para ”profesional latihan” dalam organisasi, fokus keperluan yang utama ini adalah begitu sepadan dengan orientasi keuntungan yang competatif dari penajanya. Model empat tahap ini sesungguhnya telah memberikan cara/kaedah/jalan kepada jurulatih dalam organisasi untuk pencapaian apa yang mereka lakukan dalam terma perniagaan.
iii) Populoriti model empat tahap ini juga merupakan fungsi terhadap potensinya bagi memudahkan proses yang komplek dalam penilaian latihan. Model ini melakukan beberapa kaedah; menggambarkan panduan yang jelas berkaitan jenis jenis persoalanan dan kriteria yang bersesuaian, dan mengurangkan tuntutan pengukuran terhadap penilaian latihan

Model Kirkpatrick telah memberikan sumbangan yang sangat bernilai kepada pemikiran dan pengamalan dalam bidang penilaian latihan. Ianya membantu memfokuskan amalan dalam penilaian latihan bagi pencapaian outcome, (Newstom, 1995), telah menggalakkan penekanan bahawa pengukuran single outcome tidak membayangkan kecukupan terhadap program latihan sesebuah organisasi yang sangat komplek, dan menegaskan betapa pentingnya menyelidiki kepelbagaian pengukuran bagi keberkesanan sesuatu latihan. Model ini juga memberikan kesedaran betapa pentingnya memikirkan tentang penilaian dalam terma sesuatu perniagaan, (Wang, 2003). Berdasarkan kepada Model Penilaian Kirkpatrick (1998), pada asas nya keempat empat tahap adalah penting untuk memberikan informasi yang bernilai. Meskipun tahap 1, dimana ianya kelihatan seolah olah menggambarkan tahap kepuasan peserta sahaja, tetapi ia sebenarnya membantu jurulatih (trainer) untuk menentukan “bagaimana” keberkesanan program latihan dan “bagaimana” ianya boleh di pertingkatkan. Giber et al. (2000) telah menyelidiki program pembangunan kepimpinan mendapati 93% diukur melalui reaksi, 33% pembelajaran, 86% perlakuan, dan 73% hasil, dan menegaskan bahawa “ the success of leadership development program should be observed in “how” participants use their education and respond to it”.
Yang lebih utamanya model ini membincangkan bagaimana dan mengapa (why) atau sebab sesuatu penilaian itu perlu dilaksanakan, iaitu objektif penilaian itu sendiri.
Daripada kajian literatur yang terkini adalah didapati bahawa;
a) Kirkpatrick‟s model is the oldest and has been the most reviewed since its inception in 1959 (Naugle, Naugle, & Naugle, 2000). Many more recent models may be considered to be variations thereof (Tamkin, Yarnall, & Kerrin, 2002).
b) Kirkpatrick‟s model is capable of reducing the risk of reaching biased conclusions when evaluating training programs (Galloway, 2005). Although the model has been in use for decades, scholars have criticized it for its over-simplification of what evaluating training programs involves and its lack of consideration of the various intervening variables that affect learning and transfer (Tamkin, Yarnall, & Kerrin, 2002; Reeves & Hedberg, 2003). Aldrich (2002) remarks that it focuses only on whether outcomes have been achieved. In order to address these limitations, Clark (2008) suggests that the model should have been presented by Kirkpatrick as both a planning and an evaluation tool and should be flipped upside-down to re-organize the steps into a backwards planning tool. Still, the model is seen as offering flexibility to users as it permits them to align outcomes of training with other organizational tools (e.g., company reports and greater commitment of employees) (Abernathy, 1999). Though the model has been used for decades in the evaIuation of commercial training programs, some scholars have suggested its use for research studies of academic programs and have used it for the purpose (Tarouco & Hack, 2000; Boyle & Crosby, 1997), while others have suggested a combination of the model with other professional development tools (Grammatikopoulos, Papacharisis, Koustelios, Tsigilis, & Theodorakis, 2004). In particular, level four of Kirkpatrick‟s model is highly relevant to distance learning as it seeks tangible evidence that learning has occurred, as does level two (Galloway, 2005). This researcher has found the model to be relevant and useful in evaluating the impact of a distance education program.

Kritikan Terhadap Pendekatan Penilaian D.L Kirkpatrick
1. Annabel Jackson Associates menyatakan bahawa kebanyakan penilaian untuk Peringkat Reaksi menggunakan Borang Penilaian (happy sheets), maka terdapat beberapa persoalanan yang timbul, iaitu;
• Latihan boleh mencapai kadar yang positif tetapi masih gagal menemukan objektif yang sebenarnya
• Tindakbalas pelatih hanya berdasarkan perasaan dan persepsi pelatih sahaja
• Reaksi merupakan sesuatu yang subjektif
• Tindakbalas peserta merupakan tindakan superficial sahaja
• Soalan soalan yang dikemukakan boleh menjuruskan kepada penulisan yang lemah
• Scoring tendency, mungkin berbeza diantara pelatih dengan pelatih yang lain
2 Fred Nickols (2000), melalui The Structure of the Training Evaluation Problem mempersoalkan diperingkat Penilaian Pembelajaran “What principle, facts and techniques were understood and absorbed by the conferees?. Apakah yang pelatih tahu atau buat boleh diukur disepanjang dan diakhir program latihan tersebut, sebaliknya hasil pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi diukur hanya disepanjang program latihan sahaja, Pelatih memasuki tahap pengetahuan dan kemahiran mesti juga diketahui atau diukur, iaitu penilaian pembelajaran sepatutnya diukur diperingkat sebelum, sepanjang dan selepas program latihan berjalan.
3 Diperingkat penilaian perlakuan, Nickols mengkritik bahawa perubahan perlakuan dalam pekerjaan (on-the-job behavior), Kirkpatrick tidak sebenar benar mengemukakan pentafsiran kepada elemen perubahan dalam kajiannya, namunpun begitu, pentafsirannya yang ada hanya semata mata diambil dari “kata demi kata” (verbatim) dari penulisan Kirkpatrick – artikal keempat dan terakhir. Yang nyatanya, setiap penilaian terhadap perubahan perlakuan dalam pekerjaan (on-the-job behavior) mesti berlaku (occur) dalam tempat kerjanya, sedangkan mengikut Kirkpatrick perubahan perlakuan berlaku dan dikuasai oleh pelatih semasa latihan, samada mereka memindahkan atau tidak ketempat kerja.
4 Diperingkat kesan / hasil, Phillips (1997) menyatakan bahawa kesan diperingkat organisasi umumnya bergantung kepada empat kategeri;
i) Peningkatan output
ii) Penjimatan masa
iii) Penambahan kualiti
iv) Penjimatan kos
Justeru itu, dalam membuat penilaian terhadap hasil / kesan adalah sukar jika dibanding dengan penilaian terhadap peningkatan kemahiran. Masalah yang besarnya dalam pengukuran perubahan hasil organisasi ialah membina rangkaian kembali kepada program latihan.

BAB IV
PELAKSANAAN PENILAIAN
Kaedah Penilaian Yang Akan Dilaksanakan
Instrumen tinjauan telah dikenalpasti sebagai alat pengumpulan data yang sangat populor dalam pengukuran outcome dan penilaian (Champagne, 2006; Newcomer & Allen, 2008). Walau bagaimana pun tumpuan hanya kepada satu tool sahaja akan menimbul masalah dalam terma untuk pencapaian persefahaman secara mendalam terhadap fenomena yang menyebabkan penemuan yang condong (Lee & Pershing, 2002). Penyelidik adalah dinasihatkan agar menerima strategi yang pelbagai (Reeves & Herdberg, 2003; Newcomer & Allen, 2008)

Justeru, kajian ini akan menggunakan gabungan tiga kaedah; kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan (survey) melalui data borang soal selidik, kaedah kualitatif melalui data temubual terhadap responden; pelajar, fasilitator dan jurulatih yang terlibat dalam komponen latihan dan kaedah pemerhatian turut serta, secara penilaian sumatif dan formatif. Gabungan diantara kaedah kuantitatif dan kualitatif ini merupakan pendekatan yang boleh mengkompensetkan/kambus (compensate) kelemahan yang wujud diantara salah satu daripada pendekatan yang digunakan, (Punch, 2005).
Alat pengumpulan data
Alat atau instrumen untuk pengumpulan adalah melalui tiga cara;
i) Borang soal selidik untuk tujuan mengumpul segala maklumat mengenai demografi responden, persepsi responden terhadap kepuasan dan perubahan pengetahuan
ii) Temubual dilakukan untuk mendapat maklumat berkaitan latar belakang dan tujuan program latihan daripada pihak penganjur/pelaksana
iii) Pemerhatian Turut Serta dilakukan untuk mendapat maklumat yang terbentuk atau berlaku secara semulajadi. Sesuai untuk mengkaji secara terus akan perlakuan peserta latihan, fasilitator, jurulatih dan keadaan persekitaran pembelajaran. Item penilaian ini dengan menggunakan borang checklist dan rakaman video

Strategi pengumpulan data
a) Data kuantitatif dikumpul melalui penerimaan balik borang soal selidik yang diedarkan kepada responden selepas tamat program latihan, dimana peruntukan masa diberikan selama satu jam bagi peserta mengisi borang tersebut sebelum majlis perasmian penutupan program latihan dan penyampaian sijil penyertaan
b) Data kualitatif dikumpul melalui imbas kembali rakaman temubual yang dilaksanakan semasa program latihan sedang berjalan
c) Data maklumat khusus pemerhatian turut serta dikumpul melalui imbas kembali rakamam video, yang merangkumi rakaman temubual dan rakaman keseluruhan perjalanan kursus
BAB V
ANALISA DATA
Kaedah penganalisaan data dengan menggunakan dua kaedah, iaitu kaedah statistik deskriptif dan inferan.
i) Data yang dipungut melalui soal selidik akan dianalisa menggunakan pakej perisian Statistical Packages For Socail Science atau SPSS versi 11.5. Statistik Deskriptif akan digunakan untuk meringkaskan data dan memberi maklumat dalam bentuk yang dapat menerangkan data dengan jelas dan mudah (Mohd. Majid Konting, 1994). Ujian statistik yang akan digunakan dalam analisis hipertisis kajian adalah korelasi Person r, untuk mendapat hubungan antara pemboleh ubah, Ujian-t dan ANOVA sehala (one-way ANOVA) bagi mendapatkan perbezaan antara min. Menurut Majid Konting (1994) ujian-t sangat berkuasa dalam menentukan perbezaan antara dua min pemboleh ubah. Paras signifikan, p = 0.05 adalah digunakan dalam kajian penilaian ini. Penggunaan paras signifikan 0.05 merupakan amalan biasa kepada penyelidik sains sosial ( Ary, Jacob & Razavieh, 2003). Menurut Sheridan & Lyndall (2003), andaian andaian perlu dibuat untuk pemprosesan data kajian. Antaranya adalah dari segi jenis skala pengukuran yang digunakan mestilah skala ordinal dan skala nominal. Skala Likert lima mata digunakan dalam bahagian ini.
ii) Data yang di pungut melalui temubual akan di analisa dengan kaedah matrik (Mile & Huberman, 1994), setelah data direkodkan dan ditulis kedalam transkrip secara verbatim untuk pembentukan tema atau kategori
iii) Data pre-test dipungut melalui borang soal selidek yang telah dihantar kepada responden seramai 30 orang pelajar yang tidak ikut serta dalam program latihan dan dalam masa yang sama ianya dijadikan kajian rintis untuk memastikan instrument kajian atau item soal selidik yang akan digunakan nanti adalah bersesuaian dari segi kebolehpercayaan (reliability) dalaman dan (valid) kesahan (Sekaran, 2003). Ketekalan dan kebolehpercayaan dalaman instrumen diuji dengan analisis Cronbach Alpha. Nilai alfa yang menghampiri 1.0, menunjukkan kebolehpercayaan dalaman yang tinggi, manakala nilai alfa yang kurang daripada 0.7 menunjukkan kebolehpercayaan yang lemah.













BAB VI
LAPORAN PENILAIAN
Pendekatan laporan
a) Maklumat yang dikumpul melalui borang soal selidik akan dianalisis melalui pendekatan penilaian kuantitatif secara statistik sebagaimana contoh dapatan digambarajah 1 dan 2

Gambarajah 1
Bil Item Aras Min %
1 Persekitaran Kem 1 3.8 76.0
2 Pengurusan Latihan (logistik) 1 4.1 82.0
3 Perkhidmatan Makan minum 1 3.7 74.0
4 Keberkesanan Modul latihan 1,2,3 4.3 86.0
5 Keberkesanan Tenaga pengajar 1,2,3 4.1 82.0
6 Perubahan Pengetahuan 3 4.4 88.0

Gambarajah 2
Bil Aras Min %
1 Tahap Kepuasan Peserta 4.0 80.0
2 Tahap Keberkesanan Modul Latihan 4.2 84.0
3 Tahap Perubahan Pengetahuan (kepimpinan) 4.3 86.0


b) Maklumat yang dikumpul melalui temubual akan dianalisis melalui pendekatan penilaian kualitatif berasaskan tema yang dibentuk sebagaimana contoh;

Soalan; Apakah pandangan anda terhadap kursus atau program latihan yang dianjurkan oleh BTN ini?

Jawapan: Saya sangat bangga dengan terpilihnya mengikuti kursus ini, kerana ianya dapat memberi pengalaman, pengajaran dan pembelajaran yang sangat berguna. Ianya berbeza dengan tanggapan saya sebelum ini, bahawa kursus anjuran BTN adalah berbentuk politik ala komando.

c) Catatan yang terdapat dalam kajian ini, yang bermula dari halaman 5-10 berkaitan tajuk; Aktiviti Program Latihan dan Pelaksanaan Aktiviti merupakan dapatan kajian penilaian Pemerhatian Turut Serta

Audien laporan
Laporan ini berkepentingan untuk perhatian dan tindakan;
i) Peserta Latihan
ii) Fasilitator dan Jurulatih
iii) Unit dan Bahagian Latihan (Agensi pelaksana dan penganjur - BTN dan UMK)
Perkara penting yang akan dilaporkan
Berdasarkan kepada penemuan penilaian adalah didapati bahawa;
a) Tahap kepuasan peserta terhadap Persekitaran kem dan Perkhidmatan makan minum adalah rendah berbanding Modul latihan dan Tenaga pengajar
b) Pengurusan Latihan dan logistik adalah memuaskan
c) Tahap Kepuasan peserta, Perubahan pengetahuan dan Keberkesanan Modul adalah memuaskan dengan purata 4.17 atau 83.33%
d) Terdapat perkaitan diantara Keberkesanan Modul Latihan dan Kepuasan Pelajar dengan Perubahan Pengetahuan, dimana Modul yang baik dan Kepuasan Pelajar yang memuaskan akan menghasilkan Peningkatan Pengetahuan Pelajar ( min: 4.17 atau 83.33%)

Cadangan Penilaan Lanjutan
Disebabkan penilaian ini mempunyai batasan yang tertentu, maka penilai mengemukakan cadangan penilaian lanjutan untuk mendapatkan kesahan yang tinggi terhadap penilaian ini. Penilaian ini menggunakan item soal selidik yang berbentuk pernyataan, tanpa merujuk kepada tahap piawai (standard) atau kriteria. Penilaian lanjutan boleh dilakukan dengan perbandingan tahap piawai untuk mendapat result yang sebenar (sah)



BAB VII
PENUTUP

Ringkasan Perancangan Penilaian Latihan
Perancangan penilaian ini adalah berasaskan gabungan tiga kaedah, iaitu kuantitatif, kualitatif dan pengunaan rakaman DVD. Keadaan ini menyebabkan penggunaan masa dan wang agak besar bagi pencapaian matlamat dan objektif penilaian

Kesimpulan Penilaian
Program Latihan yang dilaksanakan oleh BTN ini adalah berkesan dan memuaskan, dimana perubahan pengetahuan berada ditahap memuaskan (min: 4.3 @ 86.0%) dan ianya boleh diteruskan dengan beberapa penambahbaikan terhadap Persekitaran kem dan Perkhidmatan makan minum.









RUJUKAN
Annabel Jackson (2002) Guide to Evaluating Training and Learning Programmes. Annabel Jackson Associates . Lyncombe Hill
Asma Ahmad (2008) Rekabentuk Latihan. Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan. Serdang : UPM
Berwyn Clayton (1999) What of Training Evaluation Beyond 2000?. Research and Evaluation, Canberra Institute of Technology.
Bloom’s Taxonomy – Learning Domains . Design and Evaluation Toolkit for Training and Learning, from http://businesballs.com/trainingprogramevaluation.htm
Buku Program dan Peraturan Tetap (2004). Kursus Kenegaraan. BTN : Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya
Businessballs Space. Training Programme Evaluation: Training and Learning Evaluation, Feedback Forms, Action Plans and Follow-Up, from http://businessballs.com/trainingprogramevaluation.htm
Carter McNamara (Copyright 1997-2008). Complete Guidelines to Design Your Training Plan, Authenticity Consulting. LLC. from http://www.managementhelp.org/trng_gev_plan.htm
David D. Williams . Evaluation of Learning Objects and Instruction Using Learning Objects.
Donald L Kirkpatrick’s (1994) Evaluation Training Program. The Four Levels’ . Berrett Koehler. San Francisco
Dr. Shamsuddin Ahmad (2002) Program Evaluation : Theory and Practice. Universiti Putra Malaysia
Fred Nickols (2000) Evaluation Training; There is no “cookbook” approach, from http://home.att.net/~nickols/evaluation.htm
Ibrahim Mamat (1996) Reka Bentuk dan Pengurusan Latihan. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka
Jenny Neale & Karilyn Andrew. (2005) Evaluating an Evaluation Course. Evaluation Journal of Australasia, Vol. 5 N0. 2, 2005, pp 32-40
Junaidah Hashim (2002). The Influence Of Training Evaluators’ Characteristics on Evaluation Practices In Malaysia. The International Islamic University Malaysia. IIUM Journal of Economics and Management 10, no 2 (2002)
Paul L. Schumann & Rakan rakan (2001). A Framework for Evaluating Simulations as Educational Tools. Minnesota State University, Mankota. Develpoments in Business Simulation and Experimential Learning, Vol. 28, 2001
P. Rajeev, M.S. Madan & K. Jayarajan (2009). Revisiting Kirkpatrick’s Model – an Evaluation of an Academic Training Course. Indian Institute of Spices Research, Marikunnu PO, Calicut. India. Current Science, Vol. 96, NO 2, 25 January 2009

Reid Bates (2004). A Critical Analisis of Evaluation Practice : The Kirkpatrick Model and the Principle of Beneficence. Lauisiana State University, Baton Rouge, LA, USA. Evaluation ang Program Planning 27 (2004) 341-347

Ruth Aluko (2009). The Impact of an Advanced Certificate in Education (ACE) Program on the Professional Practice of Graduates. University Of Pretoria, South Africa. International Review of Research in Open and Distance Leraning, Vol. 10, Number 4. ISSN: 1492-3831

No comments:

Post a Comment