Wednesday, March 3, 2010

contoh soalan Polisi DCE 3701

DCE 3701
PEMBENTUKAN POLISI PEMBANGUNAN

1. Yang mana kah diantara kenyataan berikut bukan peranan polisi
a) Mengawal tindakan tindakan seharian kita dan juga memberi halatuju untuk mencapai tujuan kita
b) Memudahkan dan mempercepatkan perubahan pembangunan dalam keadaan inviromen yang tidak stabil serta struktur yang tidak fleksibel dan mudah diubah suai
c) Merupakan faktor asas yang menggerakkan semua aktiviti kerajaan
d) Mewujudkan agensi agensi baru dalam pertadbiran kerajaan untuk menyelaras perlaksanaan sesuatu polisi

2. Golongan yang berkepentingan, polisi awam dan sosial, dan enviromen polisi merupakan……….polisi.
a) Peranan
b) Bentuk
c) Skop
d) Sistem

3. Kenyataan yang tidak termasuk dalam skop polisi
a) Kerumitan
b) Enviromen polisi
c) Enviromen keputusan
d) Kriteria keputusan

4. ……….. ialah keputusan yang melibatkan polisi polisi besar dan pembahagian peruntukan yang lebih meluas
a) Polisi isu khusus
b) Polisi Program
c) Polisi strategik
d) Polisi pelbagai program
5. Bagaimanakah perkhidmatan pemindahan teknologi baru padi dapat dipertingkatkan. Ini merupakan skop daripada Dasar Pertanian Negara. Kenyataan tersebut berada ditahap mana?
a) Polisi isu khusus
b) Polisi Program
c) Polisi strategik
d) Polisi pelbagai program

6. Meningkatkan produktiviti kebun merupakan ……………dalam Dasar Pertanian Negara
a) Matlamat polisi
b) Skop polisi
c) Bentuk polisi
d) Instrumen polisi

7. Golongan berkepentingan (Policy stakeholders) merupakan..
a) sesuatu keputusan yang mengandungi matlamat dan tindakan yang hendak dicapai
b) golongan yang berkonflik tentang keadaan yang tidak sebenar untuk mengatasi perselisihan faham
c) individu atau kumpulan yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu polisi
d) individu yang mempengaruhi polisi dan tidak dipengaruhi oleh sesuatu polisi

8. Polisi informal ialah polisi yang bertulis yang diaplikasikan diperingkat individu atau kumpulan kecil
a) Betul
b) Salah


9. Kebanyakan buku dan artikel menunjukkan polisi sebagai …………., ini selalunya bekaitan dengan polisi awam
a) Polisi formal bertulis
b) Polisi informal
c) Polisi program
d) Polisi strategik

10. Polisi boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk dokumen. Diperingkat organisasi, keputusan Lembaga Pengarah, Manual Polisi dan Prosedur, dan Rancangan Tahunan
a) Betul b) Salah

11. Kekurangan bahan makanan, kemiskinan, pengangguran dan pendatang tanpa izin merupakan isu dalam sistem polisi. Komponen yang berkaitan dengan isu tersebut
a) Golongan berkepentigan
b) Polisi yang digubal
c) Polisi strategik
d) Environmen polisi

12. Konflik sentiasa timbul dalam keadaan sebenar atau (cadangan) tindakan, kerana manusia mempunyai nilai, keperluan, dan pandangan sosial dan politik yang sama.
a) Betul b) Salah

13. Polisi merupakan pengikat yang menghubungkan antara satu sama lain dan memberi petunjuk bagi pelbagai fungsi,……….. …..khususnya sektor awam. Diantara berikut yang kurang tepat dengan ikatan tersebut;
a) Kepakaran
b) Profesional
c) Pemasaran
d) Belanjawan
14. Dalam konflik polisi PPSMI yang berlarutan baru baru ini, yang manakah diantara berikut bukan Golongan berkepentingan dalam polisi tersebut
a) Pelajar dan Guru
b) Penerbit dan pengarang buku
c) Kerajaan dan ibu bapa
d) Pengangguran dan kemiskinan

15. Dengan adanya polisi maka terwujudlah agensi agensi baru kerajaan untuk menyelaras perlaksanaan sesuatu polisi. Kenyataan ini berkaitan dengan peranan polisi dalam pembangunan.
a) Betul b) Salah

16. Perbincangan diperingkat Lembaga Pengarah merupakan proses pembentukan polisi diperingkat….
a) Individu
b) Kumpulan
c) Organisasi
d) Birokrasi kerajaan

17. Perlu difahami bahawa pembentukan polisi adalah (Lindbloom, 1993), kecuali
a) Manusia tidak maksum
b) Polisi tidak boleh diubah
c) Terlalu mahal
d) Polisi mesti ada pengecualian

18. Secara am nya, polisi informal yang diamalkan oleh individu kumpulan kecil tidak mempengaruhi pembentukan dan perlaksanaan polisi formal betulis
a) Betul
b) Salah


19. Yang mana berikut tidak termasuk dalam bentuk proses pembentukan polisi individu
a) Mengumpul data
b) Mengenalpasti masalah
c) Mengadakan pernyataan isu dan masalah
d) Mendapatkan kemungkinan pilihan polisi

20. Mendokumenkan polisi adalah termasuk dalam proses pembentukan polisi;
a) Individu
b) Kumpulan
c) Organisasi
d) Birokrasi kerajaan

21. Pengumpulan data oleh kakitangan atau jawatankuasa termasuk dalam proses pembentukan polisi;
a) Individu
b) Kumpulan
c) Organisasi
d) Birokrasi kerajaan

22. Pembentangan dan testimony diperingkat jawatankuasa termasuk dalam proses pembentukan polisi;
a) Individu
b) Kumpulan
c) Organisasi
d) Perundangan





23. Berikut merupakan ciri-ciri polisi, melainkan;
a) Hidup dan proses pembentukan yang berterusan
b) Sentiasa ada komplik
c) Ada penganjur dan penentang
d) Terdapat dua analisis penting dalam pembentukan polisi, iaitu analisis teknikal dan analisis social

24. Berikut adalah membawa maksud ‘satu keputusan’ dalam pengertian polisi;
a) Perbincangan informal
b) Mesyuarat Lembaga Pengarah
c) Semua pekerja memakai uniform
d) Rakyat mendapat kemudahan kesihatan

25. Apakah yang dimaksudkan ‘proses tolak ansur’ dalam polisi;
a) Membina modal insan kelas pertama
b) Mahkamah
c) Penjara
d) Mendapat pendidikan asas

26. Dengan adanya polisi kesihatan, penduduk luar bandar dapat menikmati kemudahan kesihatan yang tertangguh semasa zaman penjajahan dahulu. Kenyataan ini sesuai dengan;
a) Satu Keputusan
b) Proses politik
c) Memangkinkan proses perubahan
d) Faedah kepada orang ramai





27. WTO merupakan polisi;
a) Kumpulan
b) Masyarakat
c) Negara
d) Antarabangsa

28. Yang tidak tergolong dalam polisi formal bertulis;
a) Rancangan
b) Projek
c) Undang-undang
d) Adat

29. Adalah apa-apa keputusan yang dipilih oleh kerajaan untuk melaksanakan atau pun tidak melaksanakannya (Dye 1998);
a) Polisi diri
b) Polisi organisasi
c) Polisi negara
d) Polisi dasar awam

30. Konflik berlaku dalam pembentukan polisi, kerana nilai manusia berbeza dari segi, melainkan;
a) Estatika
b) Holistik
c) Psikologi
d) Spiritual

No comments:

Post a Comment