Thursday, February 10, 2011

contoh soalan EDU 3120

EDU 3120

Bimbingan dan Kaunseling

1. Faktor yang mempengaruhi pembentukan teori kaunseling, kecuali;

a) Kepercayaan dan agama

b) Keturunan

c) Latihan dan pendidikan

d) Pengalaman peribadi

e) Pengaruh teori lain

2. Diantara berikut bukan kegunaan teori kaunseling

a) Membantu memahami klien

b) Menyediakan system untuk pelaksaan proses kaunseling

c) Mengukur pengaruh teori-teori lain

d) Memberi panduan tentang maklumat-maklumat yang perlu diutamakan

e) Menilai keberkesanan proses

3. Manusia dilahirkan dengan naluri kebinatangan yang bersifat jahat. Kenyataan ini sesuai dengan teori;

a) Gabungjalin – eklektik

b)Tingkahlaku kognetif

c) Humanistik

d) Psikodinamik

e) Ekologi

4. Proses Mental mengandungi tiga peringkat, iaitu; Sedar, bawah sedar dan pra sedar. Diantara berikut kenyataan yang tidak berkaitan dengan peringkat-peringkat tersebut;

a) Sedar tentang diri sendiri d) Perasaan

b) Impulse e) Menafikan

c) Kelakuan

5. Menggunakan fakta atau maklumat untuk menerangkan sesuatu perbuatan dalam masa yang sama tidak mahu mengenalpasti faktor dalaman yang bertindak sebagai pendorong kepada perbuatan tersebut. Kenyataan ini berkaitan dengan;

a) Pemencilan

b) Rasionalisasi

c) Regresi

d) Sublimasi

e) Projeksi

6. Yang ada kaitan dengan superego ialah;

a) Sistem tenaga yang merangkumi naluri/tenaga hidup

b) Nafsu yang paling tidak matang dan terendah sekali

c) Bertindak menukar etika supaya sesuai dengan ego

d) Mementingkan kehendak sendiri dan keturunan

e) Boleh mengakibatkan kehidupan individu terkongkong

7. Teknik yang biasa digunakan dalam teori psikoanalisis, kecuali;

a) Brainstorming

b) Hipnosis

c) Tranferens

d) Working through

e) Ventilate

8. Apakah yang dimaksudkan dengan ventilate

a) Analisis mimpi

b) Penelitian pengalaman silam

c) Pengluahan bebas

d) Lupa tentang sesuatu peristiwa

e) Penapis antara peringkat bawah sedar dan sedar

9. Mengikut REBT, pandangan terhadap manusia merangkumi, kecuali;

a) Fikiran dan emosi manusia adalah tidak berhubung kait

b) Pemikiran manusia punca masalah

c) Pemikiran manusia punca kejayaan

d) Manusia bermasalah kesan daripada memikirkan peristiwa

e) Gangguan emosi bukan kerana peristiwa yang berlaku keatasnya

10. REBT mengandaikan sifat asas manusia bahawa, kecuali;

a) Manusia adalah rasional

b) Manusia adalah tidak rasional

c) Ibubapa, keluarga dan budaya tidak mempengaruhi pemikiran manusia

d) Pemikiran manusia adalah tidak logik

e) Pemikiran yang tidak rasional mengakibatkan gangguan emosi

11. Diantara berikut contoh pemikiran tidak rasional

a) Saya tidak semestinya diterima dan disayangi oleh orang yang rapat

b) Saya tidak percaya bahawa semua masalah semestinya ada jawapan

c) Saya tidak semestinya dapat apa yang saya mahukan

d) Saya yakin bahawa masalah orang lain tidak semestinya menjadi masalah saya

e) Lari daripada masalah adalah lebih baik dari menghadapinya

12. Peranan kauselor mengikut REBT, kecuali;

a) Membimbing

b) Mengajar

c) Memberi maklumat

d) Memberi tugasan

e) Mencabar pemikiran rasional

13. Diantara berikut bukan prinsip bimbingan

a) Proses adalah berkenaan dengan pelanggan bukan pesakit

b) Membantu orang yang memerlukan

c) Berasaskan penilaian corak kemanusian untuk kehidupan, pendidikan, dan kemasyarakatan

d) Mengadakan hubungan teraputik

e) Menegaskan teori belajar pada peringkat kesedaran, kecerdasan, dan taakulan

14. Diantara berikut merupakan perinsip kaunseling

a) Proses sosialisasi menjadikan manusia berkembang

b) Membantu orang yang memerlukan bimbingan

c) Berasaskan penilaian corak kemanusian untuk kehidupan, pendidikan, dan kemasyarakatan

d) Mengadakan hubungan dengan individu yang tidak normal

e) Menegaskan teori belajar pada peringkat kesedaran, kecerdasan, dan taakulan

15. Apakah persamaan diantara konsep asas bimbingan, kaunseling, dan psikoterapi

a) Suasana teraputik

b) Masa yang sama

c) Melibatkan perubatan

d) Psikologi

e) Fee

16. Diantara berikut merupakan matlamat umum bimbingan dan kaunseling

a) Menggalakkan perubahan tingkahlaku

b) Pemulihan perlakuan antisosial

c) Meningkat kemahiran dalam membuat keputusan

d) Dapat mengembangkan potensi individu

e) Meningkatkan keupayaan membuat dan menghadapi perubahan

17. Teori pemusatan klien oleh Carl Rogers menyatakan bahawa objektif kaunseling adalah untuk, kecuali;

a) Memfokus keatas masalah bukannya kepada individu

b) Klien menemui dirinya yang sebenar

c) Menggugurkan topeng

d) Perubahan tingkahlaku lebih positif

e) Tiada satu pun yang tepat

18. Masalah tingkahlaku adalah berhubung kait antara rangsangan dan respons atau A-B-C. Kenyataan ini bersesuaian dengan teori kaunseling;

a) Kognitif

b) Humanistik

c) Tingkahlaku

d) Psikoanalisis

e) Psikodinamik

19. Teori tingkahlaku berpandangan tentang manusia sebagai, kecuali;

a) Manusia hanya respon kepada apa yang terdapat dari persekitaran asalnya

b) Perlakuan negatif boleh diubah melalui pembelajaran tingkahlaku baru

c) Pengurangan tingkahlaku yang negatif dapat mengubah perlakuan negatif

d) Perlakuan samada baik atau buruk adalah dipelajari/tiru

e) Tingkahlaku yang tidak menyeronakkan atau dihalang akan berulang

20. Diantara berikut bukan punca utama masalah menurut teori tingkahlaku;

a) Peniruan perlakuan negatif

b) Perlakuan negatif dihalang atau dihentikan

c) Perlakuan negatif digalakkan

d) Rantaian A-B-C

e) Perlakuan negatif tidak dihalang atau dihentikan

21. Masalah boleh berpunca daripada tiga keadaan. Sila jelaskan

22. Kenapa manusia ada masalah?

23. Berikan definasi kaunseling yang anda tahu?

24. Nyatakan ciri-ciri seorang klien dan siapakan yang dimaksudkan sebagai klien ?

25. Terangkan langkah-langkah kaunseling individu

26. Bagaimana seorang kaunselor boleh membentuk suasana teraputik?

28. Apakah yang dimaksudkan proses kaunseling individu?

29. Apakah yang dimaksudkan dengan “proses” ?

30. Apakah maksud psikoterapi?

Soalan 31- 40 sila tandakan A untuk jawapan yang salah dan B untuk jawapan yang betul

31. Teori membawa maksud “kenyataan mengenai hubungan antara penyebab (cause) dan kesan (effect) untuk menjelaskan perlakuan atau fenomena

32. Suatu pendekatan mengandungi satu atau lebih teori-teori mengenai cara melaksanakan bimbingan dan kaunseling

33. Mengikut Sigmund Freud, tenaga mati atau Thanatos terjelma dalam bentuk dorongan pasif

34. Superego berperanan sebagai homestasis antara Id dan Ego

35. REBT bermaksud Rational Emotif Behavioral Therapy

36. Paraprasa merupakan respon kauselor dalam ayat yang pendik terhadap isi percakapan klien

37. Kefahaman empati bermaksud kebolehan kauselor untuk menjadi dirinya yang sebenar tanpa berpura-pura

38. Interpretasi bermakna kaunselor menjelaskan makna perkara atau isu yang dibawa oleh klien mengikut fahaman kaunselor adan dari perspektif yang baru

39. Pada peringkat Pra Sesi kaunselor perlu membina perhubungan dengan klien dan menjelaskan punca masalah dan dan membentuk matlamat sesi

40. Perkhidmatan bimbingan boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja yang layak dan berminat dengan aktiviti bimbingan

No comments:

Post a Comment