Thursday, February 10, 2011

contoh soalan DCE 3602 a

DCE 3602

Sila hitamkan A untuk salah dan B untuk betul

1. Diantara ciri-ciri struktur pasukan adalah kesediaan untuk memecahkan halangan penjabatan dan kuasa membuat keputusan decentralisasi berada pada tahap pasukan

2. Proses pengecilan berlaku apabila tenaga kerja dalam sesebuah organisasi dikurangkan kepada saiz minimum

3. Lini merupakan pekerja-pekerja ikhtisas yang bertanggung jawab untuk membantu dan membuat kerja kepada pekerja staf

4. Komponen proses transformasi adalah maklumat yang diperlukan untuk mengeluarkan produk, hasil dan perkhidmatan

5. Pakar teori perhubungan manusia percaya bahawa perubahan organisasi adalah serupa dengan pembangunan psikologi individu

6. Perubahan teknologi selalunya akan mempengaruhi bilangan pekerja dan jenis kemahiran yang diperlukan

7. Kumpul data dan tentukan jurang perbezaan yang wujud dan tetapkan matlamat fungsi merupakan proses perancangan dalam ‘benchmarking’

8. Ancaman produk atau perkhidmatan pengganti (substitutes) merupakan salah satu intensiti persaingan sesebuah industri

9. Membentuk wawasan dan matlamat yang realistik merupakan tujuan mutlak perancangan strategik

10. Metamorfosis merupakan perubahan secara menyeluruh

11. Rekreasi merupakan perubahan yang melibatkan perombakan struktur yang lama dan membina struktur yang baru

12. Undang-undang mencegah pecah amanah diadakan untuk mengatasi lambakan barangan dari luar negara

13. Pencairan, peralihan dan pembekuan semula merupakan model perubahan inovasi berencana

14. Model penyelidikan aksi mengandungi lapan peringkat utama

15. Tiga kategori kuantum perubahan ialah; perubahan kecilan, sederhana dan besaran

No comments:

Post a Comment